Bab 16

77 10 2
                                    

  Peperiksaan SPM telah pun bermula. Semua pelajar Tingkatan 5 berjuang habis-habisan di atas kertas jawapan. Sufi dan Haikal juga tidak terlepas daripada situasi tersebut. Mereka berusaha bersungguh2 berperang di dewan peperiksaan. Mereka menjawab setiap soalan dengan tenang.

  Hari demi hari terus beredar membawa pergi bersama kenangan manis mahupun pahit setiap makhluk bernama manusia. Akhirnya, sampailah hari terakhir peperiksaan SPM. Sufi menjawab soalannya dengan tenang tanpa masalah.

  Pada tengah hari itu, semua calon bersorak gembira dan melompat riang sewaktu keluar daripada dewan peperiksaan. Mereka kini berasa bebas sebebas bebasnya. Freedom! Perasaan ini tidak lupa untuk hinggap di dalam sanubari Sufi dan Haikal. Sebelum pulang, Sufi bertemu Haikal di depan pagar sekolah.

  "Sufi, kau free tak esok?" Haikal bertanya dengan riak ceria.

  "Err...free kot. Kenapa?" Sufi menjongketkan kening.

  "Ermm...aku ingat nak celebrate kebebasan kita ni. Kita boleh makan2."

  "Perlu ke? Aku rasa tak payah la. Buang masa jer." Sufi kurang setuju dengan cadangan Haikal.

  "Alah kau ni. Bukan selalu pun. Sekali ni jer." Haikal seakan memujuk.

  "Kita nak buat apa?"

  "Ermm...jalan2 jer. Tengok wayang ke?" Haikal berfikir sejenak.

  "Tapi kenapa mesti aku yang kau ajak? Kenapa tak orang lain? Agak2 la kan dengan penampilan aku macam ni nak tengok wayang. Hisy...tak masuk dek akal." Sufi menggeleng2kan kepalanya.

  "Alah, apa salahnya? Okey apa? Lagipun kali ni jer. Kalau kau tak   nak tengok wayang, kita just jalan2 jer. Kita minum2. Okey tak?" Haikal belum lagi berputus asa.

  "Haisy...okeylah2. Tapi kita minum2 jer tau." Sufi akhirnya bersetuju kerana rimas dengan desakan Haikal.

  "Hehehe...no hal. Esok kita naik bas." Haikal tersenyum sumbing.

  Sufi dan Haikal pun beredar dan pulang ke rumah masing2. Sebenarnya, rumah Sufi dan rumah Haikal tidaklah jauh sangat. Kalau berjalan kaki boleh sampai dalam 10 minit.

  Keesokan harinya, Sufi bersiap2 untuk keluar ke pekan. Setelah bersiap ala kadar, Sufi meminta kebenaran Mak Ngahnya untuk keluar. Dia keluar dari rumah lalu berjalan kaki menuju ke perhentian bas yang tidak jauh dari kawasan perumahan tersebut. Nampaknya, Haikal belum lagi sampai.

  Sufi duduk di situ seorang diri. Dia melayan perasaannya sendiri. Sebenarnya, dia terkenangkan I'zz dan Kerisa. Atau lebih tepat lagi dia rindukan I'zz. Macam mana agaknya keadaan I'zz di Wallabist. Sebenarnya, Sufi sentiasa terkenangkan kata2 terakhir yang keluar dari mulut I'zz. Dia juga manusia biasa yang tidak dapat lari daripada perasaan itu.

  "Dan, saya nak awak tahu yang saya cintakan awak." Kata2 keramat itu kembali menari2 di benak Sufi.

  Sedikit-sebanyak kata2 itu telah mengganggu hati wanita Sufi. Di saat itu, tubir mata Sufi mula bergenang dek air mata.

  "Sufi...!!"

  Panggilan Haikal yang baru tiba meretakkan cermin lamunan Sufi. Dia lekas mengesat matanya agar tidak mendatangkan syak apa2 pada Haikal.

  Mereka berborak di perhentian bas itu sampailah bas yang mereka tunggu tiba. Mereka menaiki bas itu dan terus ke pekan. Mereka berjalan2 di pekan itu untuk melepaskan tension setelah berbulan2 bertungkus-lumus di sekolah. Setelah agak lama berada di pekan, mereka pun mengambil bas untuk pulang ke rumah.

  Bak kata orang, malang tidak berbau. Bas yang mereka naiki telah rosak di tengah jalan. Semua penumpang di dalam bas mengeluh sesama sendiri termasuklah Sufi dan Haikal. Setelah berbincang, akhirnya Sufi dan Haikal bersetuju untuk berjalan kaki sahaja. Kalau ada rezeki, adalah sesiapa yang sudi menumpangkan mereka nanti. Mereka pun mula berjalan.

  "Haih, nakal betullah. Baru jer siap happy dekat pekan, kena berjalan jauh pulak. Hahaha..." Haikal tidak tahu samada dia perlu mengeluh ataupun ketawa.

  "Tu la kan. Nasib baik kita dah solat dekat pekan tadi." Sufi tidak pernah abaikan solat walau di mana jua dia berada.

  Mereka terus berjalan sambil berborak bersama hari yang semakin menginjak petang.

  "Apasal kau tak pernah cerita kat sesiapa pasal peristiwa kat dalam ga...ung tu?" Haikal menggigit bibir.

  "Entah." Sepatah jawapan Sufi.

  "Ceritalah dekat aku. Aku rasa macam best jer pengalaman kau masa tu."

  "Memang best pun. Dekat sanalah aku dapat kawan pertama sebelum kau." Sufi tersenyum membuatkan Haikal hairan.

  "Err...siapa dia...siapa dia...I'zz?" Haikal agak sukar untuk bertanya persoalan yang hadir di benaknya itu.

  Sufi tersenyum penuh makna. "Nanti kalau ada rezeki kau akan kenal jugak dia."

  Tanpa Sufi dan Haikal sedari, jauh di belakang mereka terdapat sebuah van hitam yang dipandu agak laju. Van itu dipandu ke arah mereka. Sufi dan Haikal terus berbual.

  "Dan aku rasa..." Sufi berhenti seketika sebelum menyambung. "Dekat sana jugaklah... aku memperoleh cinta pertama." Sufi tersenyum lagi.

  Kata2 Sufi membuatkan Haikal terpana dan terkejut. Tiba2, berhenti sebuah van hitam yang dibrek dengan mengejut di sebelah mereka. Dari van itu keluar empat orang lelaki yang bertopeng. Lelaki2 itu menekup hidung dan mulut Sufi dan Haikal dengan sehelai kain lalu diseret masuk ke dalam van.

  Keadaan berlaku begitu pantas sehingga Sufi dan Haikal tidak mampu berbuat apa2. Pandangan Sufi sudah kelam. Begitu juga Haikal.

  Sufi dan Haikal telah pengsan.

==========

Arae : Alamak! Apa yang akan berlaku terhadap Sufi dan Haikal?😱😱😱
Wait for the next chapter yaa..!! Huhuhu...tak sangka hari ni dah berjaya update empat bab sekali gus...hahaha
Anyway, keep reading...^_^

Fantasi Cinta Sufi'zzKde žijí příběhy. Začni objevovat