045

11.8K 636 2
                                    

FARID melihat dua orang perempuan yang sedang berpimpin tangan sambil berjalan ceria tidak ingat suami dibelakang lalu dia menyiku lengan Ayden Kaiser di sebelah, " Kau tengoklah tu isteri kau, suka hati dia saja curi isteri aku. " kata Farid berjauh hati disambut tawa halus Ayden. " Biarlah kalau Naayla nak curi Aliya sekejap, kau asyik kurung Aliya dalam rumah saja selama ini. " balasnya. Bukan apa Naayla asyik merungut mahu keluar bersama Aliya saja sepanjang seminggu mereka mendirikan rumah tangga dengan alasan rindu. 

" Aku bukan kurung tapi Aliya kan mengandung tak akanlah aku nak bagi dia keluar seorang diri pula kalau aku kerja? Bahaya weh lagi-lagi kalau dia dengan Naayla, agaknya dua-dua tu pergi buat kerja gila macam biasa. " kata Farid sudah sebati dengan persahabatan dua insan itu. Sejak Aliya disahkan mengandung buat pertama kali setelah beberapa tahun mereka berkahwin terus dia berubah menjadi seorang yang overprotective risaukan keselamatan Aliya. 

Ayden berdecit perlahan, " Aliya kau tu pandai jaga dirilah, Farid. " kata Ayden. Baru sahaja Farid ingin berdebat dengan lelaki di sebelahnya, Naayla menoleh ke belakang. " Weh Farid! Aliya ajak pergi rumah hantu dekat sana, boleh tak? " serentak itu membulat mata Farid tercengang dengan apa yang didengar, dia terus menarik tangan Aliya menjauhi Naayla.

" Rumah hantu?! Aliya kan mengandung mana boleh terkejut macam itu semua, ya Allah Naayla kenapalah kau melayankan saja. " bebel Farid sambil mengurut kepalanya. Boleh naik migrain dia kalau Aliya terus meminta bermacam-macam benda pelik kalau begini! Aliya tertawa melihat Naayla bermasam muka berjauh hati. Sebenarnya Naayla saja menggunakan Aliya sebagai alasan untuk masuk ke rumah hantu bersama padahal dia sendiri yang mahu mencuba.

Naayla Zahra mendekati Ayden yang sedang berpeluk tubuh berdiri di sebelah Farid, kemudian tangan Ayden dicucuk-cucuk dengan jari telunjuknya agar lelaki itu memberi perhatian kepadanya. Apabila Ayden menunduk memandang Naayla, dia terus mengelipkan mata berkali-kali. " Please...... Nak masuk rumah hantu..... " pintanya meleret, manalah tahu Ayden cair dengan rayuan dia kan? 

" Okay jom. "

Dengar sahaja persetujuan Ayden, Naayla melompat riang lalu menarik tangan Ayden menghampiri rumah hantu tersebut manakala Farid membawa Aliya membeli aiskrim sementara menunggu Ayden memenuhi permintaan Naayla untuk masuk ke rumah hantu. Apabila giliran mereka tiba, pada mulanya Naayla berlagak berjalan di hadapan Ayden berpura-pura berani menghadap tahap ketakutan di dalam tempat itu.

" Apa yang orang cakap seramnya? " katanya penuh angkuh sambil menoleh Ayden di belakang dengan senyuman bangga dirinya. Namun apabila dia menoleh ke hadapan kebetulan satu figura manusia berbaju putih bersama rambut panjang berwarna hitam berdiri di hadapan membuatkan tubuh Naayla terdorong kebelakang melanggar Ayden. " AAAAHHH HANTUU !!! " jeritnya kuat, Ayden menahan tubuh Naayla dari terjatuh sambil menahan tawa, itulah berlagak lagi.

" Ayd lah jalan depan! " arah Naayla sebelum dia menyorok di belakang Ayden sambil memegang erat hujung baju suaminya itu. " Eh? Kata tak seram tadi? " sindir Ayden sekali gus lengannya dicubit. " Kalau ada hantu depan sana, Naayla lari tinggalkan Ayd! " ugutnya. Bahu dinaikkan lalu perjalan disambung, lampu-lampu yang sekejap menyala dan terpadam diabaikan. Tiba-tiba kedengaran bunyi mengilai yang kuat, bermacam-macam doa Naayla membaca di belakang.

BAAAA!

Tangan Naayla ditarik dari tepi menyebabkan Naayla mula menangis teresak-esak memandang Ayden Kaiser. " Ayddddd.. " rengeknya sambil memeluk tubuh suaminya erat, belakang badannya diusap perlahan. " Shhh... Diorang pun manusia jugalah, sayang. " kata Ayden ingin menenangkan hatinya, Naayla mendongak. " Tipu. Kenapa muka diorang seram sangat? " tanya Naayla polos disambut tawa Ayden Kaiser.

" Kita keluar, okay? Dah jom, pegang tangan cepat nanti hantu tu culik Naayla bawa lari jauh-jauh. " usikan Ayden membuatkan Naayla cepat-cepat memegang tangannya lalu mereka berdua berjalan keluar dari rumah hantu tersebut. Keluar daripada rumah hantu itu, Naayla bercangkung di luar sambil menekup mukanya dengan kedua-dua tangan diperhatikan oleh Aliya. " Itulah kau, aku dah kata dalam tu seram! " kata Aliya, Naayla berdiri menarik Aliya dari Farid. 

" Sumpah itu kali pertama dan terakhir aku masuk dalam tempat tu! " tekadnya lalu dia menjeling Ayden di belakang, dahlah kata hantu nak culik dia. Farid tertawa besar mendengar kisah Ayden tentang Naayla yang menjerit kuat melihat figura hantu di dalam tadi. Mereka berempat berjalan menuju ke sebuah kafe yang berada di taman tema tersebut.

Sepotong kek red velvet dan kek coklat dipesan bersama empat jus epal. Setelah pelayan beredar, Aliya memandang pasangan pengantin baru yang duduk berhadapan dengannya dan Farid. " Kau berdua dah rancang nak honeymoon mana ke? " Naayla bertukar pandangan dengan Ayden disebelah.

" Belum sebab aku kena tumpukan perhatian untuk UFC Championship next month. So, maybe Naayla ikut aku pergi sana alang-alang lepas selesai semua kitorang terus honeymoon dekat sana. " kata Ayden, semalam jurulatihnya memaklumkan bahawa jadualnya akan padat dengan latihan. Lama jugalah Naayla merajuk dengannya risau akan keadaan Ayden apabila berlawan nanti sampaikan Naayla menyuruh dia berhenti berlawan untuk selama-lamanya. 

" Dekat mana? " tanya Farid.

" Las Vegas. " Serentak itu pelayan datang membawa makanan yang dipesan membuatkan perbualan mereka terhenti. Mereka berempat menjamu selera dengan perbualan kosong tentang bermacam-macam perkara hinggalah jam menunjukkan 10 malam.

Naayla melambaikan tangan ke arah Aliya apabila dia dan Ayden sudah ingin pulang ke rumah. Aliya menahan tangannya seketika lalu dia menghulur satu beg kertas kepada rakannya. " Nah, untuk kau. Nanti bila-bila kau cubalah tau? " katanya sambil tersenyum manis, Naayla mencuri pandang ke dalam isi beg kertas itu. Ternyata Aliya memberinya beberapa helai tudung untuk dipakai, tubuh Aliya yang sarat mengandung didakap erat.

" Thank you, Aliya. "  ucapnya lalu dia dan Ayden Kaiser beredar.

Tidak lepas Naayla Zahra memandang isi kandungan beg kertas tersebut dengan senyuman, dia pasti satu hari nanti dia akan mula belajar mengenakan tudung dengan sempurna memandangkan itu merupakan satu kewajipan bagi setiap umat Islam. Ayden mengerling ke arahnya sambil memandu.

" Ayd rasa mesti Naayla bertambah cantik kalau pakai tudung tu. Belajar perlahan-lahan pun tak apa, Naayla.  " katanya dengan senyuman, Naayla memandang Ayden lama. Sudah tentu suaminya itu juga mahu melihat dia mengenakan tudung, tangan Ayden dipegang.

" Insya-Allah. " katanya sepatah.

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now