" Hai, Naayla Zahra. " sapa Raiz Affan dengan senyuman sebelum dia menjemput Naayla masuk ke dalam kereta. Sebelum Naayla masuk, dia memandang ke arah Aliya. " Enjoy! " jerit Aliya riang bersama Farid yang merangkul pinggangnya di sebelah. 

Apabila perjalanan dimulakan, Naayla memandang Raiz hairan. " Mana Ayden? " Raiz mengangkat kedua bahu. " Tak tahu tapi dia suruh aku culik kau. " Naayla menjeling lelaki itu. " Nak rahsia pula dengan aku! Korang semua rancang apa sebenarnya? " dia cuba mendapatkan hint namun Raiz hanya senyum menampakkan barisan gigi rata tidak mahu membalas.

Beberapa lama kemudian, mereka di sebuah tempat. Pintu dibuka oleh Raiz untuk Naayla lalu Raiz meninggalkannya di situ sendirian. Baru Naayla mahu marah, Lion menghampirinya. " Please follow me, Your Highness. " mahu ketawa Naayla dibuatnya apabila Lion menyapa seolah-olah seperti dia seorang permaisuri. Jalan ditunjukkan ke cruise ship putih yang sedia menunggunya.

Sepanjang naik ke cruise ship tersebut taburan bunga ros merah memenuhi perjalanan membuatkan aroma bunga itu menyenangkan udara. Kali ini, Lion pula meninggalkannya apabila kapal sudah mahu berlayar namun Naayla teruskan perjalanan mencari ruang yang harus dituju.

Sampai di sebuah ruang, polaroid tergantung di tepi. Naayla menekup mulut tidak percaya bahwa polaroidnya bersama Ayden Kaiser sejak zaman remaja digantung. Dengan senyuman dia memerhati setiap polaroid tersebut. Ada gambarnya bersama Ayden semasa zaman sekolah, baru dia sedar dibawah setiap polaroid terdapat sebaris ayat.

The day I met you...

 Dia memandang pula gambar mereka di CN Tower dahulu dimana Ayden merenung wajahnya membelakangkan pemandangan bandar Toronto, Canada. Naayla tersenyum apabila mengingati saat dia menyuruh lelaki itu menjadi jurugambarnya di sana.

There is something between us.

Satu rakaman ditayangkan di skrin besar belakangnya, dia terus menoleh apabila mendengar suara Ayden Kaiser dan dia sewaktu di Ripley's Aquarium of Canada iaitu sewaktu dia menemu bual Ayden di sana.

Bahu Ayden dicuit menyebabkan dia terus menoleh memandang lensa kamera. " Saya nak tanya, apa perasaan awak dating dengan Naayla Zahra? "  Lelaki itu ketawa kecil, " Kalau dia nak dating lagi dengan saya, saya- "

Matanya tiba-tiba memandang ke wajah Naayla, " Memang taklah saya setuju, penat saya layan dia sepanjang hari. " sambungnya lalu dia memusing kembali berjalan. Bahunya ditolak kasar, " Kau memang tak boleh nak romantik sikit ke? "

" Nak aku melamar dekat sini? " tanya Ayden selamba.

Di akhir rakaman, sebaris ayat lagi ditunjukkan.

It is the most beautiful thing I've ever felt.

Naayla menggelengkan kepala perlahan melihat rakaman tadi lalu dia menyambung melihat polaroid seterusnya. Gambar mereka berdua sewaktu di atas pelamin akad nikah, apabila melihat gambar Ayden merangkul pinggangnya dengan wajah yang dekat dengan wajahnya menyebabkan pipi dia membahang. 

I can't believe you're mine.

Akhir sekali gambar perkahwinan mereka, entah kenapa tiba-tiba sahaja Naayla berasa sebak.

And I'm yours, sayang.

Tiba-tiba kedengaran tapak kaki seseorang mendekat, dia terus memandang pemiliknya. Jantung berdegup kencang apabila melihat Ayden Kaiser berkemeja putih berdiri di hadapannya begitu juga jantung Ayden yang laju memandang Naayla Zahra mengenakan shawl putih buat pertama kali bersama gaun kembang biru muda.

Tangan Naayla diraih lalu dibawa ke bibirnya dan dikucup lembut. " Dance with me. " serentak itu satu melodi memenuhi suasana tersebut, tangan kiri dipegang manakala tangan kanannya diletakkan di atas bahu Ayden. Tangan kiri Ayden pula merangkul kemas pada pinggang Naayla Zahra.

[ Media : A dream is A Wish Your Heart Makes ]

Pada mulanya badan mereka hanya bergerak mengikut irama, kemudian langkah diaturkan ke kiri. " Ayd... Kenapa Ayd buat semua ini untuk Naayla? " tanya Naayla, Ayden mengukirkan senyuman menatap mata isterinya itu.

" I told you. I'll treat you like a real Queen, sayang. " katanya berbisik. Langkah diaturkan ke kanan pula lalu tubuh Naayla dipusingkan hingga menghadap Ayden kembali. " I like the way your hand fits in mine. " dia ketawa halus memandang tangan Naayla yang berpaut dengan tangannya. 

" Ayd... "

" Hm? "

" I love you. I love you so much. " ucap Naayla, terus dahinya dikucup lama oleh Ayden Kaiser. Kemudian, Naayla ditarik memandang lautan luas yang terbentang dibawah cahaya bulan tersebut bersertakan angin yang bertiup. Tubuh dipeluk dari belakang lalu dagu Ayden ditongkatkan pada bahunya. " Naayla satu-satunya manusia yang buat Ayd jatuh hati buat pertama kali dalam hidup Ayd. Satu-satunya yang berani luangkan masa dengan King yang orang lain selalu takutkan. Dan satu-satunya yang terakhir untuk lelaki bernama Ayden Kaiser. "

" Naayla nak tahu sesuatu tak? " tanya Ayden, terus Naayla menoleh ke belakang memandang lelaki itu sambil kedua-dua tangan merangkul lehernya. Tiba-tiba hidung Naayla dicuit perlahan.

" Every love story is beautiful but ours is my favourite.  "


T A M A T
_______________________


KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now