MPL 48

4.3K 250 17
                                    

"Abang! Esokkan cuti so temanlah El beli barang dapur." Pujuk Eleena sambil menggoncangkan tangan Asyraf.

"Abang memang nak ikut, tapi sorry sayang. Abang ada hal dengan client hari ni." ujar Asyraf sebersalah.

Eleena sudah menarik muncungnya.

"Ajaklah Izah teman." kata Asyraf lagi.

"Dah lah. Tak nak ar kawan Abang lagi. Pentingkan kerja dari isteri sendiri! Sudahlah." kata Eleena lalu bangun dari sofa dan menuju ke tingkat atas.

Asyraf mengeluh kecil. Sejak menjak ni perangai Eleena mengada-ngada pula. Siap pandai merajuk lagi. Kalau sebelum ni boleh je bertolak ansur.

Beep. Beep.

Telefon Asyraf berbunyi menandakan seseorang menelefonnya. Asyraf mengangkat panggilan tersebut .

"Hye Asyraf." kata sesorang di hujung talian.

"Yes. Who are you?" soal Asyraf pelik. Perempuan mana pula call dia tengah malam ni?

"Haha ni Farahlah. Macam mana esok? Jadi ke?" soal Farah.

"Oh esok? jadi je. Dekat Cafe Kopitiam berhadapan dengan traffic light yang kita bertembung hari tu." ujar Asyraf sambil menjenguk-jenguk ke arah tangga.

Takut-takut kalau isterinya itu curi dengar perbualannya. Dah jadi isu pula nanti. Dahlah sekarang mood isterinya itu betul tak betul je.

"Okey. Baiklah. Kalau macam tu Good night. Sweet dream. Untunglah Asyraf malam-malam peluk isteri." ujar Farah lalu tergelak kecil dia hujung talian.

Asyraf juga turut tergelak.

"Ada-ada jelah dia ni. Dahlah jumpa esok. Good night to. Sweet dream. Peluk je lah teddy bear tu." kata Asyraf turut mengenakan Farah.

Eleena yang berada di sebalik tangga sudah mencebik.

"Siap nak good night, sweet dream bagai? Eii! Entah mana perempuan agak ar dia nak jumpa! ." bebel Eleena perlahan di sebalik dinding tersebut.

"Ingatkan tadi nak pujuk aku. Rupanya? Menggatal dengan betina lain!" Kata Eleena lagi.

Dengar sahaja derapan tapak kaki Asyraf laju Eleena menaiki tangga dan menuju ke bilik.

Klack.

Pintu bilik di buka. Asyraf menapak masuk ke dalam bilik tersebut lalu berbaring di sebelah Eleena.

Eleena pula sudah tidur mengiring membelakanginya.

Asyraf mengusap kepala isterinya itu sebelum menghadiah sebuah ciuman di dahinya.

"Sorry sayang." ujar Asyraf perlahan lalu berbaring membelakangi Eleena.

Eleena membuka matanya perlahan. Serta-merta air matanya jatuh ke pipi. Sampai hati betul suaminya bermain kayu tiga di belakangnya. Kononnya sayangkan dialah apa lah. Last-last?

Ucapan good night pun tak ada. Sweet dream? I love you? macam selalu lagilah tak ada. Eleena terasa dirinya disingkirkan. Kalau tidur Asyraf mesti memeluknya dari belakang dan hari ni? Tiada. Makin lebat air matanya jatuh ke pipi. Sungguh! Asyraf memang tak sayangkan dia. Suaminya itu lebih memilih perempuan lain daripada isterinya.

Sedang Eleena melayan perasaannya sorang-sorang akhirnya dia terlelap dengan sendirinya.

______________

"El. Bangunlah." kejut Asyraf lalu menggoncangkan tubuh isterinya itu.

"El?" soal Eleena lalu terbuntang matanya.

Kalau selalunya suaminya mesti memanggilnya dengan panggilan sayang. Kali ni? El? Sungguh dia terasa dengan layanan Asyraf.

"Kenapa ni?" soal Asyraf pelik.

"Abang tulah kenapa?! Selalunya panggil El dengan panggilan sayang ni? El je? Abang dah ada perempuan lain ke?" Soal Eleena lalu menolak tubuh Asyraf menjauhi dirinya.

"El. Eh sayang. Apanya Abang panggil El pun jadi isu ke?" soal Asyraf .

"Dahlah! Abang memang dah ada orang lain kan?" kata Eleena memandang tajam ke arah Asyraf lalu masuk ke dalam bilik mandi yang berada di dalam bilik tersebut.

Klack! Pintu bilik air di kunci.

Tok! Tok! Tok!

"Sayang. Awak dah salah faham ni. Kenapa macam ni? Haih." Asyraf mengetuk pintu bilik air tersebut cuba untuk memujuk Eleena.

Beep. Beep.

Asyraf mengambil telefonnya yang berada di dalam kocek lalu melihat nama yang tertera di telefon tersebut.

"Sayang. Abang pergi kerja dulu eh? Nanti ajak siapa-siapa teman sayang. Byee. I love you." ujar Asyraf dan tak lama selepas itu terdengar bunyi pintu bilik di tutup.

Eleena tersandar di pintu bilik air tersebut perlahan-lahan dia terduduk di situ. Terhinjut-hinjut bahunya akibat menanggis.

Suaminya itu lebihkan perempuan lain berbandinya dirinya? Asyraf tak pujuknya sebaliknya berjumpa dengan perempuan tu? Makin bertambah panas hati Eleena. Nampaknya Asyraf memilih perempuan lain berbanding dirinya dan dia tahu mana letakknya dia di hati Asyraf.

"Sampai hati Abang buat El macam ni." kata Eleena sambil terhinjut-hinjut menanggis.

_____________________

Siapa pula Farah nih? Haih.😑

Nak tahu? Nantikan bab seterusnya. 😁

Vote and comments gais?😘

Mrs Pickup LineKde žijí příběhy. Začni objevovat