Bab 6

103 14 6
                                    

  "Eh, I'zz. Anak mata awak memang warna putih err?" Sufi bertanya setelah persoalan itu tiba2 hadir di benaknya.

  "Ha'ah. Kenapa, ia nampak buruk ke?" Tanya I'zz.

  "Tak la. Ia nampak cantik jer. Macam zombi. HIhihi..."

  Mereka pun menyambung perjalanan mereka yang tergendala tersebut.

  Pada malam itu,mereka menyalakan unggun api. Mereka menjamu selera dengan membakar ikan yang ditangkap oleh I'zz. Pada petang tadi,I'zz telah bersusah payah untuk menangkap ikan-ikan tersebut. Sufi hanya memberi sorakan di tebing sungai.

  Sewaktu mereka sedang membakar ikan,Sufi kelihatan termenung seakan memikirkan sesuatu.I'zz yang melihat tingkah Sufi berasa tidak senang hati.

  "Sufi,awak ada masalah ke? Kalau ada apa-apa kongsilah dengan saya." Ujar I"zz penuh prihatin.

  "Takde papelah I'zz. Saya cuma risau. Kita sudah dua hari kat sini. Entah macam mana la keluarga saya kat rumah. Tentu mereka risaukan saya."

  "Hurm.... kesian awak. Saya takpe sebab takde sape pun yang risaukan saya. Saya ada ke, saya takde ke sama jer bagi dorang.  Takpe Sufi, saya akan pastikan awak akan kembali ke pangkuan keluarga awak." I'zz berjanji.

  "Thanks I'zz." Sufi terharu dengan kebaikan I'zz. Namun, lain pulak reaksi I'zz apabila dia berkata...

  "Benda alah apa pulak thanks tu?"

  "Ha...ha...ha... Thanks tu maksudnya terima kasih. Ha...ha...ha..." Sufi ketawa terbahak2 melihat kebingungan I'zz.

  "Gelak la, gelak." I'zz pura2 merajuk.

  "Hihi...makin kacak la bila awak tarik muncung macam tu." Usik Sufi.

  "Ada2 je la awak ni.'

  Sedang mereka ralit berborak sambil makan ikan bakar, tiba2 mereka terdengar sesuatu. Kedengaran seperti ranting kayu yang patah akibat dipijak seseorang. Sufi dan I'zz terus bangkit untuk bersedia sekiranya terdapat sebarang kemungkinan.

  "Siapa tu?" I'zz bertanya dengan suara yang agak tegas.

  Tiba2, keluar seorang gadis daripada rumpun semak yang berdekatan dengan Sufi dan I'zz. Gadis tersebut tersenyum dengan wajah yang nampak sedikit pucat.

  'Cantiknya dia.' Sufi memuji di dalam hati.

  Sufi agak terkejut apabila memandang gadis tersebut yang agak pelik. Rambutnya berwarna merah jambu. Begitu juga dengan warna anak matanya. Pada perhitungan Sufi, gadis ini mungkin seorang yang baik.

  "Awak siapa?" Sufi bertanya kepada gadis tersebut.

  "Err...saya Sera Kerisa. Ermm...saya lapar sebenarnya. Kalau awak berdua tak keberatan, boleh tak...boleh tak saya nak mintak makanan sikit?" Kerisa bertanya agak takut dan malu.

  "Ouh...boleh. Apa salahnya? Jom kita makan sama2. Kemudian awak boleh berehat. Tentu awak letih kan?" Sufi berasa kasihan melihat gadis tersebut yang seakan2 tidak terurus.

  "Terima kasih..." Gadis berambut panjang itu berasa cukup terharu.

  "Nanti dulu." I'zz menahan. "Awak datang ke sini takde niat jahat kan?"

  Kerisa hanya memandang tidak berkelip kearah I'zz.

  "Ish, awak ni. Kesitu pulak. Kerisa jom! Tentu awak lapar sangat tu." Sufi menarik lengan Kerisa.

  Kerisa makan bersama Sufi dan I'zz. Nampaknya dia betul2 kelaparan. Setelah selasai makan, Kerisa berehat sehinggalah dia terlena.

  "I'zz, kenapa awak tanya macam tu tadi? Kesian Kerisa." Sufi bertanya. Dia agak geram dengan tindakan I'zz tersebut.

  "Takdelah. Saya cuma risaukan keselamatan awak. Awak tau tak? Sewaktu dekat dunia saya, banyak sangat orang jahat yang berlakon baik. Sebab tu la saya susah sikit nak percayakan orang." I'zz menerangkan apa yang difikirnya.

  "Ouh...tapi kenapa dengan saya awak tak curiga pulak?" Sufi masih lagi tidak puas hati.

  "Hurm...tak tahu la. Bila saya tengok awak, saya rasa tenang. Dan, saya tak rasa awak orang jahat. Saya pasti yang awak adalah orang yang baik2."

  Sufi terkelu mendengar jawapan I'zz. Degupan jantungnya tiba2 berombak kencang. Dia dapat rasa satu rasa yang tidak pernah dia alami. Apakah itu? Adakah ini yang dinamakan cin...

  'Oh...tidakkk!!!' Jerit hati Sufi.

  "Sufi, kenapa awak marah bila saya sentuh awak?" I'zz bertanya di atas tindakan Sufi semalam.

  "Ouh...agama saya melarang lelaki dan perempuan yang bukan mahram bersentuhan."

  "Hurm...maaf Sufi." I'zz kelihatan bersalah.

  "Sebab?"

  "Sebab saya angkat awak waktu awak mula2 jatuh dan sentuh bahu awak waktu nak kejutkan awak."

  "Hurmm...takpelah. Saya tahu awak tak sengaja kan." Sufi cuba menenangkan I'zz. "Allah itu maha mengetahui apa yang hambanya lakukan."

  "Allah? Siapa Allah tu?" I'zz kelihatan pelik.

  "Allah tu tuhan saya dan tuhan awak. Dan tuhan seluruh makhluk di alam ni. Baiklah awak, saya rasa mengantuklah. Nak tidur." Sufi mula mencari tempat yang selesa untuk berbaring.

  "Ok." I'zz menjawab sepatah.

  I'zz termenung. Dia memikirkan semula kata2 Sufi tentang Allah. Dia mula sedar bahawa dia juga mempunyai tuhan. Bangsanya di Kaskus juga mempunyai tuhan. Tapi, kenapa dia tidak tahu?

  I'zz juga pelik dengan solat yang dilakukan oleh Sufi. Pada pemerhatiannya, Sufi selalu solat sepanjang mereka mengembara bersama sebanyak lima kali sehari semalam. Apakah tujuan Sufi solat? Apa yang memelikkan I'zz, dia akan berasa tenang setiap kali melihat Sufi solat.

  Pada malam itu, I'zz hanya tidur2 ayam bagi mengawal keselamatan Sufi dan Kerisa, gadis yang baru bersama mereka tersebut.

==========

Arae : Huhuhu...sorry sangat2 sebab cerita ni hambar sangat2. Walaupun Arae dah cuba nak naikkan, tapi tetap tak naik2...sorry sekali lagi...

Fantasi Cinta Sufi'zzWhere stories live. Discover now