Bab 2

139 16 0
                                    

  Hari perkhemahan telah pun tiba. Sebanyak tiga buah bas telah bertolak ke tapak perkhemahan dengan jumlah peserta 120 orang iaitu 100 orang pelajar dan 20 orang guru. Setiap peserta pelajar telah diagihkan kepada beberapa kumpulan. Qiara berkongsi satu khemah dengan empat orang rakan sekelasnya iaitu Elma, Lidya, Nani dan Fariha. Empat orang gadis itu tidaklah berkawan dengan Qiara. Tetapi, sudah cukup untuk membuatkan dia berasa lega.

  Apabila sampai di tapak perkhemahan yang terletak di pinggir hutan, mereka bekerjasama untuk mendirikan khemah. Dalam masa yang sama, Faris berbual dengan geng sehati sejiwanya.

  "Aku memang tak puas hati giler dengan minah kolot tu."

  "Apa yang kau tak puas hatinya? Dia buat apa dekat kau?" Adam bertanya lurus.

  "Boleh kau tanya dia buat apa? Apa kau tak ingat ke minggu lepas yang dia meroyan dekat kantin sekolah tu?" Sampuk Nizam.

  "Alah, dia sembur macam tu je kot. Bukan dia hempuk kepala kau dengan kuali pun." Haikal mencelah selamba.

  "Ah, kau tak rasa la sebab dia tak kata dekat kau. Ni, muka ni yang kena. Dia malukan aku depan orang lain. Kau ingat aku ni batang kayu ke apa?" Faris mula naik angin.

  "Oklah, oklah. So, kau nak buat apa?" Haikal bertanya bagi mengelakkan pergaduhan.

  Kadang2, terdetik rasa simpati Haikal terhadap Qiara. Namun, cepat2 ditepisnya rasa tersebut. Dia hanya menurut sahaja apa yang dikatakan oleh Faris dan rakan2nya yang lain. Dia belum ada upaya untyk melawan.

  Haikal tersentak apabila bahunya ditepuk oleh Faris.

  "Oi, kau dengar tak aku cakap apa?"

  "Ohh...apa kau cakap?" Haikal menggaru2 kepalanya yang tidak gatal.

  "Petang ni, kau, Adam dan Nizam ikut aku. Aku nak ajar si minah kolot tu." Ujar Faris dengan senyuman yang melebar.

  Pada petang itu, Qiara ke sungai untuk mengambil air seorang diri. Sungai tersebut terletak agak jauh dari khemah. Pada waktu tersebut, tidak ada seorang pun peserta yang kebetulan untuk mengambil air. Setelah bersusah payah memadukkan air ke dalam baldi, dia pusing ke belakang untuk kembali ke khemah.

  Alangkah terkejutnya Qiara apabila ternampak empat orang lelaki bertopeng berdiri menghalangnya. Dia berasa sangat takut. Tidak ada sesiapa pun pada waktu itu yang boleh diminta tolong. Dia buntu dan berdebar.

  Lelaki2 tersebut berjalan mendekatinya. Qiara tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Kalau dia menjerit meminta tolong sekalipun, belum tentu ada orang dengar. Akhirnya, dia menghempaskan baldi di tangannya ke tanah lalu dia pun melarikan diri. Tanpa melengahkan masa, empat orang lelaki tersebut terus mengejar Qiara.

  Qiara terus berlari dengan sepenuh tenaga. Dia berasa sangat takut. Dia hanya mengikut sahaja ke mana kakinya berlari. Tanpa disedari, dia telahpun memasuki hutan. Qiara terus juga berlari kerana lelaki2 tersebut masih lagi mengejarnya. Hari semakin senja. Qiara juga sudah tercungap2.

  Tanpa Qiara sedari, di hadapannya terdapat sebuah gaung yang curam. Dia terus juga berlari. Apabila semakin hanpir, barulah dia perasan dan cuba untuk berhenti. Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila kakinya tersadung akar kayu lalu terhumban ke dalam gaung. Empat orang lelaki yang mengejarnya terpinga2 dan saling berpandangan antara satu sama lain.

  Mereka menjenguk ke bawah. Alangkah terkejutnya mereka apabila terpandang akan Qiara yang sedang bersusah payah berpaut pada akar pokok yang terkeluar daripada tanah untuk menyelamatkan diri.

  "Hei geng, macam mana ni? Dah lari kita punya plan ni." Salah seorang daripada mereka bersuara.

  Demi sahaja mendengar suara lelaki tersebut, Qiara tersentak. Haikal! Detik hati Qiara. Kemudian, Qiara melihat tiga orang lelaki lain memarahi lelaki tesebut tanpa mengeluarkan suara. Lalu, tiga orang lelaki itu pun beredar. Qiara pasti, itulah Faris, Adam dan Nizam. Qiara melihat Haikal yang masih lagi memandang ke arahnya.

  "Haikal. Aku tahu kau Haikal. Tolong aku please. Tolong aku. Aku tak boleh bertahan. I beg you. Pleasee..." Qiara merayu. Haikal diam tidak berkutik.

  Qiara semakin lemah. Tenaganya semakin berkurang. Air matanya tidak henti2 mengalir. Dia terkenangkan mak ngah dan pak ngahnya. Dia juga terkenangkan adiknya, Faez.

  "Akak sayang kau dik." Qiara berkata sayu lalu pautannya terlepas dan dia jatuh ke dalam gaung yang kelam dan suram.

  Qiara hanya bertawakkal kepada Allah. Jika ini cara penghujung hayatnya, dia terima. Serentak itu juga Haikal jatuh terduduk di tebing gaung itu.

==========

Arae : Apa yang berlaku kepada Qiara yer? Adakah wataknya akan hilang selepas ini?^_^
Hehehe...nantikan bab yang seterusnya okey...

Fantasi Cinta Sufi'zzजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें