25 | start

14.5K 1K 20
                                    

"You should be afraid of me, I am not the same person that you know before."

🌸


Seminggu berlalu dengan begitu pantas. Layanan Aileen terhadap Syameer masih seperti biasa, dingin dan kasar.

Apabila ditarik dan cuba untuk berbincang dengan baik, hanya tengkingan dan makian yang diberi. Jangan lupa juga sesi memalukan dimana Aileen menghalau jejaka itu di khalayak ramai.

Walaupun sedahsyat mana kata-kata yang keluar, dia tetap bertahan. Syameer tidak pernah putus asa walaupun diperlakukan sebegitu buruk. Semangat nya tak pernah kurang mahupun luntur.

Sekarang Aileen digelar sebagai ice princess ataupun lagi special 'mayat hidup'. Gelaran itu diberi apabila wajah Aileen yang mula cekung dan tak pula juga dengan lingkaran hitam dibawah mata nya.

Namun gadis itu masih terlihat cantik di pandangan ramai. Semua mesti akan berdiri statik dan tidak mengeluarkan bunyi kalau Aileen jalan berdekatan.

Takut kalau diapa-apakan, gadis itu menjadi orang paling digeruni selepas pengetua. Buat lah salah sikit, sampai tak sudah kau akan dipersalahkan dan dihukum.

Hubungan Syameer dan Hilman pula menjadi agak renggang sejak dari hari jejaka itu tahu mengenai Hilman yang menyimpan perasaan terhadap Aileen.

Farhan hanya menggeleng kan kepala apabila perasan akan perubahan yang terjadi. Apabila diajak lepak bersama, pasti ada sahaja alasan nya.

Syameer mengusutkan rambut nya. Stres apabila memikirkan hal ini. Earphone disumbat masuk ke dalam telinga.

Dia mahu menenangkan fikiran nya dengan berjoging di sekitar kawasan perumahan nya yang berdekatan dengan tasik.

Jam menunjukkan tepat pukul 8.00 pagi, oh lupa! Harini hari Sabtu, so cuti lah apa lagi. Hoodie berwarna putih yang mempunyai tulisan 'badboy' dipakai.

Lagu Ariana Grande ft. Nicki Minaj - Side To Side dipasang. Dulu Syameer memang minat gila-gila dengan Ariana Grande tapi sejak akhir-akhir ni, perhatian dia beralih kearah Aileen Kirana! Gadis pujaan hati nya!

Gadis yang sentiasa membuatkan dia berdebar-debar serta membuatkan hatinya berbunga-bunga. Dia mengeluh kecil, rindu akan kecerian yang dibawa oleh Aileen ke dalam dirinya.

Hari masih belum cerah, sedikit cahaya matahari sahaja yang kelihatan.

Bulan pula masih tegak berdiri, memancarkan sinaran nya. Jejaka itu mengerling ke arah rumah agam milik keluarga nya apabila jarak nya dari situ makin menjauh.

Hati terasa agak resah, macam ada sesuatu yang tidak baik akan terjadi. Perasaan itu dibuang dengan kadar segera.

Ah! Takde papelah punya!


__ __ __

Kopi yang dibancuh sebentar tadi, dihirup dengan berhati-hati. Kalau minum tergesa-gesa habis pijar lidah. Tajuk muka depan surat khabar itu dibaca.

Kurang sangat gula nya ni.

Gumam Dato Nazman sendiri. Kopi buatan nya itu diletakkan semula diatas meja. Rumah nya sekarang senyap sunyi, dia tinggal bersama anak lelakinya sahaja. Anak perempuan nya pula sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.

Isterinya sudah lama pergi berjumpa dengan pencipta-Nya, dua tahun lalu. Dan tidak lupa juga, pembantu rumah yang akan datang tiga kali seminggu.

his little princess | √ Where stories live. Discover now