54 | hell

9.9K 786 92
                                    

"You never apologize to me for hurting me, but I apologized to you twelve times for being angry about it."

🌸

Aileen terbangun apabila terasa ada cahaya samar-samar yang mengganggu tidur nya.

Kepala nya masih pening mungkin kerana kesan ubat tadi masih ada. Dan tidak lupa juga dengan dahi nya yang bengkak akibat terhentak pada lantai.

Kereta yang meluncur laju melewati kawasan hutan dan keadaan sekeliling yang gelap membuatkan gadis itu ketakutan. Mata nya beralih pula pada kawasan tempat pemandu.

Syameer? Tak bukan, Qayyum Haikal.

Perkara kacau bilau tadi bermain di fikiran nya.

Mama!

Imej Tengku Dahlia yang terkulai lemah dengan keadaan berdarah terlayar, perasaan risau menyerbu diri nya.

Gadis itu mula bertindak, dia dapat rasakan bahawa Qayyum tidak perasan yang dia sebenarnya telah terjaga.

Baru sahaja tangan nya cuba naik untuk mencengkam tangan jejaka itu yang sedang memandu, kereta itu tiba-tiba sahaja brek secara mengejut menyebabkan Aileen hampir terdorong ke hadapan.

Qayyum cepat bertindak dengan menyambut tubuh gadis itu lalu dicampak kan ke tempat duduk belakang semula.

"Morning sweety. Do you enjoy your sleep?" soal nya.

Apabila perasan yang sebenarnya kereta itu tidak bergerak, Aileen mengambil peluang untuk membuka pintu tapi gagal.

Shit! Dia dah kunci pintu ni!

Jejaka itu tergelak melihat tindakan Aileen. Takde jalan keluar dah. Gadis itu dengan berani nya menyerang Qayyum namun jejak itu lebih pantas bertindak dengan mencengkam ketat leher Aileen.

"I already said right? You are already lose honey. Jauh lagi perjalanan kita ni so..."

Pegangan pada leher gadis itu dikuatkan lagi. Aileen dah merintih kesakitan, air mata nya keluar.

"You need to go to sleep back." Jikalau berada dalam keadaan tak sedar, senang untuk jejaka itu meneruskan perjalanan tanpa ada sebarang halangan.

Lagi-lagi dengan gadis yang tidak mudah mengalah seperti ini. Hidung dan mulut Aileen ditekup sekali lagi dengan kain putih.

Setelah memastikan bahawa gadis itu betul-betul telah pengsan, barulah dia membawa kereta yang tadi yang berhenti secara mengejut di tengah jalan.

Nasib baik je, takde kereta lain disitu. Pengacau dah takde, jadi dia boleh membawa kereta dengan tenang sambil bersiul kecil.

__ __ __

"Jangan datang dekat." Bantal itu dibaling kearah jejaka yang cuba mendekati nya yang sedang duduk di atas katil. Aileen tak tahu hendak buat apa.

Dengan diri nya yang terperangkap di dalam bilik asing serta kehadiran seorang jejaka berwajah serupa dengan Syameer yang menggelarkan diri nya sebagai Qayyum Haikal.

Dan apa yang lebih mengejutkan lagi, jejaka yang baru ditemui beberapa jam yang lepas atau semalam telah menculik nya.

"Ouch, you think a pillow can make me stop?"

Sinis kedengaran jejaka itu membalas, dia tidak berganjak dari berjalan menuju ke Aileen yang kelihatan amat ketakutan sekarang ini. Di tangan nya terdapat satu kunci perak.

his little princess | √ Where stories live. Discover now