"Ke...napa?" soal Ikmal.

"Shyyy.." tutur Megat Azizan lalu bergerak perlahan ke arah tingkap, dia membuka sedikit tingkat melalui jeriji yang dipasangkan. Emmy disebelah pula menyingkap langsir yang sedang menghalang pemandangan mereka.

"Histeria?" ucap Emmy spontan.

Ya, barangkali terjadinya histeria dalam dorm perempuan. Beberapa kaum perempuan mula menjerit seperti orang gila, seolah-olah melihat sesuatu yang menakutkan sedang berdiri di hadapan mereka. Mereka menggeleng-geleng, menendang-nendang kosong ke udara, malah ada yang mula menangis. Tidak lama kemudian, Adilla muncul bersama dengan Mufarwa Farid dan beberapa fasililator yang lain.

"Kau kena ke sana sebelum diaorang sedar yang kau tak ada dalam dorm..."

Emmy mengangguk sambil beredar dari situ.

"Kita kena kembali ke dorm kita..."

Megat Azizan bergerak sesenyap mungkin, mengetuai Ikmal dan Kamarul, menyelinap dari belakang dorm tersebut, menuju terus ke arah kawasan dorm lelaki. Namun, ketika dalam perjalanan, betapa jeritan, tangisan bahkan hilaian tawa yang datang daripada dorm perempuan semakin kuat berdendang, menandakan bahawa histeria sedang berjangkit.

"Awak..." panggil seseorang membuatkan langkah kaki Megat Azizan terhenti disitu. Dia terus menoleh belakang dan kelihatan Sofea sedang berdiri dalam pakaian tidurnya. Dia kelihatan takut-takut.

"Macam mana... awak tahu..."

"Saya nampak awak menyelinap keluar dari belakang dorm perempuan..."

"Saya boleh jelaskan... saya tangkap budak dua orang ni cuba mengintai...."

"Apa?" Kamarul tidak percaya apabila Megat Azizan pantas menjadikan dia dan Ikmal sebagai kambing hitam. Megat Azizan sempat menghadiahkan jelingan pada Kamarul, menyuruhnya supaya memainkan peranan dalam rancangan bodoh Megat Azizan itu.

"Tak... tak... saya kena paksa dengan si Ikmal ni... dia yang angkara..." Ikmal terlopong apabila Kamarul melemparkan beban tuduhan ke atas dirinya.

"Saya tahu," bisik Sofea sambil menunduk.

"Celaka apa kau tahu. Aku tak buat apa-apa!" Ikmal separuh menjerit, tetapi agak tenggelam dengan bunyi histeria yang sedang berkumandang dari dorm perempuan.

"Saya tahu apa yang awak buat dengan Emmy. Saya boleh nampak," kata Sofea.

"Sixth sense?" soal Megat Azizan, tidak percaya.

Sofea mengangguk sebelum menyambung.

"Sejak kebakaran hari itu, sejak separuh wajah saya melecur, saya dapat bala ni..."

Sofea tidak dapat menghabiskan kata-katanya apabila kelihatan dari belakang mereka, kumpulan pelajar lelaki sedang berlari dalam pakaian tidur mereka. Mungkin bunyi histeria yang sedang datang dari dorm perempuan menarik perhatian mereka. Kelihatan dari belakang, Izzat sedang menjerit memanggil pelajar lelaki yang sedang menuju ke arah dorm perempuan berpandukan perasaan ingin tahu mereka. Izzat berhenti menjerit apabila melihat Megat Azizan, Ikmal, Kamarul dan Sofea sedang tercegat berdiri di tengah-tengah lapangan.

"Kau... buat apa kat sini?"

"Aku..."

"Kami...

Megat Azizan, Ikmal dan Kamarul hilang kata-kata.

"Saya minta tolong diaorang! Ada sesuatu yang jadi kat dorm sana!" Sofea pantas memintas.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now