047

11.5K 616 5
                                    

SEORANG LELAKI berpakaian serba hitam bersama sarung tangan kulit dan topeng muka lagak seperti seorang perompak menutup sebelah matanya sambil Sniper Barret M82 ditargetkan pada dahi seorang lelaki dalam lingkungan umur 30-an yang sedang berjalan di kaki lima membawa beg bimbit hitam.

" Target locked. " katanya sekali gus melepaskan das tembakan tepat pada dahi lelaki tersebut, apabila mangsanya rebah ke tanah seorang lelaki lagi datang mengambil beg bimbit tersebut dan dibawa lari masuk ke dalam kereta begitu juga lelaki serba hitam yang berada di atas bangunan tadi.

Beg bimbit dicampak ke bahagian penumpang lalu kereta memecut laju di atas lebuh raya. Topeng muka dan sarung tangan dibuka malah jaket kulit hitamnya juga diganti dengan hoodie putih. Rambutnya yang sedikit kusut dikemaskan sebelum menutup dengan hoodie-nya.

Bunyi bising sidang media yang manusia sebelahnya tonton secara langsung di internet diabaikan malah dia berpaling ke luar tingkap. " Lion. " apabila namanya dipanggil, dia menoleh semula. Skrin telefon ditunjuk ke arahnya.

" I bet you a million dollars this King is going to lose. " katanya sambil menunding jari ke arah Ayden Kaiser pada skrin telefonnya. Bahu lelaki dipanggil Lion itu dinaikkan kedua-duanya, " I don't know who he is and I'm not interested. " katanya dingin, rakannya itu berdecit. Baru mahu ajak lelaki itu bertaruh untuk UFC Las Vegas akan datang tetapi dia pula tidak berminat.

" Stop here. I want to buy a cake for celebrating today's achievement. " kata Lion kepada pemandu lalu dia turun dari kereta. Sudah menjadi kebiasaan setiap kali dia berjaya menembak seseorang yang telah diperhatikan lama dia akan membeli sesuatu sebagai ganjaran untuk dirinya sendiri.

Apabila dia tiba di hadapan kedai kek, seorang lelaki berkemeja hitam melanggarnya menyebabkan dia terdorong selangkah, lelaki dihadapannya itu dipandang tanpa riak kemudian dia berlalu masuk.

Selesai memesan kek tiramisu, dia duduk di tepi tingkap besar sambil bermain dengan pemetik api yang terukir bunga ros hitam kerana itulah habitnya. Dia tidak merokok namun pemetik api itu sentiasa ada dengannya kemana sahaja dia pergi.

Telefonnya berdering memaparkan nama Seyn pada skrin, dia terus menjawab panggilan tersebut.

" We have Benjamins meeting tonight, Lion. Where are you? " tanya Seyn dengan suara tegasnya. Lion tertawa sinis, " Who cares about it? " balasnya lalu panggilan dimatikan, kek tiramisu yang sudah siap diambil lalu dia berlalu ke kereta.

Destinasi mereka ialah kelab malam dimana mesyuarat untuk Benjamins diadakan. Tidak sampai beberapa minit mereka bertiga sudahpun tiba di sebuah kelab malam mewah. Lion masuk ke dalam kelab malam tersebut, suasana sesak dengan orang-orang mabuk serta bising yang membingitkan telinga itu membuatkan dia tidak selesa.

Sebuah bilik VVIP dituju, masuk sahaja ke dalam bilik tersebut beberapa orang berdiri menunduk hormat kepadanya kecuali Jonas Benjamin yang duduk di sebuah sofa kulit di hujung meja.

" How are you, Lion? " sapaan Jonas tidak dibalas malah Lion terus mengabaikannya dan duduk di tepi Jonas dengan wajah selamba. Secawan alkohol diteguk sambil dipandang tajam oleh Jonas.

" Okay, let's start our meeting. "

NAAYLA ZAHRA duduk sendirian di lobi hotel menunggu Ayden Kaiser pulang daripada latihan, kata suaminya itu dia dalam perjalanan pulang kerana mereka mahu keluar bersama tengah hari tersebut. Oleh itu, Naayla terus bersiap menunggu Ayden di lobi hotel dengan perasaan teruja.

" Hi, beautiful. "

" Ayd- "

Dia terhenti melihat lelaki tegap yang berdiri di hadapan. Disangkakan Ayden Kaiser namun sangkaannya itu salah. Lelaki itu tersenyum halus lalu menghulurkan tangan kearah Naayla.

" I am your husband's friend, Robert Eason. " katanya, huluran tangan cuma dilihat dengan maksud dia tidak mahu menyambutnya. Robert menarik semula huluran dengan senyuman yang kekal di bibir. " Naayla Zahra. " Naayla memperkenalkan diri apabila mendapat tangkap apa yang ingin Robert tanyakan.

" Nice name. " puji Robert, " Are you alone here? Where is Ayden? " Naayla agak kekok apabila berduaan dengan lelaki tegap tersebut memandangkan ini kali pertama mereka bertemu.

" I'm waiting for him. " balas Naayla sopan, Robert mengangguk berkali-kali. Kelihatan Ayden Kaiser datang menghampiri mereka berdua, Robert terus memberi kadnya kepada Naayla. " This is my number, see you at dinner tonight. " katanya lalu beredar.

Ayden memegang bahu Naayla lalu merampas kad Robert dari tangan Naayla, kemudian dia masuk kad tersebut ke dalam poketnya sambil memandang Robert yang sudah jauh dan beralih semula ke Naayla. " Kenapa Ayd ambil kad tu? Robert kan bagi Naayla. " rungut gadis itu. " I saw the way he looked at you. Bukan sengaja dia bagi kad ni. " kata Ayden dingin.

" Okay....And?? Ayd cemburu ke? " pertanyaan itu menyebabkan Ayden tertawa sinis. " I'm not jealous but more than that. I can see he's into you. " balas Ayden berbaur cemburu, terus Naayla tertawa sambil menepuk tangan Ayden perlahan.

" Tak akanlah itu pun nak jadi isu? You're so cute, Ayd. " sejujurnya Naayla lah orang pertama memanggil Ayden dengan perkataan ' cute ' itu manakala yang lain semuanya membawa cerita bahawa Ayden sangat mengerikan sewaktu perlawanan mahupun di luar.

" Ugh, whatever. Jom kita cari baju untuk dinner malamni. " ajak lelaki itu lalu memimpin tangan isterinya erat dan beredar dari hotel.

Fikirkan Robert yang kelihatan seperti tertarik dengan isterinya itu boleh membuat dia hilang mood sahaja!

Sia-sia dia teruja untuk membawa Naayla membeli-belah sepanjang perjalanan ke hotel tadi.

KAISER : The Hidden KingDove le storie prendono vita. Scoprilo ora