"Kalo macam tu. Mana Merlin?"

"Selepas Borara serang UKE, Merlin hilang begitu sahaja. Hilang tanpa ape-ape kesan langsung. Pencarian Merlin juga sampai sekarang tidak dapat jumpa ape-ape. Tetapi, selepas kelahiran Luma. Terdapat satu rahsia sangat besar yang Merlin dan ibu bapa Luma simpan. Hanya mereka bertiga saja tau perkara ni. Disebabkan beta mampu guna tongkat sakti tu, beta akan selongkar siapa beta sebenarnya!"

***

Di taman bunga diraja UKE...

"Wey, korang. Aku nak pergi tandas dulu ya!" Luma tertinggal tongkat saktinya di kerusi yang dia duduk.

Sedang Luma ke sana, kelihatan Gempa dan Yaya baru sahaja hendak ke meja makan.

"Hey Yaya! Gempa! Buat ape tadi?" tanya Luma.

"Ouh... Tak de ape. Just sembang-sembang kosong je... Kan Yaya?" Gempa memandang Yaya mengangguk sahaja.

"Err... Ok... Aku nak pergi tandas dulu. Nanti aku datang balik tau! Bye!!!" Luma melambai tangan kepada mereka berdua dan beredar.

***

"Tuanku! Luma tinggalkan bende tu!" kata Kewl dengan teruja.

"Bagus! Senang la kerja aku... Hahaha...." Gittius senyum sinis sambil menggosok tapak tangan.

Gittius membuka sebuah portal yang sebesar kepala di tanah. Tiba-tiba di bawah meja makan di taman bunga diraja UKE terdapat satu portal yang sebesar kepala. Itu adalah portal yang dibuat oleh Gittius.

"Kau perhatikan ape yang mereka buat, kalau ade ape-ape, bagitau beta cepat!" arahnya dengan tegas. Kewl teruskan tugasnya.

'I hope it will work...' monolognya sendiri.

Dia memasukkan tangannya ke dalam portal tersebut dengan perlahan. Secara automatik, tangannya keluar dari portal di bawah meja makan.

***

7BBB, Yaya, Ying, Fang dan Gopal masih tidak sedar bahawa pekara ini terjadi.

Kewl ke belakang sedikit untuk memerhati mereka dengan lebih jelas. Tanpa disedari, Kewl tersandung pinggang Gittius.

"Arhg!"

Tangan Gittius di bawah meja tidak sengaja terlanggar kerusi Luma.

Blaze dan Taufan terbahak-bahak mendengar jenaka dari Gopal...

PUM!

"BLAZE!" jerit Hali.

"Ape?" soal Blaze yang duduk di sebelah kerusi Luma.

"Berapa kali nak cakap ni, jangan tendang kerusi!" tengking Solar kerana tidak tahan lagi melihat Blaze yang tidak berhenti-henti tertendang kerusi. Terutamanya kerusi Solar yang berada dihadapannya.

"Dah tu yang kerusi dia tergerak tu ape?" Thorn pula yang menengking.

"Kau ni kan, jangan la buat hal!" Ice yang senyap kini bersuara.

Gempa menepuk dahi. Aduhai... Problem kecik je, dah macam masalah negara pulak....

"Dah dah dah... Kau tak sengaja kan?" Blaze menggeleng kepala.

"Kan aku dah kata... Jangan la main-main blame orang..." kata Gempa dengan tegas.

Gittius akhirnya berjaya dapat tongkat sakti tersebut! Dia mengeluarkan tangan dari portal itu lalu menutup portal dengan segera...

"Fuhh... Ngam ngam..."

"Hai semua!"

"Hai Luma!!!" kata mereka yang baru sahaja nampak kelibat Luma datang ke sini.

Luma terus duduk di kerusinya. Luma dan kawan-kawannya tidak sedar bahawa tongkat sakti dia telah dicuri oleh Gittius...

"Jom Kewl! Kite kena lari sebelum dikesan!" Kewl berlari ke arah Gittius yang sedang membuka portal.

Mereka masuk ke dalam portal lalu portal tersebut hilang.

Di suatu hutan tebal di UKE...

Terdapat satu rumah banglo yang terbiar hampir seabad. Dihadapan banglo itu, terdapat satu portal terbuka. Lalu, keluarlah Gittius dan Kewl dari portal itu.

Sejak Perang Hitam-Putih berakhir, hanya Gittius dan Kewl sahaja yang sempat melarikan diri sebelum Luma, 7BBB dan TeenageHeroes menyerang mereka.

Dia sempat teleport ke rumah usang ini, banglo ini adalah satu-satunya pusaka dari penjaga Gittius yang telah lama meninggal dunia ketika Gittius berumur 10 tahun.

Sejak penjaga Gittius tiada, dia telah mempelajari segala ilmu sihir hitam dari penjaga keduanya, Borara...

Gittius membuka pintu banglo diikuti oleh Kewl dibelakangnya. Mereka berdua menuju ke tingkat tiga, tingkat paling atas.

Sepanjang dia menuju ke tingkat tiga, tiba-tiba satu lagu dinyanyikan di telinganya.

Tak kanku biarkan walau ribut, Menyentakmu yang tidur,
Datang jengking dan ular,
Bonda takkan berundur,

Nyamanlah wahai Puteri Cahaya Matahari,
Dan Puteri Cahaya Bulan,
Mimpikan yang indah saja,

Nanti bila kau buka mata,
Semua tak serupa...

Suara wanita itu sangat merdu, nyanyiannya bagaikan nyanyian untuk menidurkan anak yang kecil.

Tapi...

Apa yang dimaksudkan oleh lagu ni?

Ribut? Jengking, ular? Puteri cahaya matahari? Puteri cahaya bulan? Buka mata, semua tak serupa?

Jadi aku panggil lagu ni...

Lagu Misteri...




Hai!!! Lama tk saya tk update? Kekadang saya rase lama gak hehe...

Sori kalau hambar, sbb saya rase ade kehambaran dlm sequal ni plak... Jika ade problem dekat cite ni mohon complain yup!

Kekadang saya ni nyanyok gak... 😂

Lagu kt atas tu dinyanyikan oleh Fynn Jamal yg bertajuk Arjuna Beta

Lagu tu saya ade ubah sedikit lirik dia untk kasi kene mengena ngn cite ni ^^ mohon dgr ye lagu ni! Lgpon lagu dia prnh buat saya... 😢 Saya tk leh nk kate ape... Sesiapa yg nk tau, tanye je la yup!

BBBKF: Twist in Time [Book 2]Where stories live. Discover now