49 | leave

10.4K 1K 98
                                    

"Our body was separate but not our love."

🌸


Hujan lama kelamaan turun dengan agak lebat. Mereka teruskan berlari tanpa ada arah tuju. Badan yang sudah kebasahan dengan air hujan yang turun dari langit tidak dihiraukan.

Syameer menarik Aileen masuk ke lorong-lorong deretan kedai yang sudah lama ditutup, hanya terdapat sebilangan lampu sahaja yang terpasang. Syameer hilang arah apabila mereka tiba di jalan mati.

"Awak, kita nak buat apa ni?" Soal Aileen, tangan nya menggigil perlahan. Jejaka itu mati akal, kalau begini. Pasti mereka akan tertangkap nanti.

Dia tak boleh biarkan semua tu berlaku, dia sudah berjanji pada diri nya akan menjaga serta melindungi Aileen sebaik mungkin.

Tong sampah besar yang terletak berdekatan dengan dinding bangunan itu menjadi tempat sasaran mereka untuk menyorok.

Ruang belakang tong sampah itu yang agak kecil tidak dipeduli, dipaksa juga agar badan masuk ke dalam.

"Awak...saya takut." Rengek Aileen, tanpa berlengah lagi tubuh Syameer dipeluk dengan erat.

Memang patut dia berasa takut dan keliru ketika ini. Dia sebentar tadi baru sahaja bangun dari tidur dan tiba-tiba sahaja disuruh berlari dalam keadaan hujan.

"Saya ada kan? Kenapa awak nak takut." Syameer cuba menenangkan isteri nya itu.

Dia menarik nafas panjang sebelum mula berkata-kata. Sudah tiba masa nya dia berkorban untuk Aileen. Biarlah dia menebus kembali dosa nya sebelum ni.

Dia bersedia untuk berpisah dengan Aileen. Walau hati nya sakit, jiwa nya terasa bagai ditikam. Dia bersedia. Sedia untuk tinggalkan Aileen.

"Dengar sini Aileen. Walau apa pun yang jadi, duduk sini dan menyorok. Lepas je mereka dah pergi, keluar dan cari bantuan. Okay sayang?"

Kunci kereta diberikan kepada gadis itu. Aileen menggeleng tanda tidak bersetuju. Dia tak membenarkan suami nya itu untuk pergi.

"No! Stay here with me. Saya tak izinkan awak pergi. How many times I need to tell you? Kalau awak nak pergi bawak saya sekali. Kita boleh hadapi nya bersama Syameer. Tolong, tinggal sini dengan saya. Temankan saya. Kalau awak tetap berkeras nak pergi, saya boleh pengsankan awak kat sini jugak. Duduk dengan saya please. Jangan tinggal saya, don't leave me." Rayu gadis itu beberapa kali.

"Stop it, Aileen Kirana!" Tengking Syameer, nada suara nya meninggi.

Bahu isteri nya itu dicengkam dengan kuat bagi menyedarkan kembali Aileen ke alam realiti.

"Stop it? Awak nak pergi tinggalkan saya! Saya tak boleh terima!" Balas Aileen dengan tangisan kecil.

Kepala nya ditunduk, tidak mahu menatap mata Syameer yang berharap agar gadis itu melepaskan nya pergi.

"Please, don't make it even worse for me." Air mata Syameer keluar sedikit demi sedikit menyebabkan Aileen terkesan, dada nya terasa agak sesak tapi ditahan.

"Saya tak boleh tanpa awak di sisi saya."

"Listen this. Saya tahu susah untuk kita berpisah tapi saya pergi kejap je. Tak lama pun. Saya janji, saya akan datang jumpa awak balik tanpa ada satu calar langsung. Kalau awak tak percayakan saya jugak, nah." Cincin perkahwinan nya di masuk kan ke dalam tapak tangan Aileen.

"Saya akan datang balik untuk dapatkan cincin ni." Bergetar sedikit suara nya apabila mengucapkan perkara itu. Dia sendiri tak pasti jika dia akan kembali dalam keadaan selamat.

"Janji?" Soal Aileen. Apabila melihat kesungguhan suami nya itu, dia yakin bahawa Syameer akan tepati janji nya.

"Janji." Syameer mendekatkan muka nya kepada Aileen hingga menyebabkan dahi dan hidung mereka berlaga.

"Awak tahu saya sayang awak kan?" Dari kejauhan dia dapat dengar bunyi tapak kaki yang semakin menghampiri tempat persembunyian mereka.

"Tahu." Terselit satu senyuman manis di bibir mereka berdua. Satu kucupan hangat dihadiahkan pada dahi Aileen.

"Saranghae." Ucap jejaka itu lalu beredar dari situ. Dia berlari untuk mengambil perhatian orang yang mengejar mereka.

"Nado saranghae." Bunyi tembakan yang bergema di kawasan tersebut membuatkan Aileen menggigil dengan kuat, ditambah lagi dengan baju nya yang basah akibat ditimpa hujan.

Gadis itu memeluk lutut nya serta menutup telinga, dia takut dengan bunyi tembakan itu yang mengingatkan dia pada kejadian yang sudah meragut nyawa papa nya.

Otak nya menyuruh agar dia keluar mencari suami nya itu tapi badan nya menghalang daripada pergi.

Dan pada ketika ini pula, sakit kepala Aileen mula menyerang. Pandangan nya berpinar sebelum dia jatuh pengsan disitu.

Dari celah-celah tong sampah itu, dia dapat melihat beberapa orang berpakaian hitam berjalan meninggalkan tempat itu. Syameer.

__ __ __

Bau ubat yang kuat menusuk masuk ke dalam hidung nya. Terpisat-pisat gadis itu bangun.

Otak Aileen menjadi kosong apabila melihat keadaan wad itu yang serba putih. Dan apa yang jadi malam tadi bermain di dalam fikiran nya. Syameer.

Gadis tu tergesa-gesa untuk bangun walaupun kepala nya terasa berat.

Tiub yang dicucuk pada pergelangan tangan nya dicabut begitu sahaja. Pintu wad itu dibuka dengan kadar segera. Waktu itu juga, wanita yang sedang membuka pintu itu terkejut.

"Kamu dah sedar, syukur anak mama!" Datin Dahlia menarik Aileen masuk ke dalam dakapan nya.

Sudah dua hari gadis itu tidak bangun daripada pengsan nya selepas dimasukkan ke dalam hospital.

"Mama, mana Syameer ma? Dia duduk kat wad mana? Aileen nak jumpa dia." Serba salah wanita itu jadinya.

Kalau lah anak nya itu tahu tentang kehilangan suami nya itu pasti gadis itu akan meracau. Aileen menggoncang kuat badan mama nya itu apabila melihat tiada reaksi yang diberikan oleh Datin Dahlia.

"Syameer mana ma? Aileen nak jumpa Syameer! Mana Syameer?!" Gadis itu basah dengan air mata. Mimpi ngeri nya telahpun terjadi ketika ini.

"Sabar sayang." Balas Datin Dahlia lalu menepuk-nepuk belakang anak nya itu.

"Aileen nak Syameer!" Jerit gadis itu lagi. Dia terduduk di atas lantai yang sejuk itu sambil tangan menekup wajah nya.

Dia hanya berhenti selepas tekak nya berasa agak loya. Dia berlari ke bilik air dan memuntahkan segala isi perut nya.

"Dah okay sayang? Baring, kamu penat kan?" Dan entah kenapa Aileen terus sahaja mengikut arahan mama nya itu.

Dia duduk di atas katil sambil memeluk lutut. Rantai yang dipakainya ketika ini dibelek. Cincin perkahwinan nya bersama Syameer berada disitu.

Saya tuntut janji awak, please datang balik untuk saya.

Dan sekarang dia kena menjalani hidup tanpa Syameer di sisi nya, namun dia yakin suami nya itu akan datang balik dalam masa yang singkat untuk menepati janji mereka.

Tapi kita tak pernah tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan.

his little princess | √ Where stories live. Discover now