BAB 1

8K 288 11
                                    

Mr.Crush Depan Rumah
Originally written by @AwwDamn

...

"Ish Mama! Dah berapa kali Hanis cakap, Hanis masih muda Hanis tak nak kahwin!" Hanis menyilangkan tangannya di dada, perbuatannya itu menyebabkan ibunya, Puan Fazura risau.

"Kamu ni.. Uhuk Uhuk ,tak kesiankan Mama ke? Mama dah la Uhuk Uhuk tak sihat ni." Puan Fazura sedang baring di atas katil berselimut. Di atas dahinya diletakkan kain yang basah.

Haih Mama ni, setiap kali nak bagitau ada orang nak melamar je, demam batuk- batuk.. Demam batuk-batuk je orang melamar.

"Mama ni betul ke tak sihat? Taktik mama tu dah lama la, langsung tiada effect pada Amy.."

Amy ialah nama samaran aku. Nama penuh aku pula Amillia Hanis. Kadang kadang Hanis, kadang kadang Amy, kadang kadang pula Mak Murai. Ha nak tau kenapa, diorang cakap aku ni suka membebel. Tapi itu cerita dahulu kala. 5 tahun dulu. Sekarang aku seorang gadis yang berumur 21 tahun. Aku telah menjadi Model Muslimah Antarabangsa. Wahahah, hebat kan saya?

"Mama betul betul Uhuk Uhuk betul sihat la," Aku menjongketkan kening. Mama tersalah kata, "ehhh, tak sihat.. Uhuk Uhuk "

"Mama!" Aku duduk di atas katil sebelah mama. "Mama call Amy 2 hari lepas, mama cakap Mama sakit betul betul betul punya, " Ini mesti sebab asyik tengok cerita Upin dan Ipin ni, kan dah terikut watak animasi dalam cerita tu, siapa lagi kalau bukan Ipin.

"Memang mama sakit.." Mama memandang ke arah aku. "Siapa lagi mama!!" Aku mengeluh, mana taknya, dah berapa kali aku terpaksa balik ke Malaysia sebab Mama, mama cakap dia sakit, tapi rupanya sebab ada orang melamar sahaja!

Mama juga mengeluh, dia bingkas bangun dan duduk, kain di atas dahinya jatuh ke atas tilam. "Mama dah tak tahan Amy, mama nak cucu! Jiran kita semua dah ada cucu masing masing, bila mak nak dapat mama punya? Lagipun kamu seorang je anak mama.."

"Mama buat jela anak baru!"

"Mama mana larat lagi, lagi satu Papa kamu tu, asyik dengan business dia saja. Kadang kadang je dia balik. Mama sunyi..."

"Mama, Hanis muda lagi mama, Hanis nak melanco-"

"Alahai kamu melancong jela sekali dengan suami kamu nanti."

"But Mama-"

"Please please please please..." Mama merayu. Aku hanya memerhatikan muka mama, muka mama penuh dengan keinginan untuk aku say yes dalam permintaan dia ni. "Haih... yela, tapi Amy tak akan terima dia jugak, mama tahu kan?"

"Yay sayang anak mama." Mama memeluk aku dengan perasaan gembira. Aku membalas pelukan mama, "Sayang mama jugak.."

Siapalah pulak yang datang yang datang nak melamar ni? Hmm, Mama cakap diorang akan datang esok untuk bualkan perkara ini. Patut ke aku terima lamaran itu? Kesian juga mama. Dia nak sangat cucu. Aku pun kadang kadang balik sebab sibuk dengan kerja. Lusa nanti aku kena pergi semula ke Istanbul. Photoshoot aku di sana.

Mungkin aku perlu terima orang itu kali ini, lagipun semua kawan aku sudah berkahwin, siap ada yang dapat 3 anak dah. Rezeki dia.

Ish, tak boleh jadi ni. Aku kena google jenis lelaki yang terbaik untuk jadikan suami. Kalau tidak, habislah aku!

...

Aku bangun semasa waktu Subuh, badan aku bergegas mengambil wuduk untuk solat.

Selesai sahaja solat Subuh, aku pergi ke ruang tamu untuk bersarapan. Jam di dinding menunjukkan pukul 7:30 pagi. Hmm awal lagi nak mandi ni.

Aku melihat mama sedang menyediakan nasi lemak untuk sarapan. Uishhh, nasi lemak mama memang sedap! Sambal dia memang pow pow pedas! Hehe, jangan terliur pulak..

"Waa, sedapnya! Dah lama tak makan Nasi Lemak Mama, rindu pulak!" Aku tersengih, tidak sabar untuk makan.

"Hmmm, tulah lain kali selalu balik sini." Ibu memberi aku sepinggan nasi lemak. Bau sahaja sudah buat aku terliur! Aku membaca doa makan, baru sahaja hendak makan-

"Eh eh eh.." Mama menegur. Aku kekeliruan, apa yang mama nak cakap? "Eh eh eh?" Aku mengulang semula perkataan mama sambil tersengih.

"Anak dara jenis apa kamu ni, belum mandi ni? Dah lewat dah ni.." Mama menegur sambil menunjukkan jarinya kepada aku. "Alaa mama awal lagi ni.." Aku selamba. "Ehh tak boleh macam ni." Mama menghampiri aku, dia menyuruh aku untuk bangun daripada tempat duduk aku. "Dah pergi mandi! Busuk!"

Mama menolak aku dari belakang dan menghalang aku untuk makan Nasi Lemaknya. Ah Nasi Lemakku!

"Tapi mama-"

"Takde tapi tapi pergi mandi dulu.." Dia mengusir aku ke bilik mandi. "Ala mama nasi lemak-" Aku mengeluh. "Nanti aja, mandi dulu.."

"Alaa!" Akhirnya aku mengalah. Aku meneruskan langkah aku ke bilik mandi. Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Haih, kalau mama kasi je aku makan mesti dah siap...

...

Jam dah pukul 8:45 pagi!! "Mama, Mama , Mama!!" Aku menjerit. Mama terkejut segera menjawab, "Eh kenapa ni?" Matanya bulat mendengar suaraku. "Mama... huh" Aku kepenatan kerana berlari dari Bilik aku ke ruang tamu. "Eih cuba tarik nafas.." Mama memerhatikan aku.

Hooo Hahhh, Aku meregangkan tangan aku kedepan dan kebelakang berulang kali. Aku berhenti dan akhirnya aku bercakap, "Nak Nasi Lemak..Hehe." Aku tersengih.

<><><><><>

Aku hanya menonton televisyen, kadang kadang bermain game di iPhone ku. Masa pun berlalu, jam hampir menunjukkan pukul 12.

Mama yang dari tadi kling klak kling kung kling klak kling kung di dapur datang menghampiriku dan menegur, "Kau ni Amy, asyik main phone aje, tidak pun tengok tv."

"Hehe," Aku hanya tersengih.

"Dah pergi bersiap, tetamu kita dah nak datang ni. Nanti orangnya tengok kamu, terus tak nak jadi suami kamu!"
"Ish mama ni, kita ni Natural Beauty tau." Aku mengelip ngelip mata. Mama meletakkan tangan kiri di pinggang. "Tengoklah siapa ibunya." Mama pose ala ala model. Kami berdua ketawa. Selepas itu, aku memasuki bilik untuk bersiap.

...

Ding Dong!

"Sekejap!!" Mama menjerit dengan sopan. Aku segera membuka pintu rumah. Mama sedang sibuk menyediakan makanan. Aku melihat ke luar, eh. Ini bukan tetamu, ini jiran depan rumah aku Auntie Ina..

"Eh eh Auntie Ina, Assalammualaikum, Apa khabar.." Aku menyambut kedatangannya dan menyalam dia. Auntie Ina tersenyun, "Hee, dah lama tak jumpa ye dok?"

"Aah dah lama." Kami berdua tersenyum. "Tapi kenapa Auntie ada kat sini?" Aku bertanya. "Eh, Mama kamu tak cerita ke, pada kamu?"

"Cerita?" Aku bingung. Mama ku keluar dari rumah untuk menyambut kedatangan Cik Ina. "Assalammualaikum, jemputlah masuk."

"Waalaikumsalam," Cik Ina membalas. "Cantik anak kamu ni Faz.." Auntie memuji. Hehe malu pulak..

Tiba tiba ada seseorang memberi salam. Dia keluar daripada pagar rumah dia dan terus berlari ke rumah aku. Eh Rumah Mama.

"Waa, handsome betul anak kamu ni Ina!"  Mama memuji lelaki tersebut, "Ha Amy, itulah tunang kamu.." Lantas aku melihat lelaki tersebut. Alamak! Hafiz Umar! Crush aku dulu!

Dia.. Tunang aku?

Jiran depan rumah ni?

....

Hai korang :) terima kasihlah kerana sudi membaca MCDR iaitu Mr. Crush Depan Rumah :D Author nak mintak tolong sikit, follow igshop author boleh?

@sugarshop.co

Dekat sana ada jual banyak barang barang hipster, khas untuk korang ;). Korang korang yang suka totebag, barang barang korea, kasut dan caps, author ada jual. Jangan risau sebab author trusted seller. Dalam masa yang sama korang boleh tolong author naikkan followings igshop author. Huhu TwT.

Mr.Crush Depan RumahWhere stories live. Discover now