BAB 8

2.6K 151 2
                                    

We should be grateful with what we have.

<><><><>

Aku bangun pagi untuk Solat Subuh, selepas sahaja solat, badan aku terus dibaringkan ke aras tilam. Aku berasa penat sekali ketika itu, kepala terasa pening. Aku merehatkan diri.

.
.
.

Aku terbangun dan terus melihat jam, Jam menunjukkan pukul 11 pagi. Aku segera bangun untuk melihat Hafiz di bilik lain. Ya aku tidur berasingan dengan dia, aku masih tak bersedia lagi tidur sebilik dengan dia. Hehe.

Hafiz nampaknya sedang bermain fon, dia tidak perasan kelibat aku di sana. Aku pun segera ke dapur untuk memasak.

Akhirnya aku sudah pandai memasak! Mama serta Alia mengajar aku dan aku tulis setiap resipe yang mereka ajar, sekarang ni aku nak masak Ayam Masak Merah! Khas untuk aku sahaja! Muahahah, haih- dengan suami tercinta. Buek.

Tetapi ketika itu, badan aku terasa sungguh penat untuk bergerak. Aku mengambil ayam bersih di dalam peti sejuk. Penglihatan aku sedikit kabur. Aku meletakkan ayam di atas meja, kepala aku teramat pening! Aku tertolak sesuatu dengan tangan.

Bunyi bising terdengar.

Dan apa yang aku tahu, penglihatan aku semakin kabur dan akhirnya hitam.

....

Alia's POV

Aku duduk di atas kerusi dan melihat pemandangan di luar restoran, sambil makan keropok berperisa Barbeque.

Restoran aku ini kelihatan sunyi kerana ketiadaan pelanggan. Ya, aku memiliki restoran "Alia's Kitchen". Selain daripada makeup kan orang, aku juga masakkan orang.

Aku terasa sedih apabila memikirkan tentang suasana perkahwinan Hanis dan Hafiz, perkahwinan diorang begitu meriah, membuatkan aku terasa untuk berkahwin juga.

Teringatkan Hanis, aku terus membuka fon untuk mendail dia dan menanya khabar, saya memang seorang kawan yang prihatin. Heh.

-Please say after the BEEP.

Hanis tidak menjawab panggilan. Hish Minah ni, dia ni sibuk sangat ke dengan suami dia sampai dia tak jawab. Aku mendail lagi sekali. Kali ini dia mengangkat. Aku memberi salam, "Assalammualaikum."

Dia menjawab, "Waalaikumsalam,"

Eh ini bukan suara Hanis, "Jap ini no Hanis kan, ini siapa ni?" Aku mencek nombor di skrin telefon dan memang benar ini no Hanis, tapi siapa pula yang jawab ni.

Entah entah Hanis tercicir fonnya. Dan orang yang menjawab ni mencuri fon dia. Ataupun, Hanis telah diculik dan fonnya dirampas! OH KAWANKU!

"Hei ini siapa ni! Siapa awak hah!? Apa awak dah buat dengan kawan saya hah! Baik awak serahkan diri kepada polis sekarang!!" Jerit aku kepada dia lantas berdiri dari tempat duduk.

"Aduhh, Alif- Eh I mean Alia, ini akulah Hafiz!" Jerit si dia.

Aku terduduk, "Oh Hafiz, asal kau yang jawab, buat terkejut je aku.." Aku tersengih.

"Hanis tak sihat, dia demam panas dan dia tengah pengsan ni, sebab tu aku yang angkat." Jelas Hafiz.

"Oh, demam panas? Ni mesti sebab dia makan Ais krim berlebihan kan?"

"Ha tau takpe, dahla aku nak jaga dia."

Hafiz terus mematikan talian tanpa menunggu aku menjawab. Aku termenung lagi sekali. Untungnya ada suami jaga dia..

Tiba tiba sahaja muncul 2 orang lelaki masuk ke restoran aku, rupanya itu Huzairie dan Afham, eh apa dia buat kat sini?

Teringatkan Afham, asal dia langsung tak call aku sejak aku bagi business card tu! Dia ingat aku bagi saja saja ke!? Tujuannya untuk suruh kau call aku la!

Huzairie yang terkejut melihat keberadaan aku di sini menyapa, "Hey Alia buat apa?"

"Aku yang patut tanya korang.." aku menjawab dengan muka selamba. Afham kelihatan keluh kesah.

"Kenapa kita kat sini?" Tanya Afham kepada Huzairie, Huzairie menjawab, "Nak makan la," Afham memegang sebelah tangan Huzairie dan bertanya lagi, "Tapi kenapa kat sini?"

Huzairie menunjukkan kad kepada Afham, "Aku terjumpa kad ni kat meja kau, jadi aku terasa nak makan kat restoran harini." Afham menggigit bibir, "kenapa tak tanya aku dulu.."

Huzairie melepaskan tangannya dari pegangan Afham, lantas dia duduk di salah satu meja restoran aku. Afham yang kelihatan Redha duduk di sebelah Huzairie.

"Bagi kitaorang makanan paling sedap di sini!" Kata Huzairie kepada aku.

"Kat sini aku jual nasi briyani dan hanya nasi briyani sebab selamanya di sini aku akan jual nasi briyani." Kata aku dengan laju.

Huzairie yang melihat aku dengan wajah yang tidak percaya menjawab, "Okay."

Aku menyambung, "Ayam, Kambing atau Lembu?" Lantas Afham menggegarkan badan Huzairie, "Ayam ayam!" Huzairie kelihatan menyampah, dia mengangguk, aku segera ke dapur untuk memasak.

......

Selesai sahaja memasak, aku memberikan makanan tersebut kepada mereka, serentak mereka mengucapkan terima kasih kepada aku.

Aku yang terasa bosan mengambil buku yang penuh dengan soalan matematik. Walaupun aku dah habis belajar, aku masih membuat latihan ini. Korang mungkin rasa aku gila, tapi aku sangat sukakan matematik!

Aku mengambil soalan soalan daripada buku teks matematik adik aku yang bertingkatan 2. Soalan dia yang sungguh senang membuatkan aku tidak bosan seketika.

Mereka sudah selesai makan tetapi aku masih membuat soalan matematik tersebut. Afham dan Huzairie duduk di hadapan aku. "Oh korang dah siap?" Aku segera bangun dan mengambil pinggan mereka dan letak di dapur. Ketika aku kembali semula Huzairie dan Afham sibuk membelek buku aku.

Aku duduk dan mengambil buku itu daripada mereka, menyambung semula menjawab soalan. Zuhairie lantas berkata, "Wahh kau masih ingat cara nak jawab? Aku dah lupa dah macam mana."

Konsentrasi aku terganggu, Aku menjadi bingung untuk menjawab satu soalan, "Ish kau ni!"

Tiba tiba sahaja Afham menawarkan diri untuk menjawab, Oh-oh! Dia jawab betul, wahh hebatnya dia!

"Wahh, betullah!" Aku memuji.

"Terima kasih, saya boleh jawab ni pun sebab saya suka matematik."

"Wahh,iyeke saya pun!"

Kami tersenyum.

...

Setiap hari, Afham akan datang untuk menyelesaikan masalah matematik bersama aku. Dia juga selalu membungkus nasi di restoran aku.

Mr.Crush Depan RumahWhere stories live. Discover now