22 | broken

14.9K 1.2K 13
                                    

"I act like I don't care, but deep inside it hurts a lot."

🌸

"Dahlia sedar tak, apa yang Dahlia dah buat tadi? Naz tahu apa yang dia cakap tu salah tapi Dahlia tak patut tampar dia macam tu." Ucap Dato Nazman apabila keadaan menjadi agak reda.

Datin Dahlia meraup muka nya kasar. Wanita itu menarik nafas panjang sebelum berkata.

"Tapi Naz, Dahlia tak pernah terdetik langsung kat hati yang Dahlia gembira bila Syed pergi." Sungguh dia terasa dengan apa yang dikata oleh anak gadisnya. Siapa yang akan gembira kalau lelaki yang kita amat cintai mati?

"Sabar Dahlia, dia masih belum sedia untuk tahu kebenaran nya. Biar Aileen tenang dulu Dahlia. Give her some time." Pujuk Dato Nazman walaupun lelaki tu kelihatan tenang.

Sebenarnya dia berasa agak kecewa dengan kenyataan Aileen yang menyatakan bahawa dia lah dalang dalam kes pembunuhan Dato Syed. Abang kandung dia sendiri!

"Tapi Dahlia tak sanggup tunggu lebih lama Naz nyawa Aileen dalam bahaya sekarang ni. Kita kena jalankan rancangan tu sekarang jugak."

Aileen masih bersandar di depan pintu. Dia menyeka air mata nya yang dah mulai kering. Hati nya terasa dihiris-hiris oleh pisau yang tajam.
Perlahan-perlahan dia bangun dan menuju ke katil.

Kaki terasa agak kebas setelah agak lama duduk. Badan disembamkan ke katil. Aileen terasa seperti hendak menangis lagi tapi air mata nya betul-betul dah kering.

Ting, ting, ting! Bertubi-tubi notification masuk, pandangan mata Aileen jatuh ke arah telefon nya yang berada diatas kabinet sebelah katil. Otak nya betul-betul berada dalam keadaan yang bercelaru.

Dia dah tak kisah dengan perihal Dato Nazman sementara ini.

Pergi mampus! I don't even care about that damn old man!

Berkerut dahi nya apabila ada satu pesanan voicenote dari satu nombor yang tidak dikenali. Walaupun ragu-ragu, Aileen menekan voicenote tersebut.

"Jadi rumour tu betul ke?" Soal satu suara di dalam rakaman suara tersebut. Aileen cuba mengenal pasti kepunyaan siapa suara tersebut. Rasanya dia kenal suara itu.


"Kalau betul pun ada masalah ke? Ada kacau hidup kau?" Dingin suara satu lagi membalas.

Ketika ini Aileen sedar bahawa rakaman suara ini merupakan satu perbualan antara Hilman dan Syameer. Persoalan nya sekarang, kenapa rakaman ini dihantar kepada nya?

"Masalah? Masalah kau tanya aku? Kau tunang orang Syameer! Apa kau rasa Aileen akan buat kalau dia tahu tentang hal ni?!" Marah Hilman.

Dia kesal dengan perbuatan Syameer yang memberikan sinar harapan buat Aileen. Apa dia tak sedar betapa rapuh nya hati seorang perempuan. Macam mana agaknya reaksi Aileen kalau tahu tentang hal ini?

Berderau darah Aileen apabila mendengar perkataan tunang tersebut. Butir-butir air mata mula jatuh. Tangan memegang dada yang terasa amat sesak.

Tak sangka inilah status sebenar Syameer selama ini. Inikah rahsia tentang kisah lalu nya yang disimpan selama ini. Inikah sebab jejaka itu meminta maaf tempoh hari?

his little princess | √ Where stories live. Discover now