65 | lost

16.9K 852 174
                                    

"Have you ever just randomly started crying because you've been holding in all of these emotions and pretending to be happy for way too long?"

🌸


Gagal. Janji yang dimeterai itu musnah begitu sahaja. Hanya ditinggalkan menjadi omong kosong sahaja.

Di depan mata nya sendiri, tubuh kecil itu jatuh tergolek dari anak tangga pertama hingga lah yang terakhir.

Tak dapat dibilang oleh jari berapa banyak kali tubuh itu terhempas diatas tangga keras itu.

Bagai nak gugur jantung nya apabila senang sahaja tangan yang cuba diraihnya itu ditarik jauh. Harapan untuk menghalang Aileen dari jatuh musnah disebabkan Danial.

Tanpa rasa perikemanusiaan langsung, tubuh Aileen disepak. Tendangan kuat itu membuatkan Aileen tak dapat bertahan lagi sebelum jatuh.

Dengan langkah kaki yang perlahan, Syameer menapak turun mendapatkan tubuh Aileen yang tersadai di depan anak tangga terakhir.

Danial membiarkan sahaja. Diri nya terlalu sibuk ketawa. Lucu rasanya apabila melihat Aileen jatuh sebentar tadi. Puas sungguh hati nya.

"Aileen Kirana." Bergetar suara nya memanggil nama itu. Nama isteri nya. Nama yang selalu bertakhta di hati nya.

Tubuh Aileen yang terkulai lemah itu dimasukkan ke dalam pelukan nya. Diriba nya. Ditilik nya setiap inci wajah Aileen yang memerah.

Dipukul beberapa kali pipi gebu itu, mengharap Aileen akan sedar dan memanggil nya.

Antara ketakutan terbesar Syameer kini muncul. Jemari halus yang terkulai layu itu membuatkan dia terkedu. Diri nya tak kuat. Benteng nya runtuh.

Syameer menangis. Buat pertama kali, diri nya menangis disebabkan Aileen. Adakah Aileen betul-betul dah pergi meninggalkan diri nya?

Ya tuhan aku tak kuat.

"Syameer Anaqi." Lemah sahaja suara itu memanggil. Makin galak air mata Syameer keluar. Aileen masih mampu bersuara, mampu untuk tinggal di sisi nya lagi.

"Kenapa nangis ni ha?" Soal Aileen. Air mata Syameer yang jatuh pada pipi nya dikesat perlahan.

Gadis itu keliru. Apa yang dah jadi sebenarnya ni. Dan kenapa anggota badan nya tak boleh bergerak dengan baik. Hanya tangan nya sahaja yang berfungsi.

"Sayang." Dipeluk dengan erat tubuh Aileen oleh Syameer. Bagai tidak mahu dipisahkan lagi. Dicium beberapa kali dahi Aileen.

"Saya-" Belum sempat menuturkan ayat nya. Terada ada cecair hangat mengalir di muka nya. Darah. Darah mula keluar dari hidung nya.

Serentak dengan itu juga perut Aileen terasa amat sakit. Berkerut gadis itu menahan sakit. Namun terlepas juga rintihan nya.

Perut nya terasa sakit sangat. Bagai ada beribu pisau yang menghiris perut nya sekarang ini. Bagai ada seseorang menendang perut nya beberapa kali.

"Sya...syameer." Terketar Aileen memanggil nama itu. Air mata nya keluar. Tak tahan dengan kesakitan yang dirasakan.

Sebelah tangan memegang perut nya manakala sebelah tangan lagi menarik kuat hujung baju Syameer.

Membulat mata Syameer apabila seluar yang dipakai Aileen dah basah dengan darah merah pekat. Diri nya juga turut terkena tempias darah tersebut.

Panik. Satu perkataan yang menggambarkan situasi sekarang ini. Syameer tak tahu apa yang dia patut. Rintihan Aileen. Darah merah yang tumpah. Diri nya tak kuat. Otak nya tak mampu berfikir.

his little princess | √ Where stories live. Discover now