39 | forget

11.6K 835 193
                                    

"It is even hard to be a loyal person?"

🌸


Kafeteria sekarang ini dibanjiri dengan semua pengawas yang sedang menjamu selera bagi mengenyangkan perut masing-masing.

Sesekali ada diantara mereka yang bergelak sampai bertepuk bertampar, mungkin disebabkan sesi persekolahan bermula ada sahaja benda yang nak dihebohkan tidak bukan.

"Meer! Sinilah makan sekali!"

Hilman memanggil rakan baik nya itu apabila melihat Syameer yang baru saja sampai ke kafeteria itu. Dapat dilihat dari air muka jejaka itu yang kelihatan tersangat gembira macam baru menang loteri.

Syameer membeli makanan dulu sebelum dia duduk di meja bersama Hilman dan Farhan.

"Aik yang kau ni macam happy semacam je, kenapa?" tanya Farhan, air mineral sejuk itu diteguk.

"Aku rasa aku baru je nampak bidadari tadi." Hilman yang mendengarnya mengangkat-angkat kening nya beberapa kali.

"Wush siapa?" Farhan yang mendengarnya tak selesa. Pelbagai soalan bermain di minda nya.

Adakah Syameer sudah lupa tentang status nya sekarang ni?

Apa yang membuatkan hati nya makin tak keruan ialah bila Hilman seakan-akan menyokong perasaan Syameer ketika ini. Siap bagi tips lagi macam mana nak pikat gadis itu.

"Wey korang, aku pergi dulu tau." Ujar Farhan lalu berlalu pergi ke tempat bertugas nya.

Dia ditugaskan untuk berjaga di sekitar luar kafeteria iaitu di kawasan taman. Dua ekor makhluk tadi seakan tidak perasan bahawa Farhan sudah meninggalkan mereka.

"Nama dia Wajiha Irdina bertudung and bercermin mata, comel doh."

"Wait, Wajiha Irdina?"

"Yes, why?"

"Aku kenal dia. Dulu dia sekolah rendah dengan aku."

"Yeke? Dia macam mana orang nya." Hati Syameer makin teruja apabila mendengarnya. Makin senang lah kerja nya untuk berkenalan dengan gadis tersebut.

__ __ __

Aileen yang berdiri di depan loker nya sesekali akan mengerling kearah jam tangan hitam yang dipakai nya. Orang yang lalu lalang dipandang dengan satu senyuman di bibir sedangkan dia sedang berada dalam keadaan yang risau ketika ini.

Sudah hampir 30 minit dia menunggu di koridor yang dipenuhi dengan lokar itu. Sewaktu guru melepaskan dia untuk keluar rehat, Aileen berkepit sahaja dengan telefon nya untuk mengetahui keberadaan Syameer sekarang ni.

Pelawaan rakan pengawas yang lain untuk keluar rehat bersama ditolak dengan baik. Bagus, bagus. Isteri kat sini risau dengan keadaan suami. Tapi suami kat sana pulak nak menggatal dengan perempuan lain.

Perut aileen mula berbunyi nyaring, kring! Saat itu jugaklah bunyi loceng menandakan rehat bagi pelajar biasa bermula.

Gadis itu mengeluh kecil, tak sempat dah kalau dia mahu membeli makanan sekarang. Waktu rehat pengawas telah berakhir dan sekarang merupakan masa untuk bertugas.

"Sabar eh perut. Balik sekolah ni kita makan banyak-banyak, sampai gemuk!" gumam Aileen sendiri.

Dia mula melakukan tugas nya iaitu meronda di sekeliling dan memerhatikan semua pengwas yang lain bertugas.

his little princess | √ Where stories live. Discover now