MPL 28

4.7K 312 17
                                    

Eleena meletakkan air kopi tersebut di atas meja Irah dan baru di hendak melangkah.

"El." Panggil Irah.

Eleena menoleh memandang bos merangkap kawannya.

"Kenapa?" Soal Eleena.

"Hari ni ada meeting tak?" Soal Irah sambil tangannya ralit menulis.

"Ada. Lepas lunch." balas Eleena.

Irah hanya mengangguk.

"Lunch dengan siapa hari ni?" Soal Irah membuatkan Eleena terkedu.

"Err...de..dengan..Asyraf." Balas Eleena tergagap-gagap.

"What?! Serious?" Soal Irah dengan nada yang teruja.

Terangkat bahu Eleena kerana suara Irah.

"Ish! Lunch je. Jangan fikir bebukan eh!" Kata Eleena dengan nada yang pura-pura marah.

"Wow! Good news!" Kata Irah sambil tersenggih-senggih.

"Ish! Da lah. Nak gi toilet! Ingat tau. Kau punya meeting tu." Kata Eleena mengingati Irah.

Irah mengangguk.

"Baik-baik keluar dengan buah hati tu." Ujar Irah lalu tergelak kecil.

Eleena hanya menggeleng kecil. Malas mahu melayan. Laju kakinya keluar dari bilik Irah.

Jam di tangannya di tilik.

"Em da nak masuk lunch ni. Terus tunggu sana jelah." Ujar Eleena lalu mencapai beg tangannya da berlalu masuk ke dalam lift.

Button nombor 1 di tekan.

Ting!

Sebaik sahaja pintu lift terbuka. Badannya tiba-tiba sahaja jadi terkaku.

"Baru nak jemput si princess turun. Tapi princess da turun. Senanglah." Ujarnya dengan senyuman yang meleret. Tangannya pula menahan pintu lift dari tertutup.

"A..a..wak..buat apa kat sini?" Soal Eleena.

"Kalau ye pun keluar le. Ingat tangan aku ni apa? Khas untuk tahan pintu lift untuk kau?" Soal Asyraf selamba.

Eleena mencebik. Tadi kemain sweet lagi. Sekejapan da jadi singa!

Nak tak nak Eleena keluar jua dari lift tersebut.

"Da jom lunch." ajak Asyraf lalu berjalanan menonong meninggalkan Eleena yang terpinga-pinga.

"Dia ke yang lamar aku malam tadi? Macam tak percaya pun ada. " Kata Eleena sendirian namun kakinya tetap melangkah.

"Masuk!" arah Asyraf lalu memboloskan diri ke dalam keretanya.

Eleena mencebik lagi.

"Bukan nak bukakan pintu ke apa ke." bebel Eleena dengan mulut yang terkumat-kamit.

Pin!

Eleena tersentak. Cepat-cepat dia masuk ke dalam kereta tersebut.

"Apasal kau tercegat tadi?" Soal Asyraf sambil mencerlung dalam anak mata Eleena.

Eleena tertunduk.

'Habislah! Singa da mengamuk! Huwaa! Abang Ez!' Rengek Eleena di dalam hati.

"Hoi!" Sergah Asyraf menyebabkan Eleena tersentak. Sampai terjungkit bahunya akibat terkejut.

"A..apaa?" Soal Eleena dengan mata yang terkebil-kebil.

Asyraf menghela nafas panjang.

"Tak ada apa lah. Pakai tali pinggang. Kang kena saman tak tahu." Ujar Asyraf.

"Apa susah. Awaklah bayar." Ujar Eleena selamba.

"Ewah. Ewah. Banyak cekodok kau eh." Kata Asyraf dengan senyuman tak berapa nak ikhlas.

"Mana ada cekodok." Balas Eleena. Membuatkan Asyraf semakin geram dengan sikap Eleena yang suka menjawab.

"Pakailah! Aku nak jalan ni!" arah Asyraf dengan nada yang geram.

"Tak nak!" Kata Eleena lalu berpeluk tubuh.

"Kalau kena saman macam mana?!" Soal Asyraf geram.

"Awaklah bayar. Kalau tak nak. Tak apa. Saya naik kereta saya sendirilah ye?" Kata Eleena lalu ingin membuka pintu kereta tapi di tahan oleh Asyraf.

Tack!

Kedengaran pintu kereta di kunci.

"Jangan berani nak keluar!" Ayraf memberi amaran.

Eleena sudah menyembunyikan senyuman. Suka benar dia dapat menyakat si Asyraf.

"Habis tu. Paksa saya pakai tali pinggang. Saya tak nak dalah." Kata Eleena sambil berpeluk tubuh.

"Fine!" Asyraf mengalah akhirnya. Apa lagi bersorak sakan Eleena di dalam hati.

"Jangan menyesal." Ujarnya dengan nada yang sinis.

___________________________________

Aduhai, Mohon readers tabah membaca cerita yang makin hari makin merepek nih.💁😂

Mrs Pickup LineWhere stories live. Discover now