#SAT-58

25.2K 1.2K 29
                                    

Nak moreh jap eh..

****





Sebaik sahaja selesai solat berjemaah, Dhia berkira kira ingin keluar dari bilik.

Namun belum sempat dia keluar, Afkar menahannya dari keluar.

"Sayang nak kemana tu?" Tanya Afkar pelik.

"Em nak pergi jumpa Opah kejap.. " jawab Dhia.

"Alaaa, buat apa jumpa Opah malam malam ni? Kan tadi sayang dah puas bersembang dengan Opah.. Bie pun nak spent time dengan sayang jugak." Afkar berpura pura merajuk. Dia mendekati Dhia yang berada di depan pintu bilik . Dengan spontannya Afkar menarik Dhia.


Baru sahaja Afkar ingin menarik Dhia ke katil, pintu bilik diketuk.

Tok! Tok!


"Hish sape pulak .." Afkar mengeluh lemah. Dhia pula sudah sembunyi senyum.

Afkar membuka pintu bilik tersebut dan sebaik sahaja dia membuka pintu bilik tersebut terpancul muka Opahnya.


"Haa Afkar, isteri kamu mana?"soal Opah. Waktu itu Afkar menyuruh Dhia menyorok dibelakangnya. Haha nakal lah Afkar ni.


"Err dhia dah tidur. Dia kata letih.. So dia nak berehat.. Dia suh Af bagitahu Opah dia minta maaf tak boleh nak sembang dengan Opah malam ni." Bohong Afkar sambil tersenyum sumbing.


Tiba tiba ....





"Auch!" Suara Dhia kedengaran. Flar tidak sengaja memijak kaki Dhia.

Ops. Kantoi!

Afkar sudah tersengih kerang. Opah terus menarik telinga Afkar hingga membuatkan pintu bilik terbuka luas.


"Pandai je tipu Opah eh." Afkar sdah mengaduh kesakitan manakala Dhia sudah tergelak.



"Alaaa sakit lah opah." Aduh Afkar sebaik sahaja opah sudah tidak menarik telinganya.


"Kamu tu.. Opah tanya isteri kamu mana? Kamu tipu Opah.. Grrr." Marah Opah.

"Dah! Jom Dhia.." Opah terus menarik tangan .

"Eh eh , nak culik isteri Af kemana tu!" Afkar menahan Opah dari membawa isterinya pergi.


"Ish sibuk je. Adalah hal perempuan." Kata Opah. Dhia hanya tergelak.


"Alaaa sayang.. Janganlah pergi.." Afkar mula merayu pada isterinya.

"Dah! Takyah nak layan sangat si Afkar ni Dhia. Jom." Sekali lagi Opah menarik tangan Dhia..

Dhia hanya mengikut saja.


"Opah! Jangan lah bawa isteri Af!!!!!!!" Jerit Afkar. Namun Opah langsung tidak menghiraukan jeritan Afkar itu.






*****









"So, dah ready ke nak dengar ?" Soal Opah sebaik sahaja mereka duduk didalam bilik Opah.


"Hmm inshaAllah." Dhia hanya mengangguk.

"Begini ceritanya......."





"Kamu ingat lagi Azfar ?" Soal Opah.
Dhia mengangguk mengiakan soalan Opah itu.

"Azfar tu sepupu Afkar. Anak kepada Mak Ngah Afkar. Azfar ada adik nama Airis. Sejak kematian MakNgah dan PakNgah, Azfar dan Airis tinggal bersama dengan keluarga Afkar. Maklumlah, Afkar itu anak tunggal. Jadi Mama dan Papa Afkar fikir dengan tinggalnya Azfar dan Airis dengan diorang, Afkar tidak akan kesunyian. "


Sudah Aku TahuWhere stories live. Discover now