29 | pool

15K 1K 19
                                    

"There are always room for second chances."

🌸


"Bangun Aileen, takpe uncle faham sayang. Dah-dah bangun sekarang." Dato Nazman cuba untuk menyuruh Aileen bangun dengan memegang bahu gadis itu tapi Aileen tetap tidak berganjak dari lantai itu.

"Maafkan Aileen uncle." Tersedu-sedan dia meminta maaf. Habis basah hujung seluar lelaki itu. Datin Dahlia terus menarik anak gadis nya itu ke dalam pelukan nya.

"Dah lah tu sayang. Semua ni bukan salah Aileen. Mama yang tak bagitahu hal sebenar kat kamu." Pujuk Datin Dahlia, tangan ligat mengusap rambut Aileen.

Sarah dan Syameer hanya mampu melihat adegan itu, tak mampu buat apa-apa sebab berada dalam keadaan yang kekok, amat kekok. Mereka terdiam sambil memerhatikan sahaja hal yang berlaku.

"Shuhhh, dah pergi bangun sekarang. Pergi kat kolam sana, cepat." Sarah berbisik kepada Syameer.

"Ha? Buat apa nya pergi sana?" Soal jejaka itu.

"Alah, pergilah sana buat-buat merajuk. Kamu kan suka kena pujuk-pujuk ni kan? Pergi sana, nanti Aileen pergi pujuk kamu."

Pandai jugak kakak aku ni! Aku pun nak buat drama gak kat sini.

"Bagus idea kakak." Kata Syameer lalu buat thumbs up.

Jejaka itu bangun, wajah dingin dipamerkan. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia lalu berjalan kearah sliding door.

Pintu itu dibuka dengan agak kasar sengaja nak menarik perhatian Aileen untuk melihat ke arah nya. Kolam yang terbentang luas itu dipandang sambil menunggu kehadiran gadis itu.

Hebat juga lakonan aku ni.

Aileen tersentak, dipandang nya sekilas susuk tubuh Syameer yang pergi ke kolam renang halaman belakang. Gadis itu bangun lalu turut ke belakang.

Sarah dah buat thumbs up pada Dato Nazman dan Datin Dahlia. Mereka juga turut membuat sign tu. Tersengih-sengih mereka jadinya. Rancangan pertama selesai.

"Awak, please forgive me." Ucap Aileen, dia menghadap tubuh badan Syameer yang berdiri membelakangi nya.

Tapi jekaka itu senyap dan tidak menjawab apa-apa. Makin sedih gadis itu dibuatnya. Dia menyesal sangat dengan apa yang terjadi.

"Awak~" meleret suara itu memanggilnya. Bergetar jiwa Syameer apabila mendengarnya.

Tanpa ada segan yang ditemani dengan silu, Syameer merangkul tubuh kecil Aileen dan acah-acah nak jatuhkan dia kat kolam renang itu. Tangan melingkar pada pinggang gadis itu. Sebelah tangan lagi memegang bahu Aileen.

"I will not forgive you." Dingin Syameer berkata. Setitik air mata Aileen jatuh apabila mendengarnya.

Jejaka itu lalu mengelap air mata itu menggunakan jari nya. Gadis itu terkedu. Tak percaya dengan kelakuan Syameer sebentar tadi.

"I will not forgive you because kau takde buat apa-apa salah langsung. Kau dah simpan keperitan tu terlalu lama." Ucap jejaka itu, dia lalu mengelap titisan air mata Aileen yang terakhir.

"Dah jangan nangis, tak comel dah." Mata nya merah dan bengkak akibat terlalu kuat menangis. Aileen tergelak apabila mendengarnya.

"Kalau awak dah tak marah, boleh tak lepaskan saya sekarang. Tak elok kalau orang lain tengok." Terasa diri seperti dicabar, Syameer lalu menurunkan lagi badan Aileen ke permukaan air itu.

his little princess | √ Where stories live. Discover now