8|Oxfordiatella Kingdom

258 29 8
                                    

Sebuah portal bercahaya bermakna ia terbuka lalu keluarlah sepuluh remaja yang sangat dikenali...

"Welcome to the Oxfordiatella Kingdom! Kingdom of knowledge!" Luma kenalkan kingdom yang baru saja mereka semua masuk dari portal tadi.

Semua terpegun dengan kekaguman kingdom ini. Tempat ini seperti zaman kurun ke-18. Dari tanah hingga setinggi 5 meter terdapat berjuta-juta buku di langit berterbangan.

"Kenapa semua buku terbang ni?" Taufan ingin tahu.

"Sebab semua buku kat atas tu ade kuasa magik. Jika kamu nak membaca buku, contohnya 'Sejarah Pemerintahan Oxfordiatella Kingdom'. Buku yang kamu nak tu akan datang ke kamu..." jawab seorang wanita 20-an berambut blone keemasan matanya warna biru laut dan memakai gaun paras hampir ke kakinya yang sedang menolak seorang lelaki 50-an yang duduk di atas kerusi roda. Rupa lelaki itu sama seperti wanita tadi.

Taufan, Blaze, Thorn dan Fang tercengang dengan kecantikan wanita itu.

"Tuanku, maafkan pa..." Luma menunduk hormat tetapi dihalang.

"Tak perlu. Cakap je macam biasa... Puteri Luma." Luma tergamam dengan kata-kata lelaki tersebut.

"Ok, memperkenalkan ni Raja Odeth de la Brill'ya. Raja Oxfordiatella Kingdom! Dan yang cantik molek ni ayahnya, Puteri Adella de la Brill'ya!" Luma tunjuk lelaki yang duduk di kerusi roda. Adella tersipu malu.

"Raja Odeth kenalkan diorang?" Luma tunjuk 6BBB, Yaya, Ying dan Fang.

"Mestilah... Puteri Yaya, Puteri Ying dan Putera Pang," Raja Odeth tunjuk satu per satu.

"Dan jangan pula juga 7 Knights. Aik? Mana sorang lagi?" Raja Odeth menggaru kepala.

"Biar saya terangkan..."

Mereka semua pergi ke sebuah taman yang terdekat. Luma menceritakan satu per satu dari mula hingga sekarang...

"Tak sangka lagenda 7 Knights tu memang wujud... Selalunya ramai kata 7 Knights tu mitos je." Adella terkejut setelah ape yang Luma ceritakan.

"Jadi sebenarnya korang memang dah menang, tapi Gittius patah balik masa ke masa korang tengah perang dan gune Clea-rish hingga Gempa terkorban." Raja Odeth membuat kesimpulan.

"Tapi raja ade tak rasa ape-ape macam... Ade perkara yang akan berlaku?" soal Luma.

"Hmm... Rasanya ade... Macam... Ade majlis perlantikan pemerintah baru..." Raja Odeth mencuba memikirkan.

"Memang raja datang masa saya jadi permaisuri disana... Tapi boleh tak kami semua nak minta bantuan?"

"Boleh! Ape saja! Dulu masa mendiang ayahanda kamu, dia selalu tolong aku... Untuk balas jasa semula, aku akan tolong kamu..." semua mula bersorak kerana dapat menerima bantuan.

"Luma, ape yang nak aku dan ayahanda nak tolong?" Adella teruja.

"Pertama, disebabkan sini ade banyak buku, nak pinjam sikit buku. Kedua, kami nak siasat seseorang ni. Ketiga, mungkin esok atau lusa kami akan ke Earthrella Kingdom, kuasa saya tak cukup nak buka portal ke sana. Jadi nak boleh tak tolong hantar kami semua ke sana?" Raja Odeth senyum.

"Untuk pertama, boleh. Ketiga, boleh. Kedua tu... Tolong bagitau boleh?" Luma memikir sejenak...

"Yang saya tau satu je. Nama belakang dia tu ade 'de la Zarrock' tu je... Dia tu Merlin kat UKE dulu."

Adella mengeluarkan tablet dan mencari sesuatu.

"Ulang balik nama belakang dia tu,"

"de la Zarrock. Double 'R'." Adella menajamkan mata untuk melihat dengan jelas.

BBBKF: Twist in Time [Book 2]Where stories live. Discover now