41 | lust

12.2K 904 111
                                    

"Don't play with words."


🌸


'Awak tu keluar dengan si Wajiha tu boleh lah pulak.' Aileen seperti hendak berkata begitu pada Syameer.

Tapi entah kenapa otot-otot bertindak lain dengan menunduk. Memandang lantai kosong itu. Langsung takde keberanian untuk melawan cakap suami nya itu.

"Kenapa, terkejut? Keluar dengan lelaki lain, siap cubit-cubit pipi lagi. Mana maruah awak sebagai isteri orang hah?" Aileen masih menunduk memandang lantai.

Tubir mata nya bergenang. Tajam, sungguh tajam kata-kata yang keluar itu macam kata-kata itu sedang menghiris hati nya sekarang ini.

"Aik, takkan dah bisu pulak?" Soal Syameer dengan senyuman sinis apabila melihat isteri nya itu sekadar mendiamkan diri.

Syameer menolak dagu Aileen menggunakan jari nya. Bersatu erat mata mereka. Memandang satu sama lain.

"Awak isteri saya, hak saya. Saya tak suka awak keluar dengan lelaki lain dekat belakang saya. So behave Aileen Kirana. You are my wife." Kata Syameer sebelum dia melangkah pergi.

Keadaan di bilik itu menjadi lebih tegang apabila Aileen tiba-tiba sahaja menghalang suami nya itu pergi dengan mendepakan sebelah tangan nya.

"Awak cakap saya sedangkan awak pun sama! Kalau awak boleh marah saya sebab hal ni. Saya pun boleh jugak."

Gadis itu melangkah keluar dari bilik. Syameer kelihatan agak keliru ketika ini termasuklah juga dengan anda yang sedang membaca ini tidak bukan?

Aileen masuk semula ke dalam bilik. Pintu itu dihempas dengan sekuat hati sama seperti Syameer lakukan sebelum ini. Ibarat dia melepaskan segala kemarahan nya pada pintu yang tak bersalah itu.

"How was your day, oppss! My bad. It was not only a day." Ada nada mengejek di dalam suara nya. Tangan siap menutup mulut nya apabila dia tersalah cakap.

"I mean, how was your everyday or should I say your Monday, Tuesday, Wednesday and Thursday with other girl, husband?" Kedengaran sungguh sarkastik ayat itu. Syameer terkedu apabila mendengarnya.

"Saya tak tahu kenapa saya tengok je awak curang depan mata saya. Awak tak tahu malu ke? Saya dah buat keputusan untuk pertahankan hak saya. Macam yang awak cakap tadi, saya hak awak kan? Bukan ke tu maksud nya awak tu hak saya jugak? The best thing that I can do is bagitahu perempuan tu tentang status kita yang sebenar." Bulat mata Syameer jadinya.

"Don't you dare tell her about our status!" Segala penat lelah nya selama ini untuk memikat hati gadis itu akan menjadi sia-sia jika hal ini terbongkar. Dia tak boleh biarkan semuanya hancur begitu sahaja.

"I don't care! I will tell her today, right now!" Telefon Syameer yang diletakkan di atas kabinet sebelah katil dicapai. Nombor telefon Wajiha dicari.

Dia tak kisah tentang apa yang akan jadi. Apa yang pasti dirinya tak tahan dengan kelakuan Syameer. Wajiha betul-betul dah buatkan hubungan mereka retak.

Belum sempat Aileen mendail nombor Wajiha, dirinya ditolak ke atas katil dengan kasar. Gadis itu cuba melarikan diri tapi Syameer bertindak dengan lebih pantas. Tubuh Aileen ditindih.

"Just don't mess around with my girl. Mark my word wife." Bisik Syameer pada telinga Aileen yang dah mula mengalirkan air mata.

Dengan kedudukan mereka seperti itu, tanpa dapat dikawal Syameer mula hanyut dalam nafsu nya. Cuping telinga Aileen dicium sebelum ciuman nya jatuh pada leher Aileen yang terdedah akibat dari tolakan nya sebentar tadi.

"Lepaskan saya!" Satu tolakan diberi dan pegangan Syameer pada Aileen terlepas.

Gadis itu bingkas bangun dan memperbetulkan semula pakaian nya. Jujur dia rasa macam telah dicabul oleh suami nya sendiri. Air mata nya deras mengalir turun.

"Aileen saya-" Syameer yang mulai sedar atas keterlanjuran nya cepat meminta maaf. Rasa bersalah menghantui dirinya. Lagi-lagi dengan wajah Aileen yang dah basah dengan air mata.

"Sampai macam tu awak buat kat saya sebab nak pertahankan dia? Saya kecewa..." Dia berhenti sejenak, keluhan kecil dapat di dengari sebelum Aileen menyambung balik kata-kata nya.

"Kecewa dengan sikap awak. Semudah itu awak berpaling tadah terhadap saya. Apa yang kurang nya pada saya sampai awak cari orang lain? Saya setia dengan awak tapi ini yang awak balas dekat saya? Saya kecewa, kecewa sangat! I hate you Syameer Anaqi!" Ujar Aileen panjang lebar sebelum dia berlari masuk ke dalam bilik air.

Gadis itu terduduk di muka pintu sambil tangan menutup wajah nya. Tak mahu esakan nya kedengaran. Dia sungguh kecewa dengan kelakuan Syameer sebentar tadi.

Syameer meraup muka nya kasar. Rambut diramas dengan kuat. Dia menghadam segala kata-kata isteri nya itu. Hati nya remuk apabila mendengar tangisan kecil dari dalam bilik air.

Dia tidak suka melihat Aileen menangis tapi apa yang paling teruk ialah dia lah sebab mengapa gadis itu menangis.

Entah lah, dia sendiri pun tidak tahu perasaan sebenarnya ketika ini. Dia keliru di antara Aileen dan Wajiha. Dia sayang serta tidak mahu Aileen berjumpa dengan lelaki lain tapi dia juga tidak mahu kehilangan Wajiha.

Aku keliru, keliru dengan perasaan aku sendiri.

__ __ __

"Mama, Aileen nak tidur dengan mama boleh?" Gadis itu sempat menahan pintu bilik tidur mama nya itu daripada tertutup.

Tak sanggup rasanya untuk tidur satu bilik lagi dengan Syameer selepas apa yang dah dilakukan oleh suami nya itu.

Memang lah Syameer ada hak untuk berbuat 'benda' tu. Tapi dirinya belum bersedia serta cara Syameer sebentar tadi adalah dasar nafsu bukan nya cinta.

"Eh, mestilah boleh. Tapi takpe ke kamu tidur sini? Sya-"

"Tak! Tak dia tak kisah. Aileen dah tanya dia tadi." Terus tangan anak nya itu ditarik lalu mereka berdua duduk di atas katil yang empuk itu.

"Kenapa ni? Kamu gaduh dengan Syameer ke?" Datin Dahlia terus memegang erat tangan Aileen apabila melihat gadis itu hanya menunduk ke bawah. Dari kelakuan itu sahaja, dia sudah tahu pasti ada masalah yang terjadi.

"Pergaduhan tu pasti di antara pasangan yang dah berkahwin. Memang dah lumrah kehidupan. Jadi apa yang kita boleh buat ialah selesaikan masalah tu dengan sebaik mungkin." Aileen mendengar dan cuba memahami setiap butir bicara mama nya.

"Dengar sini sayang, kalau kamu betul-betul sayang akan perkahwinan kamu ni. Kamu betul-betul cinta akan Syameer, pertahankan perkahwinan kamu walau apa yang terjadi sekali pun. Jangan biarkan semuanya hancur disebabkan ego masing-masing."

Aileen cuba untuk memahami segala nasihat yang diberikan oleh mama nya itu. Dia sayang akan perkahwinan dia, terlalu sayang akan Syameer. Jadi dia tak akan biarkan semuanya hancur.

"Our wedding is one of my happiness and I just cannot let it tearing apart just like that."

his little princess | √ Where stories live. Discover now