Bab 12

81 12 0
                                    

  Suasana menjadi hingar bingar. Pihak sekolah telah pun membuat laporan tentang kehilangan Sufi dan Haikal. Pihak bomba, JPAM dan PGA telah menjalankan operasi pencarian di dalam hutan tersebut. Beberapa orang pelajar turut menyertainya termasuklah Faris, Adam dan Nizam. Tiba2...

  "Eh, tu Haikal!" Jerit Faris.

  Keadaan terus menjadi kecoh. Beberapa orang ahli bomba, guru serta Faris dan gengnya mendekati Haikal yang kelihatan terduduk di pinggir sebuah gaung. Gaung itulah yang telah menyaksikan Sufi jatuh ke dalamnya. Faris, Adam dan Nizam menjadi gugup.

  "Haikal." Faris menyentuh bahu Haikal.

  Haikal hanya diam tidak berkutik tanpa memberikan sebarang reaksi. Apabila melihat Haikal yang masih lagi diam, Faris menarik lengan Haikal untuk membangunkannya.

  "Tepi kau. Jangan ganggu aku!" Haikal menjerkah menyebabkan Faris terkejut.

  Memandangkan Haikal tetap berkeras, seorang ahli bomba iaitu En. Jamal mendekati Haikal.

  "Haikal, jom! Kita keluar dari sini. Nanti awak boleh cerita kepada kami apa yang telah berlaku." En. Jamal cuba memujuk.

  Haikal hanya menggelengkan kepalanya. Apabila Haikal belum menunjukkan tanda2  untuk beredar, beberapa orang ahli bomba mula menarik memaksa Haikal. Haikal meronta2 minta dilepaskan.

  "Tolong...tolong lepaskan saya. Saya nak tunggu Qiara. Dia ada dalam gaung tu." Haikal merayu menyebabkan mereka yang ada di situ menjadi terpinga2.

  Faris, Adam dan Nizam menjadi kecut.

  "Err...takpe. Nanti kami datang balik selamatkan Qiara. Yang penting awak mesti keluar dulu dari sini. Sudah dua hari lebih awak kat sini." En. Jamal cuba meredakan keadaan. Haikal masih lagi meronta2. Hal ini menyebabkan mereka yang ada di situ terpaksa berkeras. Dalam pada itu, tiba2...

  Debukk..!!

  Mereka semua berpaling ke arah bunyi tersebut dan...

  "Qiara..!!" Jerit Haikal.

  Semua orang yang ada di situ terkejut. Lebih2 lagi Faris, Adam dan Nizam apabila mereka terpandang akan Sufi yang sedang tertiarap di pinggir gaung tersebut sambil menangis teresak2. Tiba2 Sufi bertempik.

  "I'zz, mana awak?" Sufi seakan2 tidak terkawal.

  Sufi cuba untuk turun semula ke dalam gaung tersebut. Orang2 di situ terus memegang Sufi menyebabkan Sufi meronta2.

  "Lepaskan saya. Tolong lepaskan saya. Saya nak jumpa I'zz dengan Kerisa." Sufi masih lagi menangis.

  "Bertenang Qiara, berte..."

  "Jangan panggil saya Qiara. Mulai hari ni, jangan panggil saya Qiara. Panggil saya..Sufi!" Sufi pantas memotong kata2 En. Jamal.

  "Okeylah. Bertenang Sufi. Kita keluar dulu dari sini. Nanti kita akan jumpa mereka." En. Jamal agak hairan namun beliau tetap memujuk Sufi.

  Setelah dipaksa, akhirnya Sufi mengalah.

  "Selamat tinggal Kerisa." Sufi bersuara lirih. "Waalaikumussalam I'zz." Air mata Sufi kembali bercucuran.

  Akhirnya, Sufi dan Haikal dibawa keluar dari hutan tersebut. Setelah menerima pemeriksaan dan rawatan di hospital yang berdekatan, Sufi pun pulang ke rumah.

==========

Arae : So how...??? Sorry sangat2 sebab dah lama tinggal citer ni. Kalau korang semua nak tahu, ni dah masuk kali ke-3 bab 12 ni ditaip. 2 sebelum ni ada problem. Sebab tu la Arae merajuk sekejap. Hehehe...^_^

Fantasi Cinta Sufi'zzWhere stories live. Discover now