MPL44

4.3K 274 7
                                    

"Auch." Sesekali Mikael mengadu kesakitan apabila kain yang berisi ais itu menyentuh pipinya yang sakit itu.

"Tahanlah sikit." Irah berdencit sambil menuam pipi Mikael.

Mikael hanya terdiam melihat perilaku Irah. Sejujurnya Irah memang selalu mengambil berat tentangnya dari mereka berkawan pada zaman universiti lagi. Irahlah tempat dia bersandar. Time dia heart broken dengan ex dia pun Irahlah penyeri hidupnya. Bodohnya dia sebab tidak pernah sedar.

Tiba-tiba hatinya rasa terusik dengan Irah.

"Irah?" Panggil Mikael.

"Em." Balas Irah sambil tangannya tak lepas dari menuam pipi Mikael.

"I think im fall in love with you."

__________________________

Masuk sahaja di dalam keretanya itu Asyraf terus menyandarkan badannya.

Matanya di pejamkan sambil tangan kanannya mengurut lembut dahinya. Salah dia ke terlalu overthinking dengan Eleena? Kesian isterinya itu.

Kejadian tadi terimbau kembali di ingatannya.

"Huh." Asyraf terus duduk di sofa yang berada di dalam pejabat Irah itu.

Rasa marahnya masih bersisa di dalam hatinya. Wajah Mikael di pandang penuh dengan rasa benci.

Irah masuk bersama ais dan tuala di tanganya lalu duduk di sebelah Mikael.

"Aku rasa kau salah faham." Kata Mikael memulakan perbualan.

Manakala Irah hanya diam membisu tak berani hendak masuk campur.

Asyraf pula hanya memandang ke arah lain. Namun telinganya dapat mendengar setiap butir perkataan yang keluar dari bibir Mikael.

"Sumpah. Aku tak tahu yang El tu dah bersuami. Kalau aku tahu sudah tentu aku tak ganggu dia." Kata Mikael mempertahankan dirinya.

Asyraf tersenyum sinis.

"Jadi El pun tak pernah bagitahulah dia tu dah bersuami? Huh..Dasar--" belum sempat Asyraf menghabiskan kata-katanya Mikael sudah memotong terlebih dahulu.

"Dia pernah cuba untuk beritahu cuma aku yang tak nak dengar. Salah aku. Aku mengaku dan untuk pengetahuan kau. El tu baik. Dia setia. Bukan macam yang kau sangka. Cuma aku yang memaksa. Memang silap aku." kata Mikael mengakui kesalahannya.

Asyraf terdiam. Rasa bersalah mula merasuk dirinya. Dia telah bersangka buruk dengan Eleena yang selama ini tidak pernah mencurangi dirinya.

"Asyraf. Semua ni sekadar salah faham. El tak salah dan Mikael pun tak salah sebenarnya. Cuma keadaan Asyraf. Keadaan yang jadi macam ni dan kau sepatutnya berfikirkan secara rasional. Bukannya cemburu buta macam ni terus. Ianya tak menyelesaikan apa-apa pun." Irah yang terdiam tadi kini bersuara.

Dia tak nak Mikael terus menyalahi dirinya sendiri dan dia pun tak sanggup tengok Mikael di persalahkan oleh Asyraf.

Asyraf terdiam mendengar kata-kata Irah. Memang benar kata-kata Irah itu. Dia sepatutnya berfikiran rasional bukannya macam budak-budak berbuat tanpa berfikir.

"Im so sorry. Sorry sebab cuba nak rampas hak kau. Lepas ni aku tak akan ganggu El lagi. Mungkin dia pun tak akan nampak muka aku lagi. Percayalah. Aku seorang yang berpegang pada janji." Kata Mikael lalu bangun dan menepuk lembut bahu Asyraf.

"Its okay. Sorry bro pasal ni." kata Asyraf lalu menujukan pipi Mikael yang mula kebiruan itu.

"Hahaha. Tak apa. Ni padahnya kacau isteri orang." kata Mikael lalu tergelak diikuti dengan Asyraf.

Beep..Beep..Beep..Beep...

Asyraf tersentak. Telefonnya yang berada di kocek di keluarkan lalu pantas dia menjawab panggilan tersebut.

"Hello." Asyraf memulakan perbualan.

"Raf..El..diaa.." suara orang menanggis mula kedengaran di corong telefon. Tak salah lagi ni Puan Esha ibu kepada Eleena iaitu mak mertuanya.

Jantung Asyraf terus berdegup kenyang.

"El? Kenapa dengan El?!" soal Asyraf dengan rasa gugup.

"Ma. Biar Ez yang cakap." Kata seseorang di hujung talian.

"Hello. Ni Abang Ez. El dalam wad. Dia...."
________

Sampai sahaja di hadapan Hospital yang di sebut oleh Ezri pantas Asyraf keluar dari kereta.

Tergopoh-gapah dia masuk ke dalam bagunan tersebut. Dia amat risau tentang Eleena isterinya. Ya baru dia rasakan sekarang yang dia memang tak nak kehilangan isterinya Eleena dan dia akui dia memang dah tersayang Eleena.

Ezri kata Eleena dah banyak kehilangan darah. Itu yang membuatkan dia semakin risau tentang Eleena. Dia takut Eleena akan meninggalkannya.

"El. Please, dont leave me. Im so sorry. Please forgive me. I love you." kata Asyraf perlahan sambil menuju ke wad Eleena.

Kali ini dia kalah. Kalah dengan cinta gadis pickup line yang dia benci dulu. Mula hari ini jika di beri peluang dia nekad akan hargai Eleena.

Mrs Pickup LineWhere stories live. Discover now