3|Reverse The Time!

303 28 28
                                    

Lagu ni...Seakan-akan ia tergantung. Pasti ade sambungan dia.

Perkara ini sering terjadi pada Gittius, lagu ini hanya dapat didengari dirinya sahaja. Seakan ia berbisik pada telinga. Dia selalu mengadu tentang ini, tapi tiada siapa yang mengambil kisah.

Gittius menggeleng kepala dengan cepat agar sedar dari lamunannya. Mereka telah sampai. Dia membuka pintu yang agak besar.

Klak!

Bilik itu penuh dengan buku-buku yang lama. Bilik bacaan. Gittius dan Kewl masuk. Gittius lalu ke sebuah meja yang terdapat beberapa buah buku. Kewl hanya berhenti di hadapan meja itu.

Gittius mengeluarkan sebuah buku yang berwarna hitam yang berkoyak-rabak. Itu adalah Buku Larangan. (Semak kat Book 1-Gerhana Perang)

"Tuanku, maaf jika patik ganggu Tuanku sekarang. Patik masih tidak faham tentang fasa yang Tuanku terangkan. Boleh Tuanku terangkan sekali lagi?" Gittius mengangguk.

"Beta tau fasa tu agak susah nak terangkan. Biar beta terangkan sekali lagi..." dia menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan penerangannya.

"Nama fasa emergency ni, Twist in Time. Kali ni beta nak patah balik masa ke waktu masa perang tu berlaku untuk menghapuskan mereka guna Clea-rish. Dengan tu beta mampu menang dalam perang ni. Ambik balik UKE, tongkat sakti satu lagi dan tak de dah gangguan dari mereka sebab mereka akan... Pssssss..... Gone forever..." Kewl mula memahami.

"Tapi... Bukan ke Kingdom Fantasy dah haramkan guna teknik ni? Lagi pon kalau tersilap langkah, Tuanku akan terperangkap dalam satu masa tu dan akan berulang-ulang hingga... Takkan berakhir! Umpama 'loop' " dia mula risau akan keselamatan Gittius.

Camie :Senang citer tgk BBB glxy episode 16 Situ korang semua akan phm maksud "loop" tu kalo blur! 😅

"Baik Tuanku fikir masak-masak sebelum buat..." sambungnya.

"Hmm... Beta memang dah plan pasal ni sebelum berlaku perang tu lagi. Anggaplah plan back-up."

"Patik bukan nak bantah, tapi patik cuma fikir perkara yang betul je. Kalau Tuanku still nak teruskan, go on! Patik masih dalam pihak Tuanku. Bukan sesiapa dah." Gittius melepaskan keluhan kecil.

"Baiklah! Jom kite lakukan fasa ni!"

***

Hali mencapai cawannya. Baru sahaja Hali mahu mengangkat, tiba-tiba...

"Ha? Gempa sini jap..." Gempa mendekati Hali.

"Kau cuba tengok air dalam cawan aku tu..." Gempa terkejut melihat terdapat getaran di dalam cawan itu.

"Semua, tolong check cawan masing-masing. Jangan angkat." arah Hali kepada kawan-kawannya.

Mereka semua mula melihat cawan masing-masing. Semua terkejut.

"Ape berlaku sekarang ni?" soal Gopal yang masih memerhati cawannya.

"Tolong jangan cakap sekarang ni berlaku...." Luma membiarkan ayatnya tergantung.

"Gempa bumi..." semua kecuali Luma meneka dengan serentak.

"Dengan jujur, aku tak pernah lagi main-main gempa bumi ni." Gempa mengangkat kedua-dua tangan.

"Kejap-kejap!" Solar cuba meletakkan sudu diatas meja makan dengan perlahan-lahan.

Sudu tersebut bergetar. Ia bergetar sambil bergerak dengan perlahan. Lalu sudu tersebut terjatuh setelah sampai ke penghujung.

Fang yang meletakkan cawan yang paling dekat dengan dirinya juga terjatuh akibat getaran. Yang malangnya, air tertumpah ke bajunya.

"Ouh.... What the fish! Habislah aku kene belasah ngan abang aku nanti!" dia mengelap bajunya.

"Aku rase vibration ni berlaku kat sana..." Ice menunjuk ke satu arah yang tidak jauh dari istana.

"Tu hutan ke?" soal Blaze.

"Eh, tak lah. Legoland! Mata kau kat lutut ke?!" Taufan menyindir Blaze.

Memang hutan. Bukan Legoland yup! 😂 Kalau Legoland memang semua ber race-race karang...

Satu cahaya berwarna hijau menghala ke arah langit. Langit mula mendung dan menyambar petir akibat cahaya itu...

"This is totally ***k, man..."

"Eh? Mana tongkat sakti aku?"

***

30 minit sebelum itu...

Gittius dan Kewl berada di roof top rumah banglo. Gittius memakai kerudung hingga menutup separuh dari wajahnya.

"Kewl, bukak page 229." Kewl membuka muka surat tersebut pada Buku Larangan.

Kewl membuka muka surat yang diarahkan lalu dia memberi kepada Gittius.Gittius membaca seketika dan bagi semula Buku Larangan kepada Kewl.

Dia menghayunkan tongkat sakti itu beberapa kali sambil membaca mantera secara kumat-kamit...

Perlahan-lahan keluarlah satu cahaya berwarna hijau pada tongkat sakti itu.

"For all of the universe! Turn back the Sun and Moon!"

Cahaya hijau itu semakin membesar lalu bergerak ke hadapan Gittius. Kewl terus menyorok di belakang Gittius kerana perasaan takut mula menguasai dirinya.

Angin yang tenang mula mengganas dan petir mula menyambar bumi.Cahaya hijau tersebut membentuk menjadi satu paparan skrin yang besar.

Paparan ajaib itu menayangkan putaran Matahari dan Bulan pada planet Kingdom of Fantasy secara terbalik.

"Go back to past!" seru Gittius.

Paparan tersebut mula memaparkan semua secara terbalik bermula dari Gittius sedang menyeru tongkat sakti, menaiki tangga ke tingkat paling atas bersama Kewl, mencuri Tongkat Sakti Kehidupan dari Luma, Gempa dan Yaya berborak di rumah hijau diraja, 7BBB dan kawan-kawan mereka berborak gembira di meja makan bersama Luma, Yaya, Ying, Fang, Gopal dan Luma menyambut kedatangan 7BBB, Boboiboy mula masuk ke dalam portal, Boboiboy membuat muka menyampah pada Ali di kelas, Boboiboy dan Gittius terlanggar satu sama lain di pagar sekolah, kawan-kawan Boboiboy hari jadi pada tahun lepas, 7BBB balik ke bumi melalui portal Luma, UKE dibaiki semula, 7BBB dan kawan-kawan mereka menang dalam perang, Solar berjaya menghapuskan semua Demons, Gittius menikam Borara,Gittius cuba membuat Clea-rish.

"STOP!" Gittius menghentikan masa.

Paparan itu terhenti pada paparan Gittius yang sedang melakukan Clea-rish. Ia terhenti lalu paparan skrin hilang termasuk cahaya hijau yang mengelilingi Gittius...

"Ha? Tak jadi ape-ape pon..." Gittius mengetuk tongkat sakti guna tangannya.

Tiba-tiba tongkat itu melepaskan satu cahaya hijau yang kuat hingga Gittius yang pegang itu terangkat ke atas. Cahaya hijau itu meluru terus ke langit lalu awan semakin mendung dan petir mula menyambar.

"I command... Reverse The Time!!!"

BBBKF: Twist in Time [Book 2]Where stories live. Discover now