"Kau lukis muka siapa tu?" soalku pada Yasmin yang sedang leka menggosok tangannya pada lukisan itu untuk menghasilkan bayang-bayang.

Aku melihat dia cuba untuk menyorokkan lukisannya daripada aku. Eleh, aku dah nampak lah.

"Crush aku. Hehehe." jawab Yasmin lalu menyambung kerjanya.

Ouh.

Aku teringat akan lukisan aku dulu. Aku pernah lukis muka orang yang aku pernah suka. Dan kau tahu siapa itu. Aku masih simpan lukisan itu di dalam kotak yang diisi dengan lukisan-lukisan penting. Iya, penting. Kerana Adrian pernah menjadi sebahagian daripada orang yang penting dalam hidup aku.

"Wah, Arfah. Cantik gila lukisan kau!" puji Syahmi yang entah datang dari mana. Aku juga tidak sedar yang dia sudah beberapa minit tadi duk bertenggek sebelah muka aku. Semata-mata untuk melihat lukisan yang aku sedang siapkan.

"Tapi siapa yang kau lukis tu??" soal Syahmi ingin tahu.

"Kita." jawabku sepatah.

Ya, kita. Ada enam orang disitu. Sedang duduk mengelilingi unggun api. Bergelak ketawa dengan lawak jenaka masing-masing. Itu, saat paling berharga yang pernah kami cipta. Dan aku abadikan kenangan itu di dalam lukisan ini.

"Rindu." ujar Syahmi. Dia merenung lukisan ini. Kemudian memandang aku dan memberikan aku senyuman hambar.

Bunyi loceng rehat mengembalikan kami ke alam nyata.

"Acik, saya nak kopi ais." pesanku pada makcik kantin itu. Nampak muda, jadi tak sanggup nak panggil dia makcik. Kang dia jeling aku pula.

Kopi ais ikat tepi sudah sampai. Aku berjalan sambil menyedut minuman. Kaki melangkah ke pondok bacaan. Disitu ramai pelajar perempuan sedang sibuk bergossip. Dan bukannya membaca. Punya banyak bahan bacaan yang diletakkan disini, seorang pun tidak ambil dan baca. Ceh, kata orang. Macamlah aku baca.

Seperti biasa, aku berehat seorang diri. Melainkan Syahmi datang untuk menggangguku makan.

Air kopi ais itu aku sedut nikmat. Sedap namampos! Sedang aku menghayati kenikmatan air kopi itu, telingaku dapat mendengar bunyi tikus dibuat-buat. Tak sah! Pasti ada orang cuba mengurat aku.

Perasan.

Sekumpulan pelajar lelaki itu sedang mencuba nasib mereka pada seorang gadis cantik tingkatan 3. Cun do. Tapi hampa, mereka gagal. Gadis itu menunjukkan buku limanya pada mereka. Gila gangsta. Padan muka. Sepatutnya, ngorat aku. Mana tahu nasib menyebelahi mereka!

Aku kembali ke kelas. Punggungku dilabuhkan di atas kerusi kayu pepejal itu. Aku keseorangan disitu. Kerana semua tablemate aku masih belum kembali ke kelas. Sunyi. Inilah yang aku rasakan setiap kali pulang dari rehat.

Kerusi dihadapanku ditenung. Lamanya dia tiada. Lama lagikah bengkel itu berlangsung? Bila dia akan kembali ke sekolah? Rasanya sudah empat hari dia tidak hadir. Patutlah rasa kosong je.

Gila! Aku rindukan dia kah?? Mustahil. Aku memandang diri sendiri tidak percaya. Aku? Rindu Darius? Minta simpang.

"Okey kelas,"

Aku melihat cikgu Seni dibalik pintu. Eh, bukan dah belajar seni ke? Masa berpatah balikkah?!

Apabila semua pelajar sudah masuk ke dalam kelas, cikgu seni memulakan bicara.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now