57 | remember

10.6K 876 69
                                    

"How I am supposed to get rid of the people that make me sad when they are all also the reason why I smile?"

🌸


Dengan langkah kaki yang longlai serta lemah, Syameer menapak keluar dari bilik. Tangan tak lepas dari memegang kepala yang tidak berhenti berdenyut-denyut.

Walaupun tidak larat, dia tetap gagah berjalan untuk ke tempat dituju.

Sampai sahaja di dapur, terus jejaka itu menyelongkar laci dan kabinet ntuk mencari sesuatu yang dapat menghilangkan rasa sakit yang dia sedang alami sekarang ini.

Bersepah alatan-alatan dapur itu apabila Syameer membaling alatan yang dia tidak perlukan ke lantai.

Botol-botol cantik berisi air yang tersusun cantik di tempat paling atas itu dipandang dengan penuh minat. Dia menjengket sedikit dan berjaya mendapatkan botol tersebut tanpa sebarang masalah.

Baru sahaja hendak membuka botol tersebut, mata nya terpaku pula pada benda berwarna silver yang berkilat apabila terkena silauan matahari. Pisau tajam itu diambil lalu diperhatikan dari ekor mata nya.

Ni je cara nya, nak hilangkan rasa sakit ni. Takde benda lain dah. Aku tak tahan rasa sakit ni.

Ujarnya pada diri sendiri sebelum hujung mata pisau itu ditekan dengan kuat pada tempat yang dikehendaki.

Cecair merah yang terpancut keluar dibiarkan sahaja, dia tak kisah. Apa yang dia mahu sekarang ini adalah agar rasa sakit itu hilang.

Sudah cukup lama dia menanggung rasa sakit tersebut. Dan harini tiada siapa yang akan menghalang nya seperti dulu.

Aileen akhirnya bangun dari pengsan nya. Suara cuba dikeluarkan untuk memanggil Syameer yang hilang entah ke mana. Namun tiada satu suara pun yang keluar.

Perlahan dan kedengaran sangat serak suara gadis itu. Mungkin akibat cekikan Syameer pada nya sebentar tadi. Leher nya juga agak membengkak.

"Sya..meer?" Aileen menapak keluar dari bilik.

Bunyi gelas yang pecah menyebabkan langkah kaki nya makin cepat walaupun dia berada dalam keadaan kurang bertenaga. Cecair merah yang mengalir turun dari meja ke lantai menarik perhatian nya.

Bau arak yang kuat meloyakan anak tekak nya. Gadis itu menutup mulut dan hidung dengan kuat.

Rutin nya sentiasa muntah yang sudah lama tidak menyerang tiba-tiba sahaja hadir tanpa diminta. Jejaka yang terduduk di tepi pintu sliding door itu dihampiri.

Syameer berada disitu dan betul-betul berada dalam keadaan serabut. Di tangan nya terdapat sebotol wain yang isi nya tinggal separuh sahaja.

Adrenalin Aileen naik mendidih apabila melihat suami nya itu sedang cuba untuk minum wain tersebut terus dari botol.

Botol itu dirampas dengan kadar segera lalu dikeluarkan segala isi nya ke dalam sinki. Terkapai-kapai Syameer disitu apabila melihat cecair merah itu terbuang begitu sahaja.

Selepas sahaja isi nya habis, Aileen membaling botol itu sekuat hati ke sinki. Gadis itu menghadiahkan satu tamparan padu pada pipi Syameer.

"Awak dah gila ke?!" Marah Aileen, suara dikeluarkan sekuat hati walaupun sakit.

Apa yang dibuat oleh Syameer tidak boleh dia terima. Jejaka itu hanya tergelak. Tangan ligat bermain dengan hujung rambut nya.

"Orang kata kalau minum benda tu akan buat kita rasa tenang. Rasa bebas dan takkan ada benda pun yang akan difikirkan. Cuma rasa tenang dan gembira. Tapi kenapa tak menjadi pun?"

his little princess | √ Where stories live. Discover now