#SAT-43

26.8K 1.1K 13
                                    

Petang itu, entah apa mimpi Afkar, tiba tiba dia pulang awal lagi daripada Dhia. Tersenyum senyum je si Afkar ni.

Pembantu rumahnya pun pelik melihat Afkar yang terlebih gembira itu.



Sebaik sahaja sampai dirumah, Afkar terus naik ke bilik untuk membersihkan diri.


***


Beberapa minit kemudian Dhia pula tiba dirumah.

"Eh, awal dia balik harini." Gumam Dhia sambil melihat kereta Afkar sudah tersadai di dalam garaj.

Kemudian Dhia mendaki tangga naik ke bilik. Sewaktu dia ingin melintasi bilik Afkar, kebetulan Afkar ingin keliar dari bilik nya. Jadi mereka pun bertembung.

"Ha dah balik pun." Kata Afkar sambil tersenyum. Pelik Dhia melihat Afkar yang tersenyum sumbing itu.

'Pehal dengan mamat ni?' Soal Dhia dalam hati.

"Haa . Awal awak balik harini.." Tiba tiba Dhia rasa kekok dengan Afkar.

"Hmm . Aku balik awal sebab aku nak ajak kau pergi beli barang sikit. opah aku ajak pergi rumah dia hujung minggu ni." Kata Afkar.

"Oh. Saya ikut ke?" Soal Dhia tiba tiba.

'Ya Allah boleh pulak dia tanya soalan macam tu? Dah memang aku nak ajak dia pergi sekali lah. Kalau tak, tak perlu aku balik awal.' Gumam Afkar dalam hati.

"Eh kau ni! Dah sah sah lah kau ikut. Aku nak pergi beli barang untuk kau juga." Kata Afkar.



Dhia tersengih kerang. "Oh ye eh.. Saya ingat awak nak keluar sorang. Hehe."

Afkar membuat muka menyampah. "Dah, pergi mandi. Bau busuk macam kambing lah kau ni. Haa lepas Isyak kita keluar." Kata Afkar sambil menutup hidungnya dan berlalu turun ke bawah.


Dhia mencium baju nya berkali kali.
"Dia kata aku bau busuk? Macam kambing? Takdepun.. Tak busuk pun.. Hish dia ni.." Kemudian Dhia sudah masuk kedalam biliknya.

Afkar diruang tamu tidak dapat menahan ketawa. Akhirnya terhambur juga ketawanya. Sumpah kelakar melihat reaksi Dhia tadi..

'Adeh kau ni Dhia.. Comel jek.'






*****





Tepat pukul 9 , mereka keluar untuk membeli barang seperti yang dikatakan oleh Afkar.


"Awak nak beli barang apa?" Soal Dhia.

"Em ada lah. Nanti kau tahu lah." Kata Afkar yang masih fokus dengan pemanduannya.


"Haa kenapa saya tak pernah tahu pun pasal opah awak?" Soal Dhia tiba tiba.

"Hmm tak penting. Selama ni Opah aku duduk luar negara." Jawab Afkar.

"Afkar.."
Panggil Dhia.

"Hmm."

"Afkar.."
Panggil dia lagi.

"Apa?"

"Hmm awak taknak cerita dekat saya pasal masa lalu awak ke? Or something yang awak pendam selama ni?" Tiba tiba Dhia rasa ingin menepuk mulutnya.

Afkar yang tadinya memandu terus berhenti mengejut di tepi jalan membuatkan kepala Dhia terhantuk dekat tingkap.

"Awww.. Awak ni kenapa Afkar?" Kata Dhia sambil memegang dahinya yang berdarah sedikit itu.

Afkar tidak menghiraukan pertanyaan Dhia itu. Dia menarik tangan Dhia dan mengenggamnya erat.


"Kau dengar sini Dhia. Walaupun aku bagitahu kau aku suka kau, takbermakna kau ada hak nak tanya pasal masa lalu aku! Kau jangan pernah nak menyibuk. Jaga limit kau! Aku tak suka kau menyibuk hal aku! Sekali lagi kau tanya pasal hal ni, memang siap kau!" Ugut Afkar . Kemudian dia melepaskan tangan Dhia.

Dhia merasa airmatanya kini di tubir mata.

Tiba tiba dia rasa menyesal . Dhia berpaling sebelah. Kelihatan Afkar sedang menahan amarah nya.

Tiba tiba , Dhia memeluk Afkar. Afkar yang tadinya tegang terus menjadi tenang. Tak marah pula Dhia memeluknya.

Selepas itu, Dhia meleraikan pelukan tersebut.

Baru sahaja Dhia melepaskan tangannya dari memeluk Afkar, Afkar menarik kembali tangan Dhia memeluknya kembali.


Lama mereka berkeadaan begitu, barulah Afkar melepaskan pelukan Dhia. Dan dia kembali memandu . Buat buat seperti tiada apa yang terjadi. Dhia juga turut diam. Darah di kepalanya sudah kering. Mujur lukanya kecil saja.



Beberapa minit perjalanan, mereka pun tiba di tempat membeli belah.

Dhia perasan darah di kepalanya tadi terlekat di baju Afkar.

"Awak.." Panggil Dhia .

"Apa?" Afkar memandang Dhia tanpa senyuman.

"Em baju awak.. Sorry saya tak sengaja. Baju awak dah kena darah saya.." Kata Dhia. Dia tidak berani ingin menatap mata Afkar.

Afkar melihat tompokan darah di lengan bajunya.

'Hm banyak juga darah minah ni.' Afkar tidak menghiraukan darah di baju nya sebaliknya dia menarik Dhia supaya dekat dengannya. Dia membelek dahi Dhia yang terluka tadi.

Afkar membuka dashboard dan mengambil sesuatu di dalamnya.

"Hish awak cari apa tu?"soal Dhia.

"Mai sini." Afkar menyuruh Dhia merapatkan wajahnya dekat dengannya.

"Hish buat apa? Dahi saya dah okeyla." Dalih Dhia.

"Mai sini cepat." Taknak Afkar kembali marah, Dhia mendekatkan mukanya. Afkar menampal plaster di dahi Dhia.

"Dah. Jom." Ajak Afkar sebaik sahaja selesai menampal plaster di dahi Dhia.

"Eh baju awak tu." Kata Dhia.

"Em abaikan je." Kata Afkar lalu turun dari kereta.






*****


Huhu penatnya kemas barang.😪

Sudah Aku TahuWhere stories live. Discover now