027

11.7K 695 2
                                    

LANGIT CERAH di luar tingkap itu direnung lama lalu tubuh dihempaskan ke atas katil empuk miliknya . Bagaimana kalau dia bertemu Raiz Affan sekali lagi ? Malunya apabila ingat dia pernah meluahkan perasaan pada lelaki itu .

Telefonnya berdering membuatkan Naayla terus memandang skrin telefon , satu nombor tak dikenali muncul . Perlahan-lahan Naayla menekan butang hijau untuk menjawab .

" Assalamualaikum , ini Naayla kan ? " suara lelaki kedengaran disebalik panggilan . Naayla hairan , eh siapa pula yang menelefonnya ?

" Waalaikumussalam , ya saya . Ini siapa ya ? " tanya Naayla kembali . Kedengaran suara riuh rendah di sana , lelaki itu menyuruh rakan-rakannya diam . " Ini Qash , cousin Raiz . Itupun kalau Naayla kenallah haha . " kata lelaki bernama Qash . Gadis itu cuba mengingat kembali mana-mana manusia bernama Qash yang dia pernah kenal .

" Aqashah band FIV-E dulu ke ? " tanya Naayla inginkan kepastian . " Yes ! Betul tu . Qash bukan sengaja tau nak ganggu Naayla tapi Qash nak ajak Naayla buat persembahan sekali masa reunion nanti . Naayla okay tak or kena bayar apa-apa ke ? " tidak membuang masa , lelaki itu terus ' straight to the point ' memandangkan dia dalam kecemasan mencari penyanyi wanita . Terus nama Naayla muncul di fikiran apabila melihat wajah gadis itu di dalam majalah mingguan . Banyak pihak yang dia telefon untuk dapatkan nombor telefonnya, susah betul mahu berhubung dengan orang terkenal itu .

" Oh boleh boleh . "

" Good . Kalau macam itu nanti Qash bagi alamat studio, ni kitorang semua ada dekat studio untuk practice . " setelah bersetuju panggilan itu dimatikan , dapat sahaja alamat tersebut Naayla terus menukar pakaian , hoodie berwarna merah dicapai lalu dia mendail grab untuk ke sana .

Wajahnya yang tidak dikenakan sebarang solekan diabaikan , setakat mahu berlatih saja tak perlu pun bersolek bagai . Cukup lipstick nude saja agar tidak menampakkan wajahnya yang pucat akibat demam yang masih belum sembuh .

AQASHAH mengemas sedikit barang-barang di atas meja , memang dia lah yang selalu mengemas memandangkan mereka banyak meluangkan masa di studio itu . Apabila mendengar pintu kaca ditolak , senyuman terukir di bibirnya . Dia memandang gadis yang sudah lama dia tidak jumpa tersebut , mata gadis itu melilau ke seluruh ruang studio . Mungkin terpaku dengan betapa kemasnya tempat itu disebabkan dia . Ceh!

" Hi Naayla . " sapa Aqashah sopan , Naayla tersenyum sambil menunduk sedikit . " Hi Qash . Seorang je ke dekat sini ? " tanya Naayla hairan . Jari ditunding ke satu bilik di hujung sana , " Semua ada dalam tu, ni saja je Qash kemas sini sebab bersepah sangat. " Naayla mengangguk faham . Sebenarnya dia agak kekok untuk berbual dengan Aqashah kerana sewaktu sekolah dahulu mereka tidak pernah berbual pun cukup dia mengenali Aqashah sebagai penyanyi utama band Emerald High School , FIV-E

Tiba-tiba seorang lelaki dengan kayu drum di tangannya keluar menghampiri mereka berdua , secawan kopi panas dihirup sebelum matanya memandang Naayla Zahra . Dia mengangkat tangannya kepada Naayla . " Aku Jebat . " katanya , dia juga merupakan salah seorang ahli kumpulan FIV-E dahulu . Dua lelaki dan dua perempuan juga turut keluar dari ruang latihan mereka sambil tersenyum ke arah Naayla yang berdiri berhadapan Aqashah .

" Karl . " kata lelaki berbaju t-shirt putih sepatah lalu dia duduk di sofa sambil membelek lirik lagu . Kali ini seorang lelaki dengan baju hoodie gambar katak pula mendekati Naayla . " Izzat , ini pula adik aku Zatul . Yang sana baju hitam tu girlfriend Karl , Maya . Diorang tak ada kena mengena dengan band ni cuma saja je datang supaya kau tak kekok . Selalunya tak datang pun sebab diorang berdua ni menyibuk sikit , kerja membawang saja . " Aqashah menggeleng mendengar Izzat yang laju berkata-kata , peramah lain macam .

" Hai semua . Eh sekejap , korang semua bukan ke berlima ? " tanya Naayla , masing-masing memandang satu sama lain sampailah Karl membuka mulut . " Salah faham , so mamat tu bla . " kata Karl dingin apabila menceritakan tentang Noah , bekas penyanyi kumpulan itu . Mereka terus menubuhkan sebuah kumpulan selepas habis sekolah memandangkan masing-masing berbakat , dua tahun selepas kumpulan ditubuhkan Noah mula bergaduh dengan Karl hinggakan lelaki itu membuat keputusan untuk keluar .

" Ini lirik lagu untuk Naayla . " sehelai kertas dihulur oleh Aqashah , Naayla memandangnya tanpa riak . " Wait , Naayla kena nyanyi ke ? " tanya Naayla . Ingatkan sekadar membuat persembahan seperti biasa , hanya bermain piano di atas pentas tapi tidak pula . Kenapa pula lirik lagu diberi padanya ? Dia cuma jadikan menyanyi sebagai hobi tidak pernah pula terbayang menyanyi di hadapan khalayak ramai .

" Kita duet . Jangan risau , bagi Qash suara Naayla merdu tau sebab Qash pernah dengar dulu . " katanya apabila memandang wajah Naayla seperti tidak yakin . " Kalau semua ketawakan Naayla macammana ? Nanti malu pula korang semua . " walaupun lelaki itu meyakinkannya , dia masih kurang percaya diri . Zatul berdiri lalu memegang bahu Naayla .

" Kalau Abang Qash cakap suara orang tu merdu , dia betul-betul maksudkan . Kak Naayla kenalah tunjuk bakat yang terpendam . " kata Zatul lalu tersenyum manis . Huluran lirik lagu diambil , setiap baris lirik itu membuatkan Naayla tersenyum halus seolah-olah lirik itu sesuai untuk situasinya . " Macammana ? Setuju ? " tanya Jebat , semua mata beralih ke arah Naayla yang berdiam diri berfikir .

" Setuju . "

KAISER : The Hidden KingKde žijí příběhy. Začni objevovat