Bab 1

158 15 5
                                    

  Keesokan harinya, Qiara ke sekolah seperti biasa. Kalau ikutkan hati, malas rasanya untuk ke sekolah. Apatah lagi peperiksaan akhir tahun pun sudah selesai. Tapi, duduk dekat rumah pun bosan jugak. Haih...!

  Seperti biasa, pasti ada insan2 yang sudi menyumbangkan suaranya untuk mengejek Qiara.

  "Mak aii...cantiknya purdah minah kolot tu hari ni geng"

  "Kau dah buta ke Zam? Aku tengok macam tuala mandi adik aku jer."

  "Hahahahaha..."

  Qiara hanya memekakkan telinganya. Apa lagi yang boleh dia buat. Bagi pelajar2 di sekolahnya, sesiapa yang memakai purdah akan nampak pelik dan akan dipulaukan. Qiara sentiasa mencuba untuk menjadi seorang yang tabah walaupun kadang2 tahap kesabarannya seakan2 tercabar.

  Pada waktu rehat, dia membeli semangkuk mi sup dan segelas air sirap limau. Memang itu menu yang akan dipilihnya pada setiap hari. Qiara duduk seorang diri di penjuru kantin sekolah. Dia mencuba untuk menyendiri. Dia tidak kisah sekiranya digelar kera sumbang. Bukan dia mahu, tapi keadaan yang memaksa.

  Sedang dia ralit menjamu selera, telinganya terdengar akan suara Faris, Adam, Nizam dan Haikal.

  "Ris, kau tengok minah kolot tu. Nak makan pun susah. Buat susah diri sendiri jer." Giat Adam.

  "Ha'ah la. Entah apa yang dia fikir pun aku tak tahu. Tapi, kita kena bersangka baik. Apa orang kata tu? Husnudzon.! Dia nak tunjuk alim la tu geng." Sampuk Nizam dengan nada sinis dan mengejek.

  Mendidih hati Qiara mendengarnya. Ada yang nak kena sembur ni. Bentak hatinya. Sabarlah wahai hati.

  "Dia tu memang aku tak boleh blah. Keluarga dia memang macam tu kot. Entah2, mak ngan ayah dia sentiasa berbungkus macam mayat." Faris selaku ketua dalam kumpulan tersebut mencelah.

  "Hahahahaha..."

  Tersentak Qiara mendengarnya. Ini sudah lebih. Dia cukup pantang kalau arwah mak dan ayahnya dikaitkan. Mak dan ayahnya sudah memberikan didikan agama yang cukup untuk menjaga dirinya. Jadi, dia cukup sayang akan emak dan ayahnya.

  "Hoi!!!" Bergegar satu kantin. Semua mata tertumpu kepada empunya suara.

  "Kau siapa nak kutuk mak ayah aku? Kau siapa? Kau ingat mak ngan ayah kau hebat sangat ke?" Habis hilang segala kelembutan dan keayuan pada dirinya saat itu.

  "Eh, kau Faris dengar sini aku nak cakap. Kau sebenarnya miskin! Memang kau banyak harta. Eh, salah! Mak bapak kau banyak harta. Tapi, hati kau busuk. Miskin dengan budi bahasa. Kau tak sepatutnya bangga dengan apa yang mak bapak kau ada. Entah2 mak bapak kau pun miskin dengan budi bahasa!" Dia berhenti sejenak.

  "Ni aku nak bagitahu kau. Mak bapak kau sebenarnya telah gagal. Mak bapak kau gagal mendidik kau menjadi seorang manusia! Kau tak ada hak nak cakap pasal mak ayah aku. Memang aku akui mak ayah aku bukan orang kaya. Tak ada harta macam mak bapak kau. Tapi mak ayah aku kaya dengan budi bahasa. Mereka tak pernah ajar aku untuk hina orang." Qiara menyeka air matanya.

  "Ohh...jadi kau fikir mak ayah aku ajar la aku untuk hina orang?" Faris menjadi bengang.

  "Kalau mak bapak kau tak ajar kau macam tu...bererti mereka sangat malang mempunyai anak macam kau." Sebelum berlalu, Qiara mendekati Faris.

  "Jangan kau fikir aku takde perasaan." Qiara pun berlalu.

  Pertama kali dalam sejarah gadis berpurdah itu mengamuk. Semua pelajar di kantin tersebut berbisik sesama sendiri. Faris dan kawan2nya saling memandang antara satu sama lain. Tanpa disedari, timbul dendam di hati Faris. Dia akan melunaskan dendamnya kelak. Itu tekad dia.

  Pada malam itu, Qiara berbaring di tempat tidurnya. Jam telah menunjukkan pukul 10.30 malam. Namun, matanya masih lagi segar bugar. Mak ngah dan pak ngah juga Faez sudahpun lena dibuai mimpi. Fikiran Qiara bercelaru. Dia memikirkan apa yang telah dia lakukan di kantin sekolah tadi. Semuanya berlaku di luar kawalan. Dia berasa sangat marah pada waktu itu.

  Qiara juga memikirkan apa yang telah diperkatakan oleh guru kokurikulum sekolahnya pada tengah hari tadi.

  "Perhatian kepada semua pelajar tingkatan 4, di sini cikgu ada satu pengumuman. Pada minggu depan, kamu semua dikehendaki mengikuti perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Perkhemahan ini percuma dan penyertaan adalah diwajibkan. Kita akan berkhemah selama tiga hari dua malam di kawasan perkhemahan sungai Tarong. Jika terdapat sebarang masalah, pelajar boleh berjumpa dengan cikgu sendiri. Baiklah, itu sahaja daripada cikgu. Pelajar boleh bersurai."

  Semua pelajar beredar setelah cikgu Hamid selesai membuat pengumuman. Nampaknya, semua pelajar kelihatan teruja. Tetapi, tidak bagi Qiara. Dia berasa sangat runsing.

  Vroommm...!!!

  Bunyi enjin motosikal di rumah sebelah mengejutkan Qiara daripada lamunannya. Fikirannya buntu. Akhirnya, dia berserah sahaja kepada takdir. Biarlah Allah yang menentukan segalanya. Qiara pun melelapkan matanya.

==========

Arae : Macam mana? ∆_∆ Okey tak. Kalau ada kurang sila komen yer...huhuhu

Fantasi Cinta Sufi'zzWhere stories live. Discover now