BAB 17

2.7K 128 6
                                    

cinta yang aku simpan senyap,
aku lupa dan ianya lenyap.

-author k

<><><><><>

Hanis's POV

Hmm, kenapa aku rasa aku perlu ingat sesuatu eh?

Aku baring di atas katil sambil merenung siling bilik aku.

Hmm, bosanlah duduk rumah.

Call Alia lah pergi shopping.

"Assalammualaikum, Alia." Aku memberi salam apabila dia menjawab panggilan aku. "Waalaikumsalam, erh- Hanis." Alia membisik. "Kenapa kau bisik bisik ni?" Aku membisik kepada dia.

"Aku kat library." Dia membalas dalam bisikan, aku merungut, "aik rajinnya kau baca buku? Jomlah pergi shopping."

"Alah aku sibuk la, nanti aku call kau balik." Alia membalas lalu mematikan panggilan.

Aku meletak telefon ke sisi.

"Kalau begitu aku pergi sorang jela, dah lama aku tak  shopping." Aku berkata lalu bersiap. Kunci kereta diambil lantas aku meminta izin mama lalu keluar.

....

Aku berjalan melihat pelbagai butik. "Aku nak pergi mana jugak?" Aku berkata, iPhone di dalam beg silang diambil lalu dibuka aplikasi kamera.

"Nak post kat instagram lah nanti." Aku berkata sambil tersengih. Aku mencari tempat yang sesuai untuk mengambil swafoto.

"Hah, ambil kat sini baru cantik." Aku mengangkat telefon dan senyum, ketika aku menekan butang, seorang lelaki mengacau dan mengikut aku berswafoto.

Siapa lelaki itu?

Siapa lagi kalah bukan Hafiz, hmm.

"Hafiz," aku memanggil namanya sambil melihatnya dengan muka annoying.

Hafiz hanya tersengih sambil menggaru leher di belakang, "Awak buat apa kat sini?" Hafiz tanya.

"Saya yang patut tanya awak, luka awak tukan dah nak sembuh, kenapa tak rehat?" Aku berkata dan meletakkan telefon ke dalam beg.

Hafiz tersengih lagi tanpa menjawab soalan aku. "Eh, kenapa ni senyum senyum?"

"Kisah jugak awak kat saya." Dia senyum membuatkan pipi aku terasa merah. "Jawab lah soalan saya." Aku berkata mengabaikan jawapannya.

"Takdelah bosan, awak?"

"Bosan jugak."

Dia tersengih lagi. Apa lagi yang dia sengihkan ni?

"Kenapa awak sengih sengih lagi ni?" Aku  berkata.

"Macam jodoh pulak kita jumpa dekat sini."

Aku ketawa, "Kau ni mengada ngada lah kadang kadang!" Aku berkata dengan nada menyampah.

"Takpe jom makan, saya belanja." Hafiz berkata membuatkan mulut aku terbuka sedikit.

"Tutup mulut tu nanti lalat masuk."

Hafiz berkata dan aku segera menutup mulut, "A-awak belanja?" Aku senyum.

Hafiz membalas, "Ya, saya belanja. Tak nak? Okay bye." Hafiz berkata dan berjalan meninggalkan aku.

"Eh nak nak." Aku berkata, dengan tidak sengajanya aku terpegang lengan Hafiz dengan kedua dua belah tangan aku.

Aku terhenti.

Dia pula memandang tangan aku di lengan, sedar dengan perbuatan, aku terus melepaskan tangan.

Aduh terasa janggal pulak, aku melihat Hafiz yang memandang aku dengan muka yang tiada perasaan.

Mr.Crush Depan RumahWhere stories live. Discover now