" chemistry, apsal ? "

" aku nak skip, nak tidur "

Ponteng je keje dia . Tak boleh ke contohi perangai rajin aku ni ? Dijamin masa depan cerah tanpa bersuluh.

" best merangkak macam askar kat sini ? Kau orang nak suruh aku report Daddy korang ? Bia kasi masuk latihan askar terus ?" muka aku dengan Rafael dah mula cuak. Dengan perlahan-lahan kami mengangkat muka.

Alamak!

Sir Alex

" eh sir, buat apa kat sini ? Tak de kelas eh ? " aku bangun dan dengan sopan aku bersalam dengannya. Rafael di sebelah sudah mula mendengus tak puas hati. Budak Tinker Bell tu memang kaku, beku dan senyap sahaja. Mungkin ketakutan sebab tertangkap. Suasana agak tegang seketika.

" three of you, detention room now "

** 🌙 **

BELLA ROSALLES [ POV ]

" kau lah ni penyebab aku masuk detention room lagi ! " aku marah Rafael. Okay aku dah tahu nama dia sebab aku terdengar jeritan Luke tadi.

Rafael menggulingkan matanya lalu menyembamkan muka ke meja. Sir Alex di depan merenung kami bertiga dengan tajam. Agak sunyi bilik ini kerana hanya kami bertiga yang ada.

" Bella Rosalles " Sir Alex memanggil aku secara tiba-tiba membuatkan aku terkaku dan terkesima. Habis naik seriau. Suara dia memang jelas kedengaran marah dan agak hampa.

" awak budak baru kan ? Jangan ingat sekolah swasta macam ni awak senang-senang je nak break rules. Jangan nak bercampur sangat dengan dua ekor tu. " tangannya mula menunjuk ke arah Rafael dan Luke.

" and for both of you. Sir akan report dekat daddy kamu " Sir Alex tutup buku laporannya dan ingin keluar dari bilik itu. Dia menggeleng-geleng tanda kecewa. Aku dah mula menunduk.

Belum sempat dia memulas tombol pintu, pintu sudah terlebih dahulu dibuka dari luar. Dan terpacaklah muka Jackson.

" weh dah ada orang sia. Awal kau masuk detention harini. Aku baru je dapat detention dari Sir baru kita tadi. Tak silap aku, nama dia Gibran" kata Jackson agak teruja. Terkejut melihat Rafael dan Luke masuk awal. Sekalunya mereka akan masuk detention room pada pukul 10 di mana subject History bermula. Ya, mereka tak suka sejarah.

Jap jap. Si jackson ni tak perasan ke Sir Alex dekat belakang pintu tu dah merah muka dia tahan marah ? Cari nahas betul budak bertuah ni. Lalu aku tepuk dahi. Sir Alex bila bila masa je akan meletop.

Setelah jackson masuk sepenuhnya dalam bilik itu, dia baru perasan akan keberadaan Sir Alex di belakang pintu. Dia terkejut lalu terginjak ke belakang.

" Eh Sir Bila Sampai ? " dia ni pun jadi sopan santun jugak macam Luke tadi. Sir Alex langsung tidak menghulurkan Tangannya. Dia seperti sedang menahan sabar.

" Welcome to our sweet bedroom " Keith datang sambil menjerit. Dia membuka pintu sambil mendepakan tangannya.

Terima kasih kerana tambah masalah lagi Keith. Kau memang buta ke tak nampak Sir Alex kat situh ?

Dan reaksi Keith juga sama seperti Jackson setelah perasan akan Kewujudan Sir Alex.

Sekali lagi aku tampar dahi.

Luke dah gelak. Langsung tidak cuak dengan situasi sekarang.

Nampak sangat diaorang ni selalu buat hal sampai benda serious macam ni pun diambil ringan.

Sekolah apa yang aku daftarkan diri ini?

" kamu semua ambil tempat sekarang ! Lepas sekolah tunggu dalam bilik saya tepat pukul 2:00 kalau muka korang tak ada, memang aku sediakan kem askar untuk korang " Nada suara Sir Alex naik seoktaf. Dia memulas tombol pintu dan mula keluar. Nasib baik tak ada orang masuk lagi.

" awal kau masuk detention room hari ni" Jackson berkata kepada Rafael dan Luke. Dia mula mengambil tempat di sebelah aku. Dia juga agak terkejut melihat kewujudan aku disitu.

" Kita ada ahli baru nampaknya " Keith tersenyum gatal melihat aku. Nasib baik handsome, kalau tak memang aku bagi sebijik dekat muka tu. Miang semacam.

" aku tertangkap guna pintu rahsia tadi. Entah macam mana Sir Alex dapat tahu tempat tu. Aku rasa ada pengawas menggatal pegi report. " beritahu Luke.

" Budak baru ! Kau memang suka lepak sini eh ?" jackson tanya. Aku buat muka menyampah. Lepak abah kau. Aku masuk sini sebab Rafael. Sekali lagi sebab Rafael.

" kau tanyalah sahabat kau ni. Sebab dia aku terjebak masuk dalam ni. Habis jatuh maruah pelajar cemerlang aku " aku membebel sambil menjeling kepada Rafael dan dia hanya tersenyum sinis.

Tak guna punya Rafael.

" kau Jackson, apsal pula masuk sini ? " Luke mengangkat keningnya ke arah jackson.

" aku terjumpa cikgu Addmath baru dekat koridor tadi. Aku jalan belakang dia. Aku ingatkan dia perempuan sia. I mean he had a very beautiful long hair and I just got confused ! "

Jackson menceritakan macam mana dia boleh terjebak masuk detention room di pagi hari apabila dia tersilap anggap yang cikgu baru, Sir Gibran adalah seorang perempuan.

" So, bila aku jalan belakang dia, aku terfikir, why not aku tackle dia ? " keith, Luke, Rafael dan aku melihat Jackson dengan muka yang jijik.

" ye lah mana tahu dapat jadi scandal, aku boleh mintak extra mark sikit. Tengah sibuk mengorat, tahu-tahu je dah ada dekat sini " Jackson mengeluh. Sungguh sadis ceritanya.

Tiba-tiba pintu di buka.

" Sila beri tepukan pada orang yang pertama sampai detention room pada hari ini " Dennis melompat masuk secara tiba-tiba.

Bila dia perasan muka kami semua sudah terpacak disitu, senyumannya mula pudar.

" masuk berjemaah tak ajak aku. Patutlah muka sorang-sorang aku tak nampak, ingat tak datang sekolah. Ha, elok lah perangai anda semua lupakan kawan "

untuk kali ketiga, aku tepuk dahi lagi.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Donde viven las historias. Descúbrelo ahora