2|Lagu Misteri

356 35 29
                                    

Sepanjang majlis ini berjalan, Gempa dan Yaya berdiam diri. Mereka hanya menjamu selera sahaja.

Yaya berhenti dari makan...

"Gempa... Jom ke rumah hijau diraja kat belakang tu." ajak Yaya.

Gempa terhenti seketika. Memikirkan sesuatu...

"Ok la! Lagi pon aku ade satu perkara nak bagitau kau ni!" setuju Gempa dengan gembira.

"Hali, kalau ade ape-ape cari aku kat belakang sana tau." arah Gempa kepada Hali. Hali mengangguk.

Gempa meninggalkan kembarnya lalu mengikut Yaya ke rumah hijau diraja.

"Ni la rumah hijau diraja!"

Gempa terpegun dengan kecantikan rumah hijau tersebut. Rumah yang bersaiz banglo dibuat sepenuhnya dengan kaca. Ada air pancut bersaiz mini diluar dan beberapa pokok palma ditepi rumah hijau diraja.

"Jom masuk Gempa!" Yaya menarik Gempa masuk ke dalam.

Pipi Gempa tiba-tiba merah. Gempa sekali lagi terpegun apabila melihat suasana di dalam rumah hijau.

Bunga dan pokok di merata tempat. Di tengah-tengah dalam rumah hijau, terdapat satu air terjun yang sinar dan mengalir ke seluruh tumbuhan disini.

"Cantik bukan?" Yaya memandang Gempa.

"Cantik.... Cantik macam kau..." Gempa senyum nakal.

Yaya mengetuk Gempa.

"Aduh... Ye la ye la..." Yaya masih senyum, Gempa juga senyum.

"Gempa, sebenarnya aku...."

***

"Tuanku! Gempa dan Yaya tak de kat sini!" kata Kewl sambil memerhati mereka yang sedang bergembira.

"Hmm... Bagus ni... Tapi Luma tengah guna tongkat sakti yang mana?" soal Gittius sambil membaca buku sihir yang diberikan oleh seseorang yang paling Gittius sayangi.

"Warna putih dan ade tulisan purba UKE."

"Tu Tongkat Sakti Kelahiran! Means...." Gittius menyelak buku itu ke isi kandungan.

"Kegunaan... Kelahiran....... Aha! Jumpa pon!" Gittius membuka muka surat yang hendak dicari.

"Tongkat Sakti Kelahiran boleh digunakan dengan sihir yang berkaitan dengan kelahiran sahaja. Tongkat ini hanya boleh digunakan oleh keturunan yang tertentu. Contohnya keturunan Villiams, Mellinow dan Zarrock. Jika sesiapa yang bukan diantara keturunan ini, maka tongkat sakti ini tidak dapat digunakan." Gittius menutup bukunya lalu menyimpan di dalam beg sandangnya.

Kewl terdengar apa yang Gittius bacakan tadi, Kewl memandang Gittius.

"Tuanku, patik ade satu soalan. Tongkat Sakti Kelahiran, Kehidupan dan Kesucian bukan ke cuma tiga keturunan tu je boleh gune? Sebab patik pernah baca buku tu juga dan ia tulis sama macam ape yang Tuanku bacakan tadi. Tuanku sebenarnya dari keturunan yang mana?" Soal Kewl, Gittius berhenti seketika.

"Beta pon tak tau... Luma dari keturunan Villiams ayahanda dia, Mellinow dari bonda dia dan Zarrock dari pakcik dia."

"Patik masih tak paham."

"Means... Ayah dia Villiams, mak dia Mellinow dan pakcik dia Zarrock. Sebenarnya ayah dan pak cik dia tu adik beradik tiri. Mase ayah dia dilahirkan, nama keturunan dia 'de la Villiams'. Selepas ayah kepada ayah Luma mangkat. Ibu dia kahwin dengan salah satu keturunan "Merlin" diraja UKE, Zarrock. Beberapa tahun kemudian, lahirnya adik kepada ayah Luma. Jadi nama keturunan pakcik dia ade 'de la Zarrock'. Dan adik dia telah menjadi Merlin diraja UKE. Dia jadi Merlin sebab hanya keturunan Zarrock sahaja ade kuasa yang sangat hebat dan mampu mengawal tujuh kuasa elemental, lagi dua tu hanya enam kuasa dan ke bawah je..." terang Gittius dengan nada laju.

BBBKF: Twist in Time [Book 2]Where stories live. Discover now