Prolog

174 19 4
                                    

  Seorang pelajar perempuan berjalan perlahan2 memasuki perkarangan sekolah. Hari ini merupakan hari terakhir dia akan menduduki peperiksaan akhir tahun. Dia berjalan melintasi kelas 4 Bestari sebelum memasuki kelasnya 4 Amatur. Apabila memasuki kelas, terdengarlah dek telinganya akan suara2 sumbang di dalam kelas tersebut.

  "Oi geng, minah kolot tu dah sampai la. Awal pulak dia hari ni."

  "Eh, kau ni! Apa nak dipeliknya? Hari ni kan last day exam. Semangat tahap gaban la dia tu."

  "Hahahahaha..."

  Pelajar perempuan itu menggelengkan kepalanya. Dia tidak kisah. Telinganya sudah lali dengan ejekan rakan sekelasnya itu. Haikal, Adam, Faris dan Nizam. Nama2 tersebut sudah sebati dalam dirinya sejak dua tahun yang lalu. Setelah dia pindah ke sekolah tersebut sewaktu tingkatan 2, pelajar2 lelaki tersebut sentiasa 'mengisi' hidupnya.

  Kadang2 gadis itu bingung. Dia tahu kenapa dia dicop sebagai minah kolot. Tetapi, dia tertanya2. Salahkah apa yang dia buat? Dia pasti tidak sekali kali menjadi salah. Namun begitu, perkara yang tidak salah itulah yang menjadi alasan dia tidak mempunyai kawan. Dia tidak mempunyai seorang pun kawan di sekolah tersebut. Bahkan, dia sentiasa diejek dan dicemuh. Ini semua gara2 dia memakai purdah.

  Pada petang itu, gadis itu pulang ke rumah dengan hati yang lapang. Dia berasa tenang kerana perjuangan diatas kertas sudah pun berakhir.

  "Assalamualaikum... mak ngah, pak ngah, saya dah balik."

   "Waalaikumussalam...macam mana peperiksaan hari ni kak?" Adiknya, Faez keluar.

  "Hurmm...biasa jer. Mak ngah dengan pak ngah mana dik?" Gadis itu bertanya memandangkan mak ngah dan pak ngahnya tidak kelihatan.

  "Oh, mak ngah pergi melawat cucu Mak Senah. Pak ngah pulak keluar dengan kawan dia."

  "Ouh... ." Hanya itu yang keluar dari mulut gadis tersebut.

  Pada petang itu, dia meneruskan aktiviti hariannya seperti hari2 yang sebelumnya. Kadang2 dia berasa bosan. Namun, apa boleh buat. Mak dan ayahnya sudah tiada. Sekarang dia dan adiknya tinggal bersama ibu dan bapa saudaranya. Mujurlah ibu dan bapa saudaranya sudi untuk menjaganya adik beradik.

  Ada satu ketika, terdetik di hati gadis itu untuk bergaul bersama rakan2 sebagaimana yang dialami oleh remaja2 seusianya. Namun, nasib tidak menyebelahinya. Dia redha. Cukuplah adiknya sahaja dapat bermain dan melalui detik2 gembira bersama rakan2. Kebahagiaan adiknya lebih penting daripada segala galanya.

==========

Arae : Hehehe...sorry sangat2 sebab permulaan dia slow jer. Arae sengaja nak cerita pasal kehidupan dia dulu. Apa2 pun, Arae akan cuba yang terbaik.
 

Fantasi Cinta Sufi'zzWhere stories live. Discover now