7|Jom!

247 27 39
                                    

Di suatu pasar di Rain Forest Kingdom...

Hujan rintik-rintik membasahi bumi. Semua disana sudah biasa dengan hujan, malah tidak menggunakan payung.

Di suatu kedai emas. Seorang lelaki 40-an berbadan gempal masuk ke dalam kedai tersebut.

"Ni berapa?" lelaki gempal itu menunjukkan seutas rantai yang dihiasi dengan zamrud.

"300k jewels encik." jawab penjual kedai itu.

"Kurangkan la... 100k?"

"280k."

"150k?"

"270k."

"160k?"

"250k."

"180k?"

"200k."

"Ok!" lelaki gempal tersebut memberi dua uncang beg yang kecil mengandungi permata-permata yang kecil. Setiap satu beg uncang ada 100 ribu jewels.

Dia mengambil rantai yang dibeli lalu meninggalkan kedai emas. Tak sangka barang tiruan pun boleh tertipu dengan 300k yang asalnya 80k.

Penjual tersebut mengemop lantai yang basah akibat kasut lelaki gempal itu basah lenjun. Penjual itu terlupa menyimpan jewels.

Tanpa disedari, sesusuk tubuh memakai kerudung warna coklat merangkak masuk ke dalam kedai emas. Perlahan-lahan ia ke kaunter yang terletak dua uncang jewels itu.

"Hehe... Kaya la aku..." dia dengan pantas menarik kedua-dua uncang beg lalu lari keluar dari kedai emas. Penjual tadi baru perasan susuk itu mencuri hasil jualannya.

"Woiii!!!! Jangan curi budak!!!" penjual itu nampak sangat kenal susuk tadi. Tetapi penjual itu mengendahkan sahaja. Dia tahu pasti budak itu akan mencuri.

"Terima kasih abang kasi jewels free ni!" susuk tersebut melambung-lambung uncang beg itu.

"Pak cik! Boleh la bagi ubat tu... Mak saya sakit!" merayu seorang kanak-kanak lapan tahun pada salah satu kedai ubat-ubatan di pasar.

Susuk itu ternampak kanak-kanak itu seperti tiada duit untuk membelinya.

"Maaf dik, ubat ni mahal. Duit dik sikit la..." kata penjual ubat itu.

"Tolong la pak cik... Mak saya tu! Saya tak nak mak saya mati!" kanak-kanak itu mula menangis.

Susuk berkerudung itu mula rasa simpati. Dia mendekati kedai ubat-ubatan.

"Pak cik, bagi je la adik ni ubat untuk mak dia." kata susuk itu kepada penjual.

"Ubat ni 50k jewels. Adik ni tak cukup." terang penjual itu dengan nada menyampah.

"Pulak..." susuk tersebut memandang kanak-kanak itu...

"Adik, betul ke mak kene makan ubat ni?"

"Betul... Sebelum ni mak selalu sakit, mak makan ubat yang sama. Mak pon suruh beli ubat ni!"

"Kejap tau..." susuk itu mengeluarkan sedikit permata dari satu uncang beg dan masukkan permata yang dikeluarkan di satu lagi uncang beg lalu disimpan.

"Take it!" susuk itu membaling beg uncang yang kurang itu kepada penjual.

Penjual ubat sempat menangkap uncang beg dan memberikan ubat yang diminta.

"Nah!" susuk tersebut memberi ubat kepada kanak-kanak itu.

"Who are you?" soal penjual itu.

"It's me!" susuk itu membuka sedikit kerudung hingga nampak wajahnya.

"Kau rupanya... Dah! Shuh shuh!" penjual tersebut menghalau mereka berdua. Dia menutup mukanya semula dengan kerudung.

BBBKF: Twist in Time [Book 2]Where stories live. Discover now