Bab 11

82 14 0
                                    

  Sedang mereka berjuang, tiba2 mereka terpandang satu cahaya yang berkelip2 di atas pokok yang mereka ingini. Rupa2nya, itulah portal. Portal tersebut telah mengeluarkan isyarat kerana ia akan ghaib tidak lama lagi. Lalu, Kerisa menjerit.

  "I'zz, bawak Sufi ke portal tu cepat!"

  I'zz mengangguk. Kemudian, dia mendekayi Sufi.

  "Sufi jom!"

  "Tapi Kerisa..." Sufi memandang ke arah Kerisa.

  Kerisa yang faham akan maksud Sufi menjerit.

  "Jangan risaukan saya. Awak perlu selamatkan diri awak."

  "Jom Sufi. Portal tu akan ghaib." I'zz menggesa.

  Sufi masih lagi keberatan. Akhirnya, I'zz terpaksa menarik tangan Sufi. "Sorry Sufi." Lalu dia mengangkat Sufi ke udara untuk dibawa ke portal. Apabila mendekati portal, I'zz berhenti di atas dahan pokok.

  "I'zz, saya nak balik ke bumi dengan awak dengan Kerisa." Sufi sebak.

  "Eh, awak tak perlu risaukan kami." I'zz cuba memujuk.

  "Tapi awak..."

  "Syy...kan saya dah janji nak hantarkan awak kembali kepada keluarga awak." I'zz turut bersedih.

  "Tapi, saya nak ajar awak tentang Islam. Saya nak jadi kawan awak. Saya pun nak ada kawan." Sufi mula mengalirkan air mata. Dia merengek2 seperti anak kecil.

  "Eh, Sufi! Jangan menangis. Takpe, yang penting awak gembira, awak bahagia dan awak jumpa semula dengan keluarga awak." I'zz mula sebak.

  Tangisan Sufi semakin menjadi2.

  "Sufi, dengar sini. Saya nak awak tahu yang saya sentiasa ada untuk awak. Awak jangan risau, kalau ada jodoh, kita akan bertemu lagi. Kalau ada apa2, awak panggil jer nama saya, dengan izin Allah saya akan datang. Dan saya nak awak tahu yang saya..." I'zz berhenti sejenak untuk mengumpul kekuatan.

  "Saya cintakan awak." I'zz mengalirkan air mata.

  "Awak..." Sufi tidak dapat berkata2.

  "Yer saya..." I'zz tetap menyahut. Tanpa melengahkan masa, I'zz terus mencempung tubuh Sufi dan menerbangkannya ke arah portal.

  "Assalamualaikum Sufi."

  Tubuh Sufi terus dicampak ke dalam portal tersebut sebelum sempat Sufi menjawab salam. Sebaik sahaja badan Sufi melepasi portal tersebut, portal itu terus ghaib.

  Akhirnya, terpisahlah Sufi dan I'zz dalam dua dunia yang berbeza.

==========

Arae : Hehehe...sorry sangat2 sebab lambat sangat2 update. Lepastu sorry sangat2 sebab bab ni pendek sangat2. 316 patah perkataan jer. Lastly, sorry sekali lagi sebab mungkin 2 atau 3 bab yang akan datang akan pendek jugak macam bab ni. Okey, keep reading and kalau sudi vote and comment-_-...

Fantasi Cinta Sufi'zzWhere stories live. Discover now