057

9.7K 558 9
                                    

NAAYLA ZAHRA berpaling tubuh memandang wajah Ayden Kaiser yang lena di sebelah, dari rambut hinggalah ke dagu dia hanya menatap saja dengan penuh persoalan. Sejak lelaki itu berjumpa dengan Lion setelah peristiwa pagi tadi dia hanya diam hinggalah waktu malam. Berdasarkan apa yang dia nampak, suaminya itu seperti dilanda pelbagai soalan dan masalah.

Tangannya memegang pipi Ayden dengan perlahan, " Naayla tahu Ayd fikir banyak benda but you're not alone, okay? " kata Naayla perlahan agar Ayden tidak terjaga memandangkan sekarang sudahpun jam 3 pagi. Tiba-tiba tekaknya terasa haus lalu dia keluar dari biliknya melangkah ke dapur.

Tiba sahaja di dapur yang malap diterangi dengan sebuah lampu jingga kelihatan seorang lelaki sedang duduk sendirian di meja makan dengan beberapa botol alkohol yang belum dibuka menyebabkan Naayla sedikit ragu-ragu untuk mengambil air. Bagaimana kalau itu merupakan salah seorang dari Benjamins? Harap-harap tidaklah kerana sejujurnya peristiwa tadi cukup membuatkan dia trauma.

" Aku benci kau, Ayd... " langkah Naayla terhenti apabila terdengar nama suaminya. 

Lelaki yang berada di meja makan itu meneguk secawan alkohol lalu dia letak ke atas meja dengan kuat kemudian rambutnya diserabutkan sambil menongkat dahi di meja. Lelaki itu menjerit kuat membuatkan Naayla terus datang menghampiri kerana risau dan terlihat wajah Lion. Lelaki itu boleh berbahasa Melayu?

" Lion... " sapa Naayla perlahan. Lion menoleh memandangnya, tiba-tiba tangan Naayla diraih diajak duduk di sebelah, lelaki itu merenung lama wajah Naayla. " I think I saw you somewhere.. " katanya sambil memegang dagu Naayla melihat wajah wanita itu dari kanan ke kiri kemudian tangan Lion ditepis membuatkan dia tertawa halus. Lupa pula wanita di hadapan itu merupakan kakak iparnya.

" Lion boleh cakap bahasa Melayu? " Lion mengangguk. " Aku adik suami kau mestilah aku boleh cakap bahasa Melayu. " katanya dingin tanpa riak. Semakin keliru Naayla mendengar balasan yang diberi. Adik? Setahunya cuma arwah Aryan Haider sahaja adik kepada Ayden Kaiser, tidak tahu pula mereka merupakan tiga beradik. 

Mungkin kerana Lion sudah terasa mabuk setelah meneguk tiga cawan alkohol yang agak kuat tersebut, dia mula membuka cerita tentang hubungannya bersama Ayden Kaiser. " Dia cuba nak bunuh aku dulu sedangkan aku adik dia. Mesti dia fikir aku ni menyusahkan itu sebab dia tinggal aku dekat sini. Terseksa seorang diri tanpa ada keluarga. I thought we were family but- " dia ketawa hambar lalu dia meneguk sekali lagi secawan alkohol.

" We're nothing. Jonas sayangkan dia lebih sampai sanggup palsukan kematian cucu dia yang asyik hadap bunga tak macam cucu dia yang selalu dengan dunia gelap macam dia nak. Di mata orang Lion tu kuat, hebat tapi tiada siapa kenal dia yang sebenar. Orang tak akan kenal dia macammana orang kenal Lion. Tak ada siapa yang nampak aku lagi bagus daripada Ayden Kaiser. " katanya sambil tersenyum halus walaupun satu demi satu kebenaran yang kejam mencucuk-cucuk hatinya. Naayla yang dari tadi diam terus memandangnya hairan. " Aryan Haider bukan meninggal dunia sebab sakit? "

Lion ketawa sinis. " Dia cakap dekat kau Aryan Haider mati sebab sakit? Kenapa kau kahwin dengan penipu macam Ayden Kaiser? " dia membuka butang bajunya lalu dia menunjuk bekas parut kepada Naayla. " He shot me. Dia tinggal aku dekat sini hidup dengan Jonas walaupun aku minta dia untuk jangan pergi. " terdiam terus wanita itu. " Semua orang fikirkan Aryan Haider dah mati but here I am. " Lion mendepakan tangan sambil mendongak. Tanpa disedari wanita disebelahnya itu sudahpun menitiskan air mata mendengar bahawa rakan zaman kecilnya itu sebenarnya masih hidup dan suaminya sendiri menipu punca kematian lelaki itu sekadar mahu menutup kesalahan.

" Aryan... Ini Ra- "

" Naayla Zahra. " nama itu dipanggil dari belakang, mereka berdua menoleh memandang Ayden Kaiser yang dari tadi mendengar dua manusia itu berbual tentang masa lalunya dan Aryan Haider. Lion mengerling ke arah Naayla dengan wajah terkejut, " Rara... " nama itu meniti di bibirnya setelah sekian lama mereka berpisah. Namun Naayla bangun menghampiri Ayden Kaiser dengan air mata yang semakin laju mengalir ke pipi.

Panggg!

Kepala Ayden Kaiser berpaling ke kanan namun dia tetap diam tidak memarahi isterinya. Dia tahu punca Naayla marah pasti sebab penipuan yang selama ini dia hadamkan untuknya, ya dia memang layak untuk dibenci. 

You told me trust no one but you're the one I can't trust. Naayla rasa bodoh sangat sebab percaya semua Ayd cakap pasal Aryan. Mula dari kita pertama kali jadi kawan sampai kita jadi suami isteri, penipuan Aryan meninggal sebab sakit tak pernah satu kali pun terlepas dari mulut Ayden tu. Kenapa? Sebab Ayd tak nak tunjuk diri Ayd sebenar? Tak adil Ayd tahu semua pasal Naayla tapi Naayla sendiri tak tahu sepenuhnya pasal Ayd. Tak adil! You're a monster. I wish I'd never met you, Ayden Kaiser. " dengan itu Naayla Zahra keluar dari rumah tidak dengar sedikit pun balasan daripada lelaki itu. Tidak kisah lagi waktu pada masa itu sangatlah lewat untuk dia keluar sendirian tetapi disebabkan dia tidak sanggup lagi untuk menahan perit dia abaikan segalanya. 

Ayden memandangnya yang semakin menghampiri pintu rumah. " That's right. I lied. " katanya perlahan. Aryan Haider yang dikenali sebagai Lion selama ini memandang abangnya yang terdiam, dia memandang Ayden tanpa rasa kasihan.

" So.... Naayla Zahra huh? " katanya, dia meraup wajah lalu memandang Ayden kembali. Bahu lelaki itu dipegang lama tanpa sepatah perkataan yang keluar di antara mereka. Dia ketawa menyembunyikan rasa kecewa. " Kau tahu semua tentang aku waktu kita kecil, Ayd. "

" She was my first love. "

KAISER : The Hidden KingOù les histoires vivent. Découvrez maintenant