007

15.8K 894 4
                                    

" EMERALD TEAM ! EMERALD TEAM ! " gelanggang besar itu dimeriahkan dengan suara sorakan pelajar Emerald High School manakala ahli Emerald Team berkumpul di tepi gelanggang mengumpul semangat sebelum memulakan perlawanan akhir mereka . Raiz Affan menepuk bahu setiap ahli pasukannya setelah dia berjalan masuk ke dalam gelanggang . " Focus ! Kita lawan untuk sekolah , ingat tu . " katanya .

Mata Farid melilau memandang ke arah penonton , kemudian bibirnya terukir senyuman halus apabila dia bertentang mata dengan Aliya yang sedang duduk di sebelah Naayla Zahra . Aliya melambai tangan ke arahnya dengan sehelai kertas diangkat .

" Kau tak menang , aku sepak kau . " ayat yang ditulisnya itu membuatkan Farid ketawa sendirian . " Aku Farid la ! " jerit Farid dari tepi gelanggang itu , sekali gus Aliya membuat muka menyampah ke arahnya . Tanpa segan silu , lelaki itu mengenyitkan mata ke arahnya .

" Gelilah aku tengok kau berdua ni . " kata Naayla . Aliya tersentak lalu memandang rakannya di sebelah , " Kadang-kadang aku menyesal kawan dengan mamat miang tu . " ujar Aliya disambut tawa Naayla . Tiba-tiba Naayla memegang tangan gadis itu .

" Teman aku pergi tandas . " katanya namun permintaan ditolak , jari Aliya ditunding ke arah papan markah . " Harini SMK Orked lawan dengan EHS , Naayla . Aku tengah tunggu captain handsome The Wild yang aku pernah tunjuk dulu tu . "

Naayla mengeluh lalu dia beredar ke tandas sendirian , biasalah Aliya . Pantang betul orang ganggu dia nak tengok ' crush ' nya itu .

" Sabar ya , Naayla . " monolog gadis itu , sudahlah dia tidak selesa kerana ramai pelajar SMK Orked juga datang di sekolahnya ini . Apa-apa pun , dia kena cepat kerana dia ingin bersorak untuk Raiz Affan .

Seusai dia keluar dari tandas , matanya menangkap Ayden Kaiser berjalan menuju ke pagar belakang sekolah . Kemudian tidak jauh darinya , seorang guru disiplin mengikutnya dari belakang . Naayla menggaru kepalanya yang tidak gatal itu .

" Ini nanti mesti kena tangkap ni . Nak tolong ke ? " tanyanya sendirian . Peristiwa pertama kali dia berjumpa dengan lelaki itu di sekolah ini mula berlayar di ingatannya .

Mata Ayden Kaiser yang tajam memandangnya dengan wajah yang serius . " K-kau okay tak ? " tanya Naayla gugup , Ayden tidak menyahut malah memandangnya sinis lalu beredar .

Ugh !

Tak apa Naayla .

Kali ini saja .

AYDEN KAISER melangkah menuju ke gelanggang dengan tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar . Dia memandang sebuah pasukan yang berjalan di hadapannya itu , mungkin pasukan lawan dari sekolah lain . Langkahnya terhenti apabila salah seorang dari mereka menoleh ke arahnya .

" Eh ? Ayden Kaiser ! " sapa lelaki itu lalu menghampirinya . Mata Ayden tajam memandang senyuman sinis lelaki tersebut . Tangan yang memegang bahunya ditepis kasar , " Don't touch me , you f*cking idiot . "

" Woah , chill . Aku tak sangka jumpa kau dekat sini . Guna duit haram atok kau ke sampai kau boleh masuk sekolah kaya macam ini ? "

Kaki Ayden semakin melangkah ke hadapan , tangannya menolak tubuh lelaki itu perlahan sehingga tubuhnya disandar ke dinding . " Aku sedih tengok kau ni , Isma . You're not a bad person , you just need everyone's attention . " , Isma Haziq terkaku . Dengan pantas dia menolak tangan lelaki itu dan kembali kepada pasukannya .

Ketawa sinis terbit dari mulut Ayden .

" Kau kenal captain The Wild ? "

Ayden Kaiser menoleh memandang empunya suara yang berdiri di belakangnya . Seorang lelaki parasnya memandang ke arah lelaki itu . " Aku satu sekolah dengan dia sebelum ni . " Mereka berdua melangkah beredar .

" Kalau aku menang , kau belanja aku tau . " kata lelaki itu cuba menukar topik , Ayden ketawa perlahan . " Kau kan Raiz Affan , baik kau suruh peminat kau belanja . " balasnya lalu bahunya ditepuk perlahan .

" Aku gurau . Dah , aku pergi dulu . " kata Raiz lalu dia beredar .

Selepas bayangan Raiz Affan menghilang , kaki Ayden Kaiser diaturkan ke pagar belakang sekolah . Memang mustahillah dia akan duduk bersama penonton di gelanggang menyaksikan perlawanan dengan kawasan sempit dan ramai orang sebegitu . Walaupun guru disiplin mereka melarang untuk bersiar-siar , lelaki itu tetap dengan rancangannya . Dia cuma mahu pulang .

Baru sahaja dia hendak memanjat pagar tersebut , begnya ditarik kasar menyebabkan dia terdorong ke belakang . " Kau gila ke ? " tanya seorang gadis dengan wajah yang cemas . Ayden memandangnya terkejut , sudah kenapa Naayla Zahra tiba-tiba saja memarahi dia ?

" Cikgu suruh berkumpul dekat gelangganglah ! Kau buat apa dekat sini ? "

" Not your problem , Miss Naayla . " Ayden menolak Naayla perlahan namun Naayla masih memegang begnya . Mata Ayden mengerling ke arah tangan Naayla meminta untuk dilepaskan . " Cikgu- "

" Awak berdua ! " jerit seseorang . Pandangan mereka berdua serentak memandang arah suara itu . Guru disiplin memandang tepat ke arah mereka berdua dengan rotan di tangan . " Aku nak beritahu kau ini lah . " bisik Naayla .

SUASANA sunyi itu membuatkan jantung Naayla Zahra berdegup laju manakala Ayden Kaiser hanya bersandar di kerusi sambil berpeluk tubuh , perasaan risau sedikit pun tiada . Guru disiplin dengan tanda nama Ahmad itu memandang mereka tajam .

" Pertama , awak berdua cuba untuk larikan diri . " Cikgu Ahmad berjalan di hadapan mereka berdua , rotan diketuk-ketuk pada tangannya sendiri . " Tapi cikgu- " baru sahaja Naayla ingin menafikan pernyataan itu , dia sudahpun dipintas .

" Kedua , awak dating dalam kawasan sekolah . " serentak itu Naayla membulatkan matanya lalu berdiri di hadapan Cikgu Ahmad , kedua tangan diangkat seperti penjenayah ditangkap polis .

" Cikgu , bukan saya yang nak larikan diri tapi Ayden . Cikgu ingat saya tak nak ke tengok perlawanan final tu ? Of course saya nak . Kedua , sejak bila saya bercinta dengan dia ? Nama penuh dengan nombor telefon dia pun saya tak tahu .Kalau ada lelaki yang saya suka dekat sekolah ni sekalipun , cuma Ra- "

" Cikgu berilah hukuman apa pun , kami terima . "

Kali ini , pandangan Naayla berubah ke arah Ayden . Dalam hatinya sudah memaki lelaki tersebut , kalau ikutkan dia sudah boleh terlepas memandangkan Ayden seorang sahaja yang bersalah .

" Naayla Zahra , awak boleh duduk . Memandangkan saya pernah tangkap awak cuba menceroboh kawasan larangan sekolah dan kali ini awak cuba larikan diri , saya nak awak bersihkan dewan dan setiap makmal yang ada dekat sekolah ini . Awak pula Ayden Kaiser , saya nak awak bantu Naayla . " jelas guru disiplin tersebut .

Naayla mengeluh .

"Awak berdua boleh keluar sekarang . "

Dia terus mengejar langkah Ayden Kaiser yang jauh di hadapan . " Kenapa kau babitkan aku sekali ? " jeritnya . Langkah Ayden terhenti lalu dia menoleh ke arah gadis itu , dia berjalan menghampirinya selangkah demi selangkah manakala Naayla semakin ke belakang menjauhi lelaki tersebut .

" You owe me something . "

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now