Namun Darius lebih pantas dariku. Dia menghalang laluanku untuk kembali ke tempat tadi.

"Aku tahu hati kau ada pada siapa. Tapi aku taknak kisah. Dan sekarang, kau mula kenal dengan Syamil. Abang aku. Aku tak boleh biar. Sebab benda tu buatkan hati aku makin sakit. Apa lagi, dalam hidup aku yang Syamil nak ambil? So sekarang, aku cuba untuk dapatkan perempuan yang aku sayang before someone else does." kata Darius.

Aku terkedu dengan kata-kata lelaki itu.

Aku dapat mendengar bunyi degupan jantungku. Nafas aku cuba untuk kawal.

"Darius, aku— minta maaf." ujarku.

"Arfah." panggil Darius.

Mataku sejak daripada tadi cuba untuk mengelak daripada bertembung dengan anak matanya. Dan panggilan itu memaksa mata aku untuk memandang wajah dia.

"That's fine. Mungkin bukan sekarang masanya. Tapi itu tak bermakna yang hati aku akan berubah." ujar Darius.

"Arfah, nak balik tak?"

Kemunculan mama membuatkan aku terkejut. Hampir saja jantung aku terhenti. Jangan mama dengar sudah!

❀❩

LOCENG sekolah bergema.

Aku berjalan laju untuk ke kelas. Harini tiada perhimpunan harian kerana pagi ini hujan lebat.

Aku memegang pinggangku. Sakitnya masih terasa sampai sekarang. Teruk sangatkah aku jatuh di bilik mandi malam tadi?

"Uit!" Seseorang menarik beg sandangku membuatkan aku ikut tertarik ke belakang.

Aduh duh duh. Makin sakit pinggang aku.

"Whoa, whoa. Kau okey tak ni?" soal Syahmi apabila melihat aku memegang pinggang.

Aku hanya menjeling dia.

Kami berjalan di koridor blok sebelah untuk masuk ke kelas. Wajah Syahmi aku pandang. Monyok betul.

"Kau pahal?" soalku macam nak cari gaduh.

"Rindu Liana.." jawab Syahmi.

Ouh.. dan langkahku terhenti seketika. Aku memandang Syahmi sinis.

"Apa?" soal Syahmi. Kemudian matanya membulat apabila tersedar sesuatu.

"Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata.." usikku.

"Jangan bagitahu dia.." kata Syahmi.

Aku hanya sengih. Wah, jadi tekaan aku juga betul.

Beg sandang aku letakkan di atas kerusi.

"Arfah." Qistina memanggilku.

Aku memandang dia.

"Cikgu Hafiz panggil." kata gadis itu.

Aku menjungkitkan keningku. Panggil aku? Aku menunjuk diri sendiri dan Qistina mengangguk. Nak apa lagi cikgu ni..

Aku bangun lalu melangkah keluar ke pintu belakang. Namun langkahku terhenti apabila aku berhadapan dengan seseorang.

Aku tidak memandang orang itu. Tetapi aku tahu siapa dia. Tanpa menghiraukan, aku terus berlalu untuk berjumpa cikgu Hafiz.

Pintu bilik guru aku buka. Aku melangkah ke meja cikgu Hafiz. Tetapi dia tiada. Alamak, aku lupa nak tanya cikgu Hafiz nak jumpa aku dimana.

"Cikgu.. cikgu Hafiz dekat mana ya?" soalku pada Cikgu Ariana.

"Aik. Cikgu Hafiz dekat bilik dia lah. Dia mana ada duduk bilik guru." jawab Cikgu Ariana.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now