6|Let's Start Our Mission!

299 30 20
                                    

Sudah genap seminggu semua kehilangan Gempa. Hali selaku adiknya masih merajuk dan tidak mahu buat apa-apa. 5BBB menerima sahaja keadaan ini walaupun sangat perit untuk menerimanya. Yaya pula hanya mendiamkan diri dan tidak bercakap dengan sesiapa. Yang lain semakin buntu.

"Terima kasih Tuanku sebab bagi kitorang tinggal sini selama seminggu." Luma menunduk hormat kepada kepada seorang lelaki 40-an yang berpakaian formal diraja.

"Alaa... Tak ape. Lagi pun Hali dan Yaya kan tengah sedih. Bagi la mereka masa lagi... Sepatutnya anakanda beta nak jumpa korang, tapi diorang ade misi pulak. Dia ade kat Fairly Tale Kingdom. Satu lagi..." raja itu membetulkan cermin mata dan rambutnya coklat kehitaman.

"Yang beta tau sekarang ni... Untuk benua Magical tu, Shadow Kingdom kawasan yang berdekatan dengan tempat perang tadi 20% dah musnah, Foodie Kingdom 15.6% dan UKE 100% dah botak. Dalam benua Wisdomaria, Cyber Kingdom 2.92%, Aqua Kingdom 100% semua pulau dah musnah kecuali bahagian bandar dalam laut. Earthrella Kingdom, Oxfordiatella Kingdom dan Sugarpals Kingdom tiada sebarang kemusnahan. Terakhir benua Illusionella, Rain Forest Kingdom 0.98% je. Mirror Kingdom, Fairly Tale Kingdom, Urbania Kingdom dan Sunlight Kingdom tiada yang musnah juga." sambung raja itu.

"Teruk ni, Raja Ghazali..." Luma menunduk. Raja Ghazali hanya senyum.

"Nanti suruh semua berkumpul di bilik mesyuarat. Kite semua akan bincang. Malam nanti." Raja Ghazali meninggalkan Luma.

Luma masuk ke dalam bilik rehat istana yang telah disediakan sebagai tempat tinggal buat sementara.

Hali dan Yaya masih menyendiri. Yang lain masih buntu. Taufan mendekati Luma.

"Ade ape-ape ke?"

"Tak... Malam nanti semua pergi bilik mesyuarat. Cakap untuk yang lain." Taufan mengangguk.

***

Semua berkumpul di bilik mesyuarat. Muka Hali dan Yaya masih merah akibat menangis.

"Jadi ape yang kite nak bincangkan?" Taufan mewakili semua dalam bilik mesyuarat.

"Well... Bagitau la." Raja Ghazali memandang Luma. Luma melepaskan keluh.

"Ade beberapa berita yang sangat buruk. Satu, banyak kingdom yang terkena Clea-rish." Luma menelan air liur.

"Shadow Kingdom kawasan yang berdekatan dengan tempat perang tadi 20% dah musnah, Foodie Kingdom 15.6% dan UKE 100% dah botak. Dalam benua Wisdomaria, Cyber Kingdom 2.92%, Aqua Kingdom 100% semua pulau dah musnah kecuali bahagian bandar dalam laut. Earthrella Kingdom, Oxfordiatella Kingdom dan Sugarpals Kingdom tiada sebarang kemusnahan. Terakhir benua Illusionella, Rain Forest Kingdom 0.98% je. Mirror Kingdom, Fairly Tale Kingdom, Urbania Kingdom dan Sunlight Kingdom tiada yang musnah juga." Raja Ghazali mengulang ayatnya semula.

Permaisuri Diana, Maharaja Yung, Kaizo dan Gopal terkejut.

"Biar betul?!" Kaizo dan Gopal tidak percaya.

"Betul, beberapa hari lepas, beta dah kesan semua kingdom guna drone. Tetapi mangsa dalam proses mengira." kata Raja Ghazali dengan serius.

"Pasukan Healer dah periksa kuasa aku. Diorang kata aku tak dapat gune kuasa selama 3 bulan sebab masa perang hari tu aku dah terlalu banyak guna kuasa sampai tak dapat guna. Hanya pengguna kedua-dua tongkat sakti tu je boleh buka portal ke dunia lain. Sorry guys..." Luma menunduk berasa takut berhadapan dengan mereka semua.

"Jangan macam ni, Luma... Asalkan kite selam-" kata-kata Ying dipotong oleh Hali.

"Selamat? Macam mana dengan Gempa!?" Hali meninggikan dan berdiri. Taufan menarik Hali duduk semula.

"Jaga emo kau!" bisik Taufan kepada Hali. Hali berdengus geram.

"Tapi tongkat sakti yang aku pon tu palsu. Patut la aku pelik masa tengah lawan tak jadi ape-ape pon." Luma meletakkan Tongkat Sakti Kelahiran yang palsu dimeja yang telah patah dua.

"Tongkat sakti ni sebenarnya takkan patah dan sekeras berlian." terang Luma dengan mudah.

"Jadi ape plan kite?" soal Maharaja Yung.

"Mula-mula kite buat pencarian Gempa dan Gittius secara serentak. Dalam masa yang sama jugak, beta dan Luma telah setuju untuk mencari Merlin diraja UKE. Kerana Merlin juga tahu segala-galanya." jawab Raja Ghazali.

"Tapi Gemp-" Yaya memotong ayat Fang.

"Aku tak kisah Gempa hidup ke tak! Aku saran cari Gempa!" Yaya menyilang tangan.

"Yaya, please behave!" arah Permaisuri Diana dengan lembut. Yaya mengabaikan Permaisuri Diana.

"Tapi kau boleh ke bukak portal ke kingdom lain?" Gopal cuba mengubah topik.

"Hmm... Boleh... Tapi tempat yang dekat je lah boleh..." Luma kurang yakin.

"Tapi Luma tau ke ape nama Merlin?" Soal Ying.

"Aku... Tak berapa ingat. Tapi nama terakhir dia 'de la Zarrock'. Merlin tu keturunan Merlin diraja UKE sejak dari dulu lagi."

"de la Zarrock? Macam kenal... Dulu masa mendiang ayahanda kamu ade kenalkan dia pada beta." Maharaja Yung cuba ingat.

"Beta dan Luma target kemungkinan Merlin berada di benua Illusionella sama ada di Fairly Tale Kingdom, Rain Forest Kingdom dan Urbania Kingdom. Selain tu benua Wisdomaria di Oxfordiatella Kingdom dan Earthrella Kingdom. Sebab hampir semua Merlin suka tempat yang semula jadi seperti Earthrella dan Rain Forest. Tempat yang macam ade banyak bidang ilmu seperti Oxfordiatella dan tempat yang ade pelbagai lagenda, Urbania dan Fairly Tale." Terang Raja Ghazali. Semua hanya angguk.

"Jadi semua setuju?" Luma memandang semua kecuali Raja Ghazali.

Semua mengangguk kecuali Yaya dan Hali. Luma cuba membaca fikiran mereka. Mereka berdua setuju, tapi tidak mengangguk.

"Let's start our mission!"

BBBKF: Twist in Time [Book 2]Where stories live. Discover now