BAB 15

2.1K 115 0
                                    

//BAB 15//

*~*~*

Afham's POV

"Pesalah B1 dan B2 telah melakukan kesalahan yang amat berat disamping melepaskan diri daripada penjara.Pesalah B2 telah menembak seorang lelaki di Jalan Cenderewasih dan hampir meragut nyawa lelaki itu. Selain itu, Pesalah B2 mengejar seorang wanita yang cuba menyelamatkan seorang kanak kanak yang hampir ditembak. Tuan Hakim yang mulia, izinkan saya untuk merujuk saksi yang berada di sekitar kawasan tersebut untuk bukti yang lebih kukuh." Aku berkata di hadapan Hakim dengan nada yang series. Perbincangan mahkamah dijalankan  untuk memberikan hukuman kepada pesalah.

Ya, aku Afham Adha, seorang pendakwa. Kerjaya yang aku dapat 1 tahun lalu. Aku diberikan tugasan kecil untuk hukuman penjara seumur  bagi pesalah yang menembak rakan aku, Hafiz dan lebih menyedihkan, Hanis dah lupakan aku dan Hafiz. Orang yang dia kenal selepas perkahwinan semua dia lupa.

Aku disini berdiri untuk menunaikan permintaan Hafiz untuk penjarakan Pesalah pesalah tersebut seumur hidup.

Aku berdiri di depan saksi untuk menanyakan beberapa soalan. Saksi itu sendiri ialah ibu kepada anak yang hampir ditembak.

"Saksi yang bernama Fatimah Rosli. Pada 23 haribulan 2 di 7- eleven kamu telah menjadi saksi dan diugut, adakah itu benar?"

Wanita itu kelihatan sedikit gementar, mungkin ini kali pertama dia berada di mahkamah ataupun menjadi saksi. Walaubagaimanapun dia menjawab dengan jelas, "Ya, saya berada di tempat kes tersebut bersama anak saya."

Cik Fatimah memandang belakang dan menunjukkan wajah anaknya. Anak lelaki yang duduk di barisan hadapan sekali melambai ke arah ibunya.

Aku tersenyum dengan kecomelan budak itu lalu kembali menjadi series, "Ehem," aku berdehem lalu menyambung, "Bagaimanakah cara dia mengugut Puan?" Aku bertanya.

"Dia suruh anak saya diam, dia cakap kalau anak saya tak nak diamkan diri dia akan tembak anak saya di bahagian kepala."

"Selain daripada ugutan yang terjadi kepada kamu, apa pesalah pesalah lakukan di sana?"

"Dia ugut cashier dan pelanggan kat sana  bagi wang, dia jugak ambil makanan makanan di sana."

"Difahamkan seorang wanita di dalam lungkungan 20-an menyelamatkan anak kamu dengan memukul kepala Pesalah B2 menggunakan beg tangannya. Adakah itu benar?"

Dia mengangguk, "Ya, benar."

"Terima kasih diatas masa yang anda beri." Aku menghadap semula ke Hakim.

"Saksi telah memberitahukan segala galanya tentang apa yang perlu diketahuinya dan saksi berjanji yang semua kenyataan yang dinyatakannya adalah benar, jika saksi didapati menipu atau memberikan informasi yang salah, saksi akan dikenakan hukuman penjara ataupun bayaran ataupun kedua duanya. Anda bersetuju dan mengaku bahawa semua kenyataan ini benar?" Aku memandang semula terhadap wanita tersebut.

"Ya." Dia membalas pendek.

"Oleh itu, diminta hal ini untuk dibincangkan Tuan Hakim."

Tuan Hakim memandang terhadap saksi, pesalah B1 dan B2 dan kemudiannya aku, "Pendakwa mahkamah yang Di Hormati, penjelasan yang diberikan oleh saksi tidak begitu jelas, ada bukti lain yang boleh mengukuhkan lagi hal ini?"

"Salah satu Kamera rakaman 7-eleven rosak disebabkan tembakan. Pihak kami dapat menjumpai satu lagi kamera yang dipasang di kedai tersebut, mohon Tuan Hakim untuk membenarkan saya memasang video tersebut."

Tuan Hakim mengganguk dan aku membuka tv di hadapan aku, memasang rakaman cctv yang menunjukkan tentang kejadian teesebut.

Rakaman tersebut tamat apabila Hanis berlari keluar sebelum dikejar oleh Pesalah tersebut. Aku menutup rakaman apabila Tuan Hakim mengangguk.

Aku kembali duduk di meja aku dan Tuan Hakim berkata, "Pesalah B1 dan B2 telah melakukan kesalahan yang ditunjukkan sebentar tadi, hukuman berat diberikan kepada mereka selama 27 tahun. Difahamkan bahawa keluarga dibahagian mangsa yang ditembak ingin mereka dipenjarakan seumur hidup. Oleh itu, untuk menjaga kemakmuran negara dan masyarakat serta untuk mengelakkan daripada hal ini berlaku lagi, kami pihak di mahkamah menjatuhkan hukuman kepada pesalah tersebut penjara seumur hidup."

Aku senyum lalu majlis di mahkamah sampai di penghujungnya. Semua orang diminta bersurai dan hukuman pesalah pesalah tersebut dimulakan dari sekarang.

Aku mengemas barang aku dan mencapai telefon aku dengan senyuman yang riang, aku membuka message, dan me-message Hafiz.

Hafiz

Bro, semua dah settle ;)

Terima kasih wei tolong aku, kalau xde kau xtaulah apa nak jadi. ;)

Ya aku tau aku kawan yang baik. :》

Aku mengunci skrin telefon dan bergerak ke kereta aku untuk bergerak ke Hospital dan melawat Hafiz dan Hanis.

*~*~*

"Weh dah settle dah, mari kita raikan!" Aku berkata dan serentak aku dan Hafiz membuka kulit pisang dan membuat cheers ala ala minum beer  dan makan.

"Hmm, the food  of victory." Hafiz berkata sambil mengunyah pisang.

"Kurang masalah kau." Aku berkata sambil mengunyah. "Ada masalah lagi yang susah nak settle," Hafiz berkata lantas membuatkan aku tertanya.

"Apa?"

"Hanis." Aku mengangguk dan membuang kulit pisang ke dalam tong sampah sebelah katil Hafiz, "doa dan tawakal, itu je yang kita mampu buat."

Hafiz mengangguk.

"Kau tak lawat Hanis ke?" Hafiz tanya.

Aku berfikir sejenak,"Tengok la dulu, kalau ada Alia aku pergi la, dia tak ingat aku jugak." Aku berkata mengambil lagi pisang untuk dimakan.

"And, kau nak cakap apa kat Hanis bila kau pergi dengan Alia." Hafiz bertanya menjongketkan sebelah keningnya.

"Boyfriend Alia."

"Hoho," Hafiz mengejek, "Good Luck with that."

Aku memandang dia tajam, mengunyah pisang dan telan, kemudian menanya dia, "Kau dah mandi?"

"Belu-"



"Tak Tun Tuang Tak tun Tuang." Aku balas sebelum dia sempat membalas dan memicit batang hidung dan membuat muka kelihatan geli.

Mr.Crush Depan RumahWhere stories live. Discover now