#SAT-65

26.9K 1.1K 15
                                    

Afkar melihat isterinya yang sedang nyenyak tidur itu. Rasa rindu yang bermukim dihatinya selama ni akhirnya terbalas juga. Dapat juga dia menatap wajah yang dia rindu siang malam itu.



Afkar mengelus lembut rambut Dhia yang terjuntai didahi itu.
"Comel." Gumam Afkar.

Dhia yang terasa seperti seseorang bermain dengan rambutnya itu terus membuka mata. Alangkah terkejutnya dia melihat Afkar kini di depan matanya.


"Bie." Panggil Dhia seakan tak percaya . Dia menggosok mata nya berkali kali.

"Ye sayang. Ni bie lah."kata Afkar sambil tersenyum . Lucu melihat keletah isterinya itu.


"Eh bukan ke ada seminggu lagi ke bie kat sana?" Soal Dhia .

Dhia yang tadinya berbaring kini menyandarkan badannya di kepala katil.

"Ha'aa memang bie ada seminggu lagi kat sana, tapi bie balik awal.." Kata Afkar sambil tangannya bermain dengan jari Dhia.

"Kenapa balik awal?" Soal Dhia lagi.

"Sebab..... Ni." Afkar menunjuk ke arah perut Dhia yang masih lagi kempis itu.


Dhia akhirnya faham dengan maksud Afkar. Dia juga turut sama tersenyum.

"Tenkiuuu sayang." Ucap Afkar lalu mengucup lembut dahi Dhia. Dhia hanya tersenyum.

"Tak sangka kita akan jadi mama dan papa." Tambah Afkar lagi. Afkar begitu teruja sekali. Suka Dhia melihat Afkar bahagia begitu.


Kemudian, Dhia memeluk Afkar. "Jangan pernah tinggalkan Dhia sendiri tau.." Ucap Dhia sedikit sebak.


"Bie takkan tinggalkan sayang dengan baby. InshaAllah." Ucap Afkar sambil membalas pelukan isterinya itu.






*******


"Sayang, macam mana sayang boleh pregnant? Bukan ke sayang kata sayang tak..boleh?" Soal Afkar. Ketika itu mereka sedang meluang masa bersama di halaman rumah sambil membaca buku.

"Hmm panjang cerita dia.." Jawab Dhia.

"Pendekkan." Kata Afkar sambil tersengih kerang. Dhia menggeleng kepala dengan perangai Afkar itu.


"Okey.. Bie nak tahu ke?" Dhia cuba main tarik tali.

"Nak lah. Cepat lah sayang bagitahu." Afkar sudah menutup buku nya. Dia mendekatkan jaraknya dengan Dhia.


"Hmm kalau nak tahu, ada syarat dia.." Kata Dhia sambil mengangkatkan keningnya.

"Laa main syarat pula. Haa apa syarat nya?" Soal Afkar tidak sabar.

"Hmm sayang nak bie buatkan chocolate moist cake. " kata Dhia

"Alahh, senang ja syarat pun. No hal lah! Boleh je beli kat kedai kek.." Kata Afkar dengan berlagaknya.

"But sayang nak bie yang buatkan !" Kata Dhia pula.

Alamak! Pulak dah!
Afkar menepuk dahinya. "Bie mana pandai buat semua tu sayang..." Kata Afkar seakan cuba memujuk Dhia agar menukarkan syarat tersebut.

"No! Sayang nak bie buat juga kek tu. Kalau tak sayang takmau bagitau." Ugut Dhia. Afkar mengeluh lemah.

"Hmm oke oke. Nanti bie buatkan." Kata Afkar akhirnya mengalah.

"Okey.. Bie buatkan tau. Kalau bie tipu , bie tidur luar malam ni." Kata Dhia sebelum bergerak pergi dari situ.


"Sayang!"

"Alaa sayang! Takkan macam tu sekali.. Hmmm." Jeritan Afkar itu langsung tidak dihiraukan oleh Dhia.

Afkar mengambil telefonnya di dalam kocek seluarnya. Nombor Naquib didailnya.

"Hello bro!"

"Haa pehal?" Soal Naquib.

"Bro.. Tolong aku." Rintih Afkar.

"Pehal kau ni? Eh bukan kau dekat China ke sekarang?"

"Huhu, aku dah balik laa semalam."

"Perghhhhh ekspress siott kau balik. Ni mesti tak tahan rindu dekat adik aku kan?"

"Haa sape je tak rindu bini woi. Alah, kau tak kahwin lagi kau tak rasa ahh. Nanti kau pun sama je macam aku." Kata Afkar .

"Haa yela yela. Nah kau nak aku tolong apa pulak kali ni?" Soal Naquib.

"Bro, Dhia suruh aku buat chocolate moist cake.. Aduh cenna ni bro?!"

"Ala apa susah, kau pergi jela beli kat kedai banyak ha." Senang ja Naquib bagi idea.

"Hmm kalau boleh aku dah buat lama dah bro. Masalah nya Dhia siap ugut aku, kalau tak aku kena tidur luar bro malam ni. Adehh dah lah 2minggu tak jumpa, pastu kena tidur luar aaamemang tak lah.!"

Naquib dihujung panggilan sudah ketawa tak ingat dunia.

"Weh kau ni. Aku minta tolong bukan suruh kau gelakkan aku." Kata Afkar geram.

"Haha sorry bro. Aduh lawak lah kau. Haa bagus juga adik aku kan? Mamat bengis , mr.nightmare kononnya takut juga kena tidur luar. Kah kahkah." Afkar hanya membuat muka menyampah.

"Kau nak tolong aku tak ni? Kalau kau taknak tolong, aku tutup fone ni.." Kata Afkarz


"Alaa gurau ja beb. Oke oke nanti kejap lagi aku datang rumah kau." Kata Naquib.

"Okey. Aku tunggu kau."




Sebaik sahaja panggilan ditamatkan , Afkar mengeluh lemah.

"adeh sayang , sayang,.. Minta yang pelik pelik. Kalau bie belikan senang. Sedap pun sedap. Ni kalau bie buat entah jadi ke tak." Gumam Afkar sendiri.





****


Nrtqhnjwn.

Sudah Aku TahuWhere stories live. Discover now