Bab 38: Sumpahan Menggunung

Start from the beginning
                                    

"Rumah macam ni pun... wujud ke?" soal Ikmal.

Betapa setiap inci dinding rumah kayu itu dipenuhi oleh gambar-gambar selfie dari kamera Polaraid, Semuanya berlatarkan dinding rumah kayu itu. Pada setiap gambar tersebut, terdapat angka yang ditulis dari darah. Ia bermula dengan sebuah gambar seorang gadis Causasians yang lengkap bergaun, yang sekadar tersenyum yang kelihatan dibuat-buat. Namun, Kamarul dapat menangkap sisa air mata yang sedang jatuh bergulung dari kelopak matanya. Gambar terakhir dengan angka 316 pula ialah seorang lelaki India yang wajahnya bersahaja merenung kamera. Di satu bahagian rumah kayu itu juga, terdapat sebuah tali gantung yang bersambung dengan siling kayunya.

"Gambar mamat dalam nombor dua ni... muka dia seiras kau," kata Ikmal.

Kamarul tidak memberi sebarang respon, tetapi sekadar merenung kepingan gambar yang tertampal pada dinding rumah kayu itu.

"Buku Catatan Kematian..." tutur Ikmal sambil duduk di atas sebuah kerusi besi yang sudah berkarat yang berhadapan dengan sebuah meja kayu yang terdapat sebuah buku nota panjang berserta sebuah kamera Polaris. Sebuah pen yang dakwatnya masih tidak habis tergeletak menanti masa digunakan oleh manusia.

"Buka buku tu..." arah Kamarul.

Ikmal membukanya. Di setiap penjuru helaian, terdapat darah yang menulis angka yang mungkin merujuk kepada pemilik gambar yang tergantung di siling dinding.

"Cynthia... nama dia Cynthia," gumam Ikmal.

Nama aku Cynthia. Aku adalah bakal orang pertama yang bunuh diri di sini. Aku dengar cerita hutan ini disumpah oleh kuasa setua lebih 400 tahun. Betapa kalau benar sumpahan itu wujud, betapa kalau ada kuasa jahat itu benar-benar wujud, aku mohon agar kematianku ini juga merupakan sebuah sumpahan kepada setiap mereka di Menggunung yang menjejakkan kaki ke bahagian hutan ini. Tidak akan ada yang mampu keluar hidup-hidup tanpa bunuh diri. Semoga suatu hari nanti, tiada penduduk Menggunung yang hidup!

-Cynthia, 1952-

"Kamera polaraid dicipta pada tahun 1942... kamera yang ada kat atas meja ni memang model kamera lama," kata Ikmal menunjukkan sisi technology geek jejaka itu.

"Selak... aku nak baca lagi kisah nombor dua. Lelaki Melayu dalam gambar ni..." Kamarul sedang berdiri, menatap sehelai gambar yang wajah

Nama aku adalah Kamarul. Cynthia ialah kisah hidup aku. Betapa selepas aku mendengar kisah dia menggantung diri dalam sebuah rumah kayu yang entah bagaimana boleh wujud di tengah-tengah hutan ini, aku tidak dapat mengawal diriku lagi. Betapa cinta kami dihalang oleh orang tua kami. Apakah kerana aku berbangsa Melayu dan Cynthia adalah seorang anak orang Inggeris, kami terhalang dari menyatukan kisah cinta kami? Malam itu, ketika tiket penerbangan untuk membawa Cynthia ke England, dia tidak mampu mengawal dirinya kerana kerinduan pada aku, akhirnya memilih untuk membunuh diri. Menggunung, kau tidak akan sesekali mampu memisahkan kisah cinta kami! Aku akan gantungkan diri aku ditempat yang sama Cynthia menggantungkan dirinya.

­-Kamarul, 1952-

"Kebetulan yang menyeramkan... nama kau dan dia sama..." ucap Ikmal sambil menoleh ke arah Kamarul.

"Selamat datang ke Hutan Menggunung. Saya Cynthia, akan membantu anda bunuh diri Kamarul..." tutur satu suara yang tiba-tiba muncul di belakang mereka. Betapa Ikmal dan Kamarul menoleh belakang, melihat Cynthia sedang berdiri dalam pakaian gaun dengan wajah yang pucat dan rambut kusut masai. Ketika itu, dihadapan perkarangan rumah kayu itu, kelihatan banyak kumpulan budak-budak sedang berdiri merenung penuh pengharapan ke arah Ikmal.

"Aku akan bunuh diri..." tutur Ikmal tiba-tiba. Tingkah lakunya terus berubah 360 darjah, tidak lagi mempunyai tingkah dan perwatakkan yang seninonim dengan dirinya, tetapi Ikmal kini sedang merenung kosong buku nota dihadapannya sambil memegang kamera polaraid lama yang sedang tergeletak di atas mejanya.

"Jangan Mal! Jangan bunuh diri kau!" Kamarul cuba menyentuh tubuh Ikmal, namun dia tercampak keluar dari rumah kayu itu.

"Awak akan menyertai budak-budak kecil itu, menjadi semangat hutan ini wahai Ikmal..." tutur Cynthia dalam pakaian gaunnya.

Ikmal spontan terus menangkap gambarnya, sekaligus keluar sekeping gambar foto yang memaparkan wajahnya yang langsung tidak mempunyai tanda-tanda, walau seperca emosi. Dia bangkit seperti robot lalu menampal gambar itu pada satu sudut ruang kosong. Ikmal kemudian menggigit ibu jarinya sehingga berdarah, lalu melukis angka 317 pada gambarnya.

"Tulislah... tulis isi hati kamu wahai Ikmal," suruh Cynthia. Ikmal mematuhi arahan tersebut seperti robot. Dia membuka helaian baru yang tidak bersentuh. Melukiskan angka 317 menggunakan darah di sudut buku itu. Pen disebelah buku tersebut diambilnya lalu Ikmal terus menulis.

Nama aku ialah Ikmal. Aku ialah orang yang paling genius disekolah aku. Aku punya akal yang tidak tertanding mana-mana pelajar lain. Namun, kelebihan aku ini dicemburui oleh semua. Betapa mereka mahukan kercedasan minda seperti aku. Namun, malang aku disekolah kelihatan seperti berpanjangan menuju ke rumah.

Aku anak tunggal daripada keluarga yang porak peranda. Ibuku ditinggalkan oleh ayah aku ketika aku lahir kedunia. Jadi, untuk menyaraku, Ibu terpaksa bekerja siang dan malam demi memastikan aku mendapat hidup yang sempurna seperti anak orang lain. Namun, aku mula sedar, dalam Ibu berjuang untuk keselesaan hidup aku, ibu terlupa untuk mencurahkan kasih sayang. Betapa aku merindui kasih sayangnya. 

Aku lebih rela tidur di tepi jalanan dari rumah teres dua tingkat ini kalaulah itu dapat membuatkan ibu kekal disisiku setiap malam, memelukku dalam hangat tubuh dan kasih sayangnya. Tapi...

Ikmal terus bergerak ke arah belakang rumah sambil menarik kerusi besi berkarat tadi lalu berhenti di bawah tali gantung yang sedang menanti bila-bila masa, dia meletakkan kepala dan lehernya pada tali gantung itu. Ikmal terus menyarungkan tali gantung tersebut pada lehernya, lalu menendang kerusi besi berkarat dibawahnya. Tubuhnya kini sedang terkapai-kapai di udara...

"Selamat menyertai kami... wahai semangat hutan yang baru!" gumam Cynthia.

Pintu rumah kayu itu terbuka dan kelihatan Kamarul sedang berdiri termengah-mengah sambil tubuhnya dipenuhi oleh garam-garam, seolah-olah dia baru sahaja bermandi garam sebentar tadi. Melihat tubuh Ikmal sedang tergantung di udara, terus Kamarul melompat dan menangkap tubuh itu daripada terus terseksa terjerut leher.

"Celaka ke atas kau wahai makhluk paling terkutuk!" teriak Kamarul sambil berusaha menanggalkan tali jerut yang sedang terikat pada leher Ikmal. Kemudian, tubuh Ikmal digendong dibelakangnya sambil dia memandang Cynthia dengan pandangan tajam.

"Kenapa... kau... tak bunuh diri... macam orang lain?" soal Cynthia yang tergamam melihat Kamarul yang seluruh tubuhnya dipenuhi oleh garam itu sedang melangkah meninggalkan rumah itu dengan penuh kecekalan. Keramaian kanak-kanak kecil yang sedang menunggu diperkarangan rumah itu beransur hilang, seorang demi seorang.

"Kawan aku... Megat dengan Sofea... ada dalam ni kan?" soal Kamarul.

"Kenapa... kau tak... bunuh diri macam... orang lain? Setiap manusia yang masuk ke dalam rumah itu, akan menerima sumpahan Cynthia..." tutur Cynthia yang kini sedang berdiri dihadapan Kamarul.

"Aku tak tahu. Tapi aku nak tahu, mana kawan-kawan aku yang lain. Diaorang ada... dalam ni?" soal Kamarul.

"Sekejap... wajah kau... sama macam... Kamarul?" soal Cynthia tergamam. Gadis yang dalam pakaian gaun putih itu cuba menyentuh wajah Kamarul, tetapi sentuhan itu telus. Serentak itu, jeritan Megat Azizan berkumandang dalam hutan itu menarik perhatian Kamarul.

"Sofea! Mana kau hilang?" tempik Megat Azizan dari kejauhan.

"Selamat tinggal... Cynthia," gumam Kamarul lalu melangkah pergi meninggalkan jelmaan Cynthia terpacak berdiri di situ, memerhati dari jauh Kamarul berjalan sambil mengendong setia tubuh Ikmal. 

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now