Bab 41: Pemenggal Kepala

Start from the beginning
                                    

"Izzat... apa yang kau buat kat sini?" soal Muwarfa Farid.

"Saya... saya hilang dalam night walk tu. Sedar-sedar, saya ada kat sini dengan orang gila ni!" balas Izzat.

"Kannibalism... macam mana kannibalism boleh wujud kat Menggunung? Abang tak pernah dengar," omel Muwarfa Farid.

"Sini sayang... mak pakaikan sayang baju!" tutur Jasmin.

"Dia tengah main anak-mak dengan kau! Bertahanlah!" ucap Muwarfa Farid lagi.

Selepas beberapa minit tempoh yang memalukan dipakaikan baju dihadapan beberapa orang fasililatornya, akhirnya Izzat kini tidak lagi berbogel sebaliknya lengkap dalam pakaian serba hitam. Bahkan, dia turut disarungkan kasut hitam berkilat. Jasmin kini sedang berdiri sambil berpeluk tubuh, melihat penuh bangga ke arah Izzat dan yang lainnya, seolah-olah dia baru sahaja memakaian pakaian yang paling cantik didunia pada anak-anak patungnya. Serentak itu juga, pintu bilik itu terbuka dan emak kepada Jasmin yang dalam pakaian baju putih yang bermandi peluh sedang berdiri.

"Air panas dah siap! Mak nak ambil makanan-makanan kita balik!" ucap wanita tua itu.

"Alaaaa... Jasmin belum habis main lagi!" kata Jasmin sambil mencebikkan bibirnya.

Kemudian, muncul dibelakang wanita tua itu ialah lelaki tua yang berpakaian uniform tentera Brtisih. Dia menepuk perutnya berulang kali sambil merenung ke arah mangsa-mangsa barunya.

"Maaf Jasmin... nanti ayah carikan mainan baru untuk Jasmin ya?" ucap si lelaki tua itu sambil mencapai tubuh dua orang fasililator lelaki dan perempuan yang sedang duduk di atas kerusi di sebelah Muwarfa Farid.

"Kita akan mati kena makan..." tutur Muwarfa Farid seperti sudah hilang harapan. Selepas beberapa ketika, lelaki tua itu kembali mendapatkan mereka berdua pula. Seolah-olah sedang membawa sebuab bantal yang ringan yang isinya hanya dipenuhi kapas, lelaki tua yang lengkap memakai uniform tentera British ketika perang dunia kedua itu sedang menjulang tubuh Izzat dan Muwarfa Farid di atas kedua-dua bahunya.

Mereka dibawa keluar dari rumah itu menuju ke arah perkarangan rumah yang isinya sempat diintai melalui tingkap oleh Izzat dari dalam ketika dia menjejakkan kakinya ke koridor rumah itu buat pertama kali. Berbeza dengan kali pertama dia mengintai keadaan perkarangan rumah itu, kali ini orang-orang yang menjaga tanaman diperkarangan rumah itu tidak keseorangan. Kelihatan Emmy dan Adilla yang tubuh mereka berdua sedang terikat pada kerusi yang disusun menghadap beberapa buah kawah gergasi yang mampu memuatkan manusia di dalamnya. Dua aorang fasililator yang dibawa oleh Muwarfa Farid sedang terbaring tidak jauh daripada kawah gergasi itu dengan mata yang sedang banjir dengan air mata.

"Lapar! Maknya, cepatlah masak diaorang!" teriak si lelaki tua itu. Apa lagi, wanita tua tadi pula terus mengangkat kedua-dua tubuh dua orang fasililator tadi dan terus meletakkan di dalam kawah gergasi yang dibawahnya terdapat unggun api sedang menggelegak panas.

"Allahu!" ucap Izzat spontan apabila jeritan dua orang fasililator tadi bergema diangkasa pada waktu malam seperti itu. Dari penggerakan anak mata mereka berdua, Izzat dapat menangkap betapa terseksanya dua orang fasililator itu. Namun, ketiadaan upaya untuk menggerakkan hatta seinci tubuh mereka menyebabkan mereka sekadar pasrah diselimuti oleh air panas menggelegak. Beberapa minit kemudian, jeritan mereka semakin perlahan menandakan mungkin sudah tidak sedarkan diri atau lebih dasyat, mati.

"Abang minta maaf... sepatutnya abang tak teruskan program Night Walk malam ni," gumam Muwarfa Farid disebelah Izzat.

"Jangan menyerah bang... teruskan berdoa bang!" ucap Izzat.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now