Bab 20

188 16 17
                                    

*************************
  P/s : Kalau boleh korang baca bab ni dengan data internet korang dibuka. Pastu mainkan lagu yang Arael sertakan di atas. Baca bab ni sambil dengar lagu tu dengan volume yang sederhana. Lagi baik kalau pakai earphone. Hihihi biar ada feel sikit! >_• *************************

  Sufi berteleku di hadapan rumahnya. Fikirannya menerawang entah ke mana. Berbagai-bagai perkara yang difikirkan olehnya sekarang ini. Suasana malam ini yang sunyi kelihatan damai, namun tidak mampu untuk menenteramkan jiwa Sufi yang galau.

  "Sufi." Seseorang menyapa Sufi secara tiba-tiba menyebabkan Sufi sedikit terperanjat.

  "Eh, Kerisa! Terperanjat saya."

  "Kenapa awak tak tidur lagi." Soal Kerisa seraya melabuhkan punggungnya di sisi Sufi. "Mak Ngah, Pak Ngah dengan Faez dah lama tidur."

  "Saya belum ngantuk lagilah Kerisa." Ujar Sufi perlahan.

  Dia merenung ke dalam anak mata Kerisa yang berwarna merah jambu itu. Segala-gala yang pernah berlaku dalam hidupnya, kadang-kadang Sufi seakan tidak percaya. Semuanya seperti fantasi sahaja baginya. Hal ini termasuklah perihal Kerisa yang berasal dari Sylvana dan sekarang tinggal di rumahnya. Tidak pernah sekali pun dalam hidupnya terfikir bahawa dia akan dipertemukan dengan Kerisa. Betapa hebatnya perancangan Allah.

  "Sufi, saya ada perkara penting nak bagitahu awak ni." Kerisa yang bersuara tiba-tiba melenyapkan lamunan Sufi.

  "Apa dia?"

  "Erm...Saya dah fikir masak-masak tentang perkara ni. Saya...Erm..." Kerisa teragak-agak.

  "Apa dia Kerisa? Cakap jer. Saya bukan makan orang pun." Sufi mencuba untuk menceriakan suasana yang sedikit serius itu.

  "Ermm...Saya nak peluk Islam." Lancar sahaja Kerisa menyatakan hasrat hatinya.

  "Subhanallah! Betul ke Kerisa?" Sufi tidak dapat menyorokkan rasa terujanya.

  Kerisa mengangguk yakin.

  "Alhamdulillah. Akhirnya Allah memberikan hidayah kepada awak." Sufi memeluk sekujur tubuh Kerisa erat.

  Dia pun mengajarkan Kerisa sama seperti yang dilakukannya terhadap I'zz suatu ketika dahulu.

  "Terima kasih, Sufi. Dan..." Kerisa seperti ada lagi sesuatu yang ingin diberitahu.

  Sufi menanti dengan sabar.

  "Erm...Saya fikir, bumi ni bukan tempat yang sesuai untuk saya. Ini bukan dunia saya."

  "Maksud awak?" Sufi seakan merasakan sesuatu yang pelik.

  "Saya akan kembali ke Sylvana."

  Sebaris ayat yang meniti dari mulut Kerisa membuatkan Sufi terpana.

  "Awak bergurau kan?"

  Kerisa lantas memeluk erat tubuh Sufi. "Sufi, saya minta maaf. Sylvana dunia saya. Di sana saya dilahirkan. Dan di sanalah tempat yang sepatutnya saya berjuang."

  "Tapi, awak tak sempat lagi belajar tentang Islam." Sufi tidak dapat menahan sebak.

  "Tak apa Sufi. Allah ada. Saya yakin Allah tidak akan menghampakan hambanya."

  Sufi mengangguk lemah. "Bila awak akan pergi."

  Kerisa menarik pergelangan tangan Sufi dan melihat jam di pergelangan tangan rakannya itu. Jam 11:46 p.m..

  "Dalam lebih kurang empat belas minit lagi." Ujar Kerisa bersahaja.

  "Apa??" Terbuntang biji mata Sufi mendengar jawapan Kerisa. "Habis bagaimana dengan I'zz dan Haikal. Takkan awak tak nak jumpa diorang."

Fantasi Cinta Sufi'zzWhere stories live. Discover now