Bab 39: Hutan Bunuh Diri

Start from the beginning
                                    

Tanpa Sofea sedari, lagaknya itu menyebabkan Megat Azizan disebelah terpempan, merenung tidak percaya ke arah Sofea. Ketika Sofea sedang berpeluk tubuh dengan dahi yang berkerut-kerut, betapa tiada sesaat pun Megat Azizan mengalihkan pandangannya dari memandang wajah Sofea. Sejak bilalah gadis berparut kebakaran itu menjadi seberani seperti sekarang?

"Megat... saya nampak..." Sofea terdiam apabila terus menoleh ke arah Megat Azizan.

"Kenapa?" soal Sofea.

"Saya... saya..."

"Nampak hantu?" soal Sofea.

Megat Azizan pantas menggeleng.

"Jangan masuk kat dalam sana. Saya nampak satu aura hitam yang sangat besar sedang selubungi kawasan rumah tu," tutur Sofea.

"Aura hitam?" soal Megat Azizan.

"Ya, macam... tempat tu terkena sumpahan," luah Sofea.

"Jadi, kita kena berpatah balik?" soal Megat Azizan.

Sofea mengangguk. Namun, ketika pasangan itu mahu melankah keluar dari kawasan perkarangan hutan itu, betapa jeritan seseorang membuatkan Megat Azizan menoleh ke belakang.

"Jiji! Sofea! Tolong Jierah!" teriak satu suara kejauhan, jauh ke dalam hutan.

"Jierah..." gumam Megat Azizan sambil berpaling.

"Jierah... gadis tomboi tu?" soal Sofea.

Megat Azizan mengangguk.

"Saya temankan awak... kita masuk kat dalam kawasan hutan bunuh diri sama-sama. Saya tak rasa awak boleh survive tanpa saya!" kata Sofea sambil tersenyum.

"Amboi... sejak bila awak jadi penyelamat saya ni?" soal Megat Azizan.

"Sejak kita jadi kawan. Kan?" kata Sofea tersenyum lagi. Megat Azizan mengangguk sambil turut mengukirkan senyuman.

Apakah selama ini, senyuman itulah yang terbenam disebalik kemurungan yang selalu bermaharajalela di wajah yang disingah kekal oleh sang parut itu? Apakah lagak berani, ceria yang penuh dengan ketawa daripada Sofea adalah sesuatu yang sudah hilang sejak sekian lama daripada dirinya.

"Saya nak lepas ni, awak senyum dan ketawa macam ni. Macam awak buat kat saya," kata Sofea.

"Untuk awak, mungkin... untuk orang lain, saya tak janji tau," kata Sofea lagi, mengukirkan senyumannya. Sepatutnya, jawapan daripada Sofea itu membuatkan Megat Azizan menjadi sedih. Namun, sebahagian kecil hati Megat Azizan seolah-olah bersorak dengan jawapan daripada Sofea. Ah! Senyuman itu lagi! Megat Azizan menggeleng, menghalang pemikiran yang kalau ikut logik rasional akalnya, tidak harus muncul pada detik seperti itu.

Mereka berdua terus melangkah, mencari punca jeritan Najirah. Jeritan gadis itu berkumandang lagi, tetapi masih tidak jelas membuatkan Megat Azizan dan Sofea tidak mampu melakukan sesuatu.

"Pasang telinga, suara Najirah sayup-sayup, tapi saya yakin dia ada kat sini!" kata Sofea.

Semakin jauh mereka melangkah semakin dalam ke kawasan hutan, betapa jeritan Najirah semakin kuat berdendang. Tetapi entah kenapa, anak telinga mereka tidak dapat menjejak langsung arah bunyi jeritan Najirah. Seolah-olah ia datang dari segenap arah. Ada kalanya bunyi tu semakin menjauh, memancing mereka jauh ke dalam kawasan rimba.

Namunsampai satu ketika, sekali lagi pergelangan tangan Megat Azizan dicapai olehSofea. Kali ini, capaian tangan itu seumpama renjatan eletrik. Jantungnyaberdebar aneh, tanpa diketahui sebabnya. Sekali lagi, pandangan matanya melekatpada Sofea. Namun, Sofea sedang mendongak memandang dahan pokok balak yangsedang tumbuh meninggi di atas mereka, membuatkan Megat Azizan mengalihkanpandangannya ke arah fokus Sofea. 

"Itu..."

"Saya kongsikan pandangan mata tak berhijab saya dengan awak!" balas Sofea.

Betapa pada setiap dahan pokok balak yang sedang berdiri disekitar mereka, ada beratus tubuh sedang tergantung dengan lidah terjelir keluar, kaki terkapai-kapai dan wajah kepucatan. Mereka melambai-lambai seketika ke arah Sofea dan Megat Azizan yang sedang berdiri di bawah mereka.

"Hantu?" soal Megat Azizan.

"Saya tak tahu... tapi saya ada teori," kata Sofea.

"Pasal hantu pun ada teori ke?" Sofea tidak mengendahkan perangai loya buruk Megat Azizan yang akan datang pada saat yang tidak sepatutnya.

"Ini hutan bunuh diri. Roh mereka yang membunuh diri tergantung antara bumi dan langit sampai kiamat. Terus terseksa macam kat atas tu. Mungkin kita sedang melihat, mereka yang mencabut nyawa mereka sendiri macam kat tu," kata Sofea serius.

"Menakutkan... jadi, kematian tetap tak akan membebaskan diaorang dari sengsara diaorang?" soal Megat Azizan. Dia menoleh ke kirinya dan... dia kini tidak lagi berada di lantai hutan yang sedang berdiri memayunginya, tetapi dia kini sedang berada di dalam sebuah bilik kecil yang sangat bersepah dengan perabot tunggang terbalik dan sampah sarap yang meratap. Di tengah-tengah bilik itu, terdapat sekujur seorang wanita tua sedang menggantungkan dirinya.

"ALLAH! Mak! Mak!" teriak Megat Azizan sambil memeluk erat tubuh wanita itu. Dia menggerakkan tubuh itu berulang kali. Kemudian, latar tempat bertukar kembali dan kini, Megat Azizan sedang melihat sebuah rumah teres dua tingkat sedang terbakar dijilat api. Di dalam sebuah bilik, yang tingkapnya dapat dilihat dari diluar rumah, kelihatan Sofea sedang berlari dari api yang menjadi latar biliknya, sebelum melompat dari tingkat dua. Bunyi tubuhnya menghentam tanah kedengaran. Apa lagi, terus Megat Azizan meluru ke arah pintu pagar yang terbuka dan, kelihatan tubuh Sofea sedang terlentang dengan kepala yang berlumuran darah.

"ALLAH! Sofea..." Megat Azizan terlutut di atas lantai. Dia hilang upaya untuk berdiri sebaliknya terus merangkak menghampiri Sofea, tidak mengendahkan rumah yang hanya beberapa meter dan kaki sahaja dari tubuh Sofea terbujur kaku, betapa api sedang marak terbakar. Tubuh Sofea terus dipeluknya erat sebelum dia menangis teresak-esak.

"Sofea... mak..." ucap Megat Azizan sayu.

"Bangkit Jiji! Bangkit!" teriak satu suara. Kedua-dua pasang mata Megat Azizan ditekapkan dek tapak tangan. Sebaik sahaja dia membukanya, wajahnya kini sedang dilumurkan dengan garam. Megat Azizan yang sedang merekuk dilantai hutan membuka matanya dengan terpingga-pingga. Sofea sedang merenung ke arahnya dengan penuh takut-takut. Ikmal sedang duduk bersila sambil memegang lehernya yang terdapat kesan parut. Hanya tersenyum memandang ke arah Megat Azizan.

"Makwe kau tu Kamarul... memang mati-mati nak orang bunuh diri ya?" soal Ikmal.

"Awak okey ke Megat?" soal Sofea.

Megat Azizan terus melihat sekitarnya. Tubuh-tubuh yang tadi sedang tergantung di dahan pokok di atas mereka, kini sedang berdiri di atas lantai hutan sambil merenung tajam ke arah mereka. Dia kemudian menyedari bahawa betapa dia sedang berada di dalam lingkaran garam yang baru sahaja dibentuk oleh Kamarul.

"Siapa diaorang tu..."

"Welcome to the zombie apocalypse!" ucap Ikmal dibelakang.

"Semangat hutan pada waktu muda mereka. Waktu yang paling susah nak kawal... waktu mereka paling ganas. Mereka mahukan Sofea, satu-satunya keturunan pengasas Menggunung yang ada kat dalam hutan ni. Cynthia, gadis yang jadi pemula sumpahan pada hutan ini akan dapat manfaat yang sangat besar kalau Sofea sertai keluarga Semangat Hutan dia," jelas Kamarul. 

"Manfaat apa?" soal Megat Azizan. 

"Tok batin yang menyempurnakan sumpahan dia... dah janjikan ganjaran yang sangat besar kalau makhluk peliharaan dia dalam ni berjaya dapatkan salah seorang keturunan Menggunung!" 

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now