Bab 36: Hantu Kabus

Start from the beginning
                                    

"Jierah! Tunggu!" panggil Megat Azizan membuatkan Najirah yang berada didepannya menoleh ke belakang.

"Ada apa?" soal Najirah.

"Sofea..." gumam Megat Azizan.

"Kenapa dengan dia tu lagi?" teriak Najirah dari jauh.

"Awak... awak okey ke?" soal Megat Azizan. Sofea kekal menundukkan wajahnya, sambil kedua-dua tangannya menekapkan wajahnya. Megat Azizan memberanikan dirinya, mendekati Sofea. Dia cuba menyentuh tangan Sofea dan...

Sofea mendongak dengan rambut lurusnya yang sebelum ini sentiasa melindungi wajahnya yang berparut kebakaran itu terselak ke tepi, mendedahkan seluruh wajahnya. Tetapi bukan itu yang membuatkan Megat Azizan terkejut sebaliknya mata kanan gadis itu yang pupilnya keputihan, sedang mengalirkan darah yang sangat banyak, persis air mata.

"Mata awak..."

"Awak! Tolong... pergi dari sini! Benda tu... mata saya bagi amaran! Ada satu kuasa yang sangat kuat... tengah datang sini..."

"Kuasa apa?" soal Megat Azizan ketika pegangan tangan Sofea semakin erat.

Serentak itu, keadaan disekitar mereka mula diapit oleh kabus tebal, yang datang entah tiba-tiba. Tahulah Megat Azizan bahawa khabar angin yang disebarkan oleh laman web Dari Alam Lain tadi sudah mula menjadi kenyataan. Makhluk halus yang memburu dalam kabus tebal. Dalam masa yang sama, air mata berdarah yang keluar dari mata putih Sofea yang sentiasa terlindung disebalik rambutnya itu terus berhenti. Sofea mahu melepaskan pegangan tangannya, namun Megat Azizan pantas menggeleng.

"Jierah! Sini! Jangan sesekali jauh dari aku!" teriak Megat Azizan menyuruh Najirah yang berada empat atau lima langkah dihadapannya berpatah balik.

"Jierah! Tolong aku!" Suara Emmy menjerit ketakutan tiba-tiba bergema membuatkan Najirah yang sedang berjalan menghampiri Megat Azizan dan Sofea berhenti seketika.

"Emmy..." gumam Najirah sambil memandang ke arah kegelapan hutan yang sedang dipeluk oleh sang kabus yang muncul entah dari mana itu.

"Najirah! Tolonglah aku! Aku dah tak sanggup ni!" Suara Emmy bergema lagi membuatkan Najirah menoleh ke arah Megat Azizan sambil menggeleng.

"Maaf.... Aku kena selamatkan kawan aku!" tutur Najirah sebelum berlari meninggalkan Megat Azizan yang mahu mengejar langkah kaki Najirah. Namun, Sofea pula menggeleng.

"Awak... awak nampak sesuatu ke?" soal Megat Azizan. Tetapi, Sofea tidak perlu membalas soalan Megat Azizan itu apabila bunyi serigala melolong dari kejauhan.

"Serigala... jadian? Sejak bila Hutan Menggunung ada benda tu?" soal Megat Azizan sambil menoleh ke arah Sofea.

"Dalam buku sejarah pasal Pertempuran Menggunung 500 tahun yang lalu, tok batin yang berperang dengan pengasas Menggunung seru makhluk serigala jadian dari kegelapan untuk membantu mereka," tutur Sofea.

"Semuanya semata-mata nak melawan makhluk vampira dari Eropah tu?" soal Megat Azizan.

Namun, Sofea tidak sempat menjawab apabila sekali lagi bunyi lolongan serigala berkumandang pada malam itu. Sofea spontan memegang lengan Megat Azizan.

"Awak kalau nak tahu... bila baca catatan pasal Pertempuran Menggunung, semuanya bercakap tentang betapa tentera Menggunung berjumlah 3000 orang itu hampir dihabiskan ditangan para pendekar orang asli yang berjumlah dalam 100 orang sahaja. Tapi lepas hari ini, saya faham kenapa," gumam Sofea sambil melihat sekelilingnya.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now