MPL 7

5.7K 392 13
                                    

Asyraf mengeluh. Fail yang berada di atas mejanya di campak ke tepi.

Kunci kereta yang berada di atas meja pejabat itu di capai.
____

Eleena tergelak kecil melihat kelakuan Irah.

"El da ada pakwe?" Soal Irah membuatkan Eleena terdiam.

Bibirnya di gigit.

"Ada tak?" Gesa Irah lagi.

Perlahan-lahan Eleena menggeleng lalu tersenggih.

Dia masih belum biasa lagi dengan Irah jadi dia memang terasa kekok sekarang ni.

"Eh serious ah!? El cantik kot!" Puji Irah tanpa jemu.

Eleena sudah tergelak kecil. Mulut Irah ni tak pernah luak dengan pujian betullah.

"Da jom lah makan. Lapar ni." Kata Eleena lalu menarik Irah ke dalam restoran tersebut dan Irah sekadar mengikut.

Sampai sahaja di meja makan mereka pun mengorder makanan.

"Eh Irah. El nak gi kedai depan tu kejap. Tunggu jap eh." Kata Eleena di balas dengan anggukkan kecil dari Irah.

Eleena mengangkat beg tangannya lalu keluar dari restoran tersebut.

Kakinya melangkah ke arah kedai tersebut.

Untuk pergi kedai tersebut dia terpaksa lalu di hadapan kedai bunga.

Matanya pula tak lekang dari melihat bunga-bunga yang terletak di hadapan kedai tersebut.

Dia memang suka sangat dengan bunga. Nak-nak lagi bunga mawar yang berwarna kemerahan itu.

Sedang asik dia duk pandang je bunga tu sambil berjalan tiba-tiba.

Buk!

Eleena kebelakang beberapa tapak akibat terlanggar seseorang.

Nasib punggungnya tak selamat mencium lantai.

Kalau tak..Haih jatuh saham dia sebagai Mrs Pickup Line!

"Err sorry!" Kata Eleena lalu menundukkan sedikit badannya.

"it's okey." Balas suara garau tersebut.

Eleena mengangkat wajahnya dan mata mereka bertaut buat seketika.

Lelaki tu pantas berlalu dari situ.

"Err.." Eleena kehilangan kata-kata.

Pantas kakinya mengikut langkah lelaki tersebut.

"A..awak!" Panggil Eleena berjaya membuatkan lelaki itu dari berhenti melangkah.

Lelaki itu menoleh memandang Eleena dengan dahi yang bekerut.

Mungkin pelik dengan kelakuan Eleena yang tiba-tiba memanggilnya.

"Apa nama awak?" Soal Eleena.

Ni lah Eleena pantang nampak lelaki hensem. Gatal mulut tu nak bercakap dengan lelaki tersebut.

Ada ke spesis perempuan macam Eleena ni?

Kalau ada mohon hati-hati. Sebab spesis macam ni mulut dia kalah bak gula-gula kapas.

"Raf" Balas Asyraf sepatah.

"Serious?" Soal Eleena di balas dengan anggukan dari Asyraf.

"Kenapa?" Soal Asyraf pelik. Yela pelik sangat ke nama dia? Setahu dia nama dia perfect kot. Macam tuan dia.

'Perasannya.' Kata akal Asyraf.

'Eish! Diamlah.' Balas hati Asyraf.

Susah betul kalau akal dan hati tak berkerjasama ni.

"Sebabkann...." Sengaja Eleena mengantungkan ayatnya membuatkan Asyraf rasa nak hempok je kepala gadis dihadapannya ini.

"Nama awak macam nama bakal suami sayalah!" Kata Eleena lalu tersenyum malu seperti kucing miang.

"Ohh yeke? Apa nama penuh bakal suami awak tu?" Soal Asyraf.

"Raffie." Kata Eleena lalu tersenyum manis.

"Ohh yeke? Nama penuh saya Asyraf." Kata Asyraf.

Dan Eleena rasa bagai terhempap dengan batu besar.

Pickup linenya tak pernah tak menjadi. Ni first time seumur hidup dia kot! Eish choiii!

"Errr.." Eleena mengaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Melihat Eleena seperti kehilangan kata-kata membuatkan Asyraf berlalu dari situ.

"Ehh Ash! Kejap!" Panggil Eleena membuatkan langkah Asyraf terhenti.

'Ash?' Soal Asyraf di dalam hati.

Untuk seumur hidup dia first time orang panggil dia Ash dan orang tu pula. Orang yang langsung tak dikenalinya!

"Err..Nak kenal dengan awak boleh?" Soal Eleena tanpa segan silu.

Dia kisah apa. Asalkan dia dapat buatkan lelaki dihadapannya itu cair dengan pickup line dia.

Sebab dia kan 'Queen of the pickup Line'

Asyraf terdiam sekejap sebelum mengangguk perlahan membuatkan Eleena menyembunyikan senyumannya.

___________________________________

Watak Asyraf dah keluar da. Lelaki yang bencikan pickup line😹😹

Mrs Pickup LineWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu