#SAT-35

24.6K 1.1K 21
                                    

"Afkar, makan malam kat sini lah.. Boleh maghrib sekali." Kata Pak Hamid sebaik sahaja mereka selesai menunaikan solat Asar.

"Haha tak boleh lah Pakcik , lain kali ye. Isteri saya dah tunggu saya kat rumah." Kata Afkar.

"Oh ye tak ye jugak. Eh nanti ajak lah isteri kamu datang sekali." Kata Pak Afkar.

Ketika melintasi ruang tamu rumah Pak Hamid, mata Afkar tertarik pada satu gambar.

Gambar sebuah keluarga bahagia iaitu sepasang suami isteri dan seorang kanak kanak lelaki. Si isteri sepertinya sedang mengandung.

Kemudian matanya tertarik dengan loket dileher wanita itu. Sepertinya dia pernah melihat rantai itu.


Tapi dimana ye?

"Ni gambar isteri pakcik dengan anak sulung pakcik.." Kata Pak Hamid tiba tiba. Afkar yang baru tersedar berpaling ke arah pak Hamid.

"Oh .. Anak sulung pakcik nama apa?" Tanya Afkar tiba tiba.

"Abdul Naquib. Dia psikaitri kat hospital pakcik.. Tapi dia tak duduk sini. Dia duduk sendiri. Hujung minggu ja dia balik rumah ni." Terang Pak Hamid.

Nama yang disebut oleh Pak Hamid itu membuatkan Afkar terpaku.

'Naquib? Anak Pak Hamid? Tapi Naquib tak pernah cerita pasal family dia. Ish! Aku mesti tanya dia ni!' Gumam Afkar dalam hati.



"Oh okey lah Pak cik. Dah petang. Saya balik dulu eh.. Assalamualaikum." Kata Afkar lalu menyalam tangan pak Hamid.

"Okey lah. Nanti datang lagi. Haa jangan lupa apa yang pakcik ajar tadi. Takpa, usaha tanda kejayaan. Mula sikit sikit dulu, nanti dah biasa lah. Waalaikummussalam." Pak Hamid menepuk lembut bahu Afkar.

Kemudian matanya menghantar pergi pemergian Afkar.



'Setiap orang tak lari dari membuat khilaf Afkar.. Pakcik pun sama..' Gumam Pak Hamid dalam hati.








****




Ada lagi. Jangan risau.

Sudah Aku TahuWhere stories live. Discover now