Bab 35: Bunian Makan Orang

Start from the beginning
                                    

"Kau... kenapa patah balik?" soal Adilla.

"Tali... tali kita putus..." kata Izzat sambil menyuluh ke arah tali yang sedang longlai di belakangnya.

"Aku nak patah balik... nak laporkan pada abang Farid... lepas tu aku jumpa korang dua!" kata Izzat.

"Lebih baik sebelum banyak yang sesat dalam hutan ni sebab tali putus," kata Adilla pula sambil mengangguk. Mereka bertiga mula berpatah balik. Izzat memperlahankan langkah kakinya memandangkan Adilla terselih kakinya. Namun, ketika mereka semakin melangkah, namun jalan keluar dari hutan itu langsung tidak kelihatan. Tanpa tali yang menjadi pembimbing mereka di dalam kegelapan, betapa mungkin mereka sudah kesesatan kerana sudah 15 minit mereka berjalan, namun mereka seolah-olah sudah menapak jauh ke dalam hutan. Bahkan demografi hutan disekitar mereka juga turut berubah. Akhirnya, mereka bertiga terduduk kepenatan.

"Serius kau tak ingat langsung jalan balik tadi?" soal Adilla.

"Aku ingat... tapi tak tahu macam mana boleh jadi macam ni..." kata Izzat.

"Izzat... saya... takut..." tutur Emmy tiba-tiba.

"Aku pun. Tapi jangan risau... dengan izin ALLAH, kita boleh keluar dari sini..." kata Izzat cuba menenangkan Emmy.

"Lepas ni, aku papah kau pulak!" kata Izzat pada Adilla.

"Kenapa?" soal Adilla dan Emmy serentak. Adilla tidak puas hati apabila Izzat mahu jadi knight in shining armor manakala Emmy mungkin dari rasa cemburu kerana selepas ini, dia bakal menyaksikan Adilla dan Izzat lebih rapat dalam hutan itu.

"Aku kesiankan Emmy. Semput dia dok papah kau! Nanti dia pulak yang terseliuh, susah aku nak jaga kau orang berdua," kata Izzat. Selepas itu, dia bangkit sambil membersihkan belakang seluarnya.

"Aku belum habis rehat lagi..." adu Adilla.

"Kena cepat carik jalan keluar dari sini atau kita jadi mangsa. Kau tahu kan... keturunan 4 pengasas Menggunung?" Izzat tiba-tiba membangkitkan soal itu membuatkan Adilla terdiam. Untuk seketika, dia membisu sebelum dia mengangguk. Dia menghulurkan tangannya kepada Izzat, menunggu untuk disambut oleh Izzat membantunya berdiri.

"Kau busuk," kata Adilla sebaik sahaja dia sedang memegang lengan Izzat membuatkan Izzat ketawa kecil.

"Sebab aku berpeluh. Kau pun apa kurangnya," kata Izzat yang kali ini membuatkan Adilla ketawa kecil. Izzat terus setia memapah Adilla melangkah sambil mereka berdua berkongsi gurauan sebelum ketawa. Betapa babak manis Izzat dan Adilla, membuatkan Emmy semakin menjarakkan diri dari mereka.

"Sekejap... ada rumput sikit dekat pipi kau," kata Izzat ketika Adilla ketawa.

"Tolong," suruh Adilla lalu Izzat terus mencabut rumput daripada pipinya.

"Mesti sebab kau jatuh tadi. Lupa aku nak tanya, macam mana kau boleh jatuh tadi?" soal Izzat.

"Entah... aku nampak lipan tadi ikat satu pokok ni. Aku hampir terpegang lepas tu aku terlompat dan... aku terjelopok jatuh. Sikit jer nak jatuh gaung tadi," kata Adilla. Izzat terus ketawa besar.

"Kenapa kau ketawa?"

"Adilla.... Singa Adrujha takut lipan? Serius... saintis kena buat ekosistem baru. Lipan kena duduk atas rantai makanan daripada Singa!" Izzat terus mengusik manakala Adilla sudah mula menarik muka.

Emmy yang memerhati dari belakang sekadar tersenyum, namun kelihatan dibuat-buat. Senyuman yang lebih nampak seperti herotan kecil di wajahnya. Emmy sedang menyakinkan dirinya bahawa dia gembira dengan rapatnya Izzat dan Adilla di hadapannya. Mungkin ketika dirinya hilang, menukar dirinya sebagai galang ganti untuk keselamatan Izzat, Izzat dan Adilla yang dalam misi yang sama menyelamatkannya telah membentuk sebuah ikatan yang membuatkan pasangan itu menjadi rapat. Separuh dirinya gembira dengan perkembangan itu, namun entah kenapa separuh jiwanya pula sedang menjerit kesakitan. Ada suara jahat membisikkannya. Seharusny Izzat fokus terhadap dirinya. Dia sanggup berkorban segala-galanya untuk Izzat, hatta nyawanya. Mengapa Adilla pula yang memperolehi perhatian daripada lelaki itu? Emmy tiba-tiba pantas menggeleng, menghalau fikiran jahat yang datang tiba-tiba benaknya.

"Kalau Izzat happy... aku pun kena happy!" tutur Emmy menyakinkan dirinya. Dan kemudian, terasa sesuatu mengenai belakang kepalanya. Untuk seketika, Emmy menoleh dan kelihatan seorang lelaki tua dengan rambut uban yang tumbuh di tepi telinganya, manakala sebahagian daripada kepalanya botak sedang berdiri dengan cangkul di tangan. Mata Emmy mula kuyu. Pandangannya beransur hilang. Dia mahu menjerit memanggil nama Izzat dan Adilla, tetapi betapa dia kini sedang terbaring, beransur-ansur pitam dan pengsan. Kali terakhir yang disedarinya ialah tubuhnya diseret di atas lantai hutan.

"Izzat... aku rasa kaki aku dah mula bengkak... boleh tolong bukakkan kasut aku?" pinta Adilla tiba-tiba. Izzat mengangguk lalu membantu Adilla untuk duduk di atas lantai hutan. Dia melutut lalu memeriksa kedua-dua kaki Adilla.

"Kaki kanan kan Adilla?" Adilla mengangguk.

"Aku bukakkan?" Adilla mengangguk lagi.

Dengan perlahan-lahan, tali kasut Adilla dibuka oleh Izzat. Kasut itu mula ditanggalkan dari kaki Adilla. Bunyi Adilla mengaduh kesakitan sekadar menerbitkan senyuman kecil di wajah Izzat. Ya, memang benar sangkaan Adilla. Kakinya sudah mula membengkak.

"Bengkak teruk... aku rasa aku kena gendong kau... tak boleh jalan. Kau okey kan?" kata Izzat.

"Gendong aku?" tutur Adilla. Izzat sekadar mengangguk.

"Naik ke belakang aku. Kau pegang kasut kau," kata Izzat yang kini sudah mula duduk bercangkung membelakangkan Adilla. Dengan berat hati, Adilla mematuhi dengan patuh. Izzat terus mengendong gadis itu sambil berjalan meredah kawasan hutan.

"Terima kasih tau..." bisik Adilla.

"Kau kawan aku... aku nak tolong kau!" kata Izzat.

Mereka berdua terus berjalan sebelum menyedari sesuatu.

"Emmy... mana?" soal Adilla.

Izzat terus berpusing belakang dan Emmy tidak sudah tidak kelihatan di belakangnya. Serentak itu juga, belakang kepala Adilla dan Izzat diketuk oleh sesuatu. Dunia disekitar mereka berputar aneh. Kepala terasa pening sebelum Adilla dan Izzat tumbang di atas lantai. Izzat masih sedarkan diri, tetapi entah kenapa dia kini tidak mampu mengerakkan tubuhnya. Adilla pula sudah pitam sepenuhnya.

"Makanan aku... makanan aku..." tutur lelaki tua itu yang berpakaian seperti pakaian uniform tentera British ketika zaman Perang Dunia Kedua. Dia terus mencapai tubuh Adilla dcan Izzat lalu didukung seperti guni.

"Ayah bawak makanan... hehehehe... ayah bawak makanan!" tutur lelaki itu lagi lalu terus melangkah. Tidak lama dari kedudukan itu, betapa lelaki tua itu membawa mereka yang tidak sedarkan diri itu memasuki ke sebuah rumah kayu setinggi tinggi tingkat yang dipenuhi oleh pagar yang dipenuhi dengan kepala-kepala manusia.

"Sayang... abang dah balik! Jasmin! Ayah bawak balik makanan!" teriak lelaki tua itu lalu mengetuk-ngetuk pintu rumah kayu itu. Pintu rumah terbukar sebelum seorang wanita tua dan juga seorang gadis yang seusianya sedang berdiri. Si perempuan dalam kebaya lama manakala si gadis pula dalam baju kurung yang penuh dengan tompokan darah.

Selepas itu, Izzat terus tidak sedarkan diri dan dia akhirnya mula membuka mata ketika dia sedang berada di atas sebuah kerusi, di mana kedua-dua tangannya terikat pada kerusi itu. Adilla dan Emmy berada di tempat duduk yang lain, yang sama sepertinya, sedang mengapit sebuah meja makan yang penuh dengan makanan yang sudah busuk. Terdapat nasi yang bercampur dengan ulat-ulat kuning. Ayam panggang di satu sudut meja itu pula sudah busuk, mendatangkan ribuan lalat yang menghurungnya.

"Abang! Makanan kita dah bangun! Abang!" teriak wanita tua yang sedang berada di dapur tidak jauh dari lokasi itu. Di hadapan Izzat ialah gadis yang sebaya dengannya yang kini sedang memegang garfu, merenung tajam ke arah Izzat.

"Selamat datang... selamat datang... makan kenyang-kenyang makanan yang kami letakkan kat atas meja ni. Biar perut penuh baru boleh panggang kau hidup-hidup!" ucap lelaki tua yang menangkap mereka yang tiba-tiba muncul di belakang Izzat. Dia terus mencapai sebuah pinggan ayam panggang yang sudah mereput lalu mematahkan bahagian peha ayam panggang itu dan menyumbat terus ke dalam mulut Izzat.

"Arghhh... aku tak naklah bodoh! Aku tak nak!" teriak Izzat sambil dia cuba sedaya upaya untuk melepaskan dirinya dari kerusi kayu itu. Namun kekuatan lelaki tua itu lebih kuat daripadanya dan akhirnya, dengan tekak penuh loya dan perut yang sedang memproses ribuan muntah yang bila-bila masa sahaja bakal diluahkan, dia terpaksa menelan ayam yang baru sahaja disumbat ke dalam perutnya. 

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now